Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Putra Nilai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Putra Nilai
Alamat
No. 5 , Persiaran Kolej BBN,
 Malaysia Putra Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Nama lamaSJK(C) Ladang Bukit
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPPD Seremban
Kod sekolahNBC4072
Guru besarPn. Sum Siew Fong
Tenaga pengajar33
JantinaLelaki dan Perempuan
Jumlah penuntut596
Kelas18
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Lee Bee Li
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Mu Mooi Koi
Penolong Kanan KokurikulumEn. Wong Choo Hui
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Putra Nilai atau nama ringkasnya SJK(C) Ladang Bukit Kledek, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Ladang Bukit Kledek dan telah dipindahkan ke Nilai sejak tahun 2010.

Pada tahun 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Bukit Kledek memiliki 3 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3 orang. Ia mempunyai seramai 4 orang guru. (2009)

Pada tahun 2010, Sekolah telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu Putra Nilai. Pada tahun tersebut, bilangan pelajar sebanyak 97 orang pelajar dan meningkat kepada 122 orang pelajar selepas bulan Jun.(2010)

Pada tahun 2011, SJK(C)Ladang Bukit Kledek telah mempunyai 7 kelas dan bilangan pelajar sebanyak 197 orang pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun ini, 12 orang pelajar Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR.(2011)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Bukit Kledek ditubuhkan pada tahun 1948. Ia terletak di dalam sebuah lading getah yang bernama Ladang Bukit Kledek, satu tempat yang terpencil di pinggir Negeri Sembilan.

Pada asalnya, tujuan sekolah ini ditubuhkan ialah untuk menjaga anak-anak pekerja lading ini disamping memberi pendidikan formal. Sebelum kemerdekaan, sekolah ini dinamakan SRJK(C) YUK CHIAU yang membawa maksud “mendidik anak-anak bangsa di seberang laut”. Setelah kemerdekaan, nama sekolah ini telah ditukar menjadi SRJK(C) LADANG BUKIT KLEDEK sehinggalah ia ditukar kepada SJK(C) Putra Nilai.

Pada peringkat awal sekolah ditubuhkan, ia adalah bertempat di sebuah rumah pekerja yang dimiliki oleh Ladang Bukit Kledek. Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Sumber kewangan bagi menguruskan sekolah ini ialah hasil sumbangan serta derma daripada pengurus lading dan pemimpin-pemimpin kaum Cina (En. Yee Yen Lai, En. Tham En, En. Lye Joo Sen, En. Lee Fah San, En. Tong Kim Joo, En. Tong Kee Ming, En. Too Kee Jiap, En. Lee Hong dan En. Koo Ying Sen).

Pada tahun 1963, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru diatas permintaan Guru Besar dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi penggunaan kedua-dua buah sekolah dalam lading tersebut, iaitu SRJK(C) Ladang Bukit Kledek dan SRJK(T) Ladang Bukit Kledek. Bangunan ini mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini digunakan oleh kedua-dua buah sekolah tersebut secara bergilir-gilir, pada silang pagi dan petang.

Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, maka sekolah ini pun memohon kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan sekolah yang baru bagi menembung keperluan. Pada tahun 1982, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah. Perbelanjaan berlebihan disumbang oleh orang ramai.

Pada tahun 1986, sebuah bilik guru telah dibina.

Pada tahun 1990, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada kerajaan untuk membina sebuah pusat sumber. Akan tetapi, mulai tahun 1991, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid. Ramai pekerja kaum Cina telah berpindah dari lading kerana pendapatan rendah dan ingin mencari rezeki yang lebih lumayan di luar. Mulai tahun 1996, bilangan murid semakin kurang sehingga tidak melebihi 10 orang. Memandangkan keadaan yang serius ini, maka Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bercadang supaya sekolah ini dipindah ke suatu lokasi dimana ada keperluannya daripada kaum Cina. Atas bantuan dan kerjasama beberapa pihak, sekolah ini telah berhenti beroperasi di Ladang Bukit Kledek, serta mula beroperasi di tapak yang baru, iaitu Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, pada 1 Januari 2010.

Pembinaan bangunan sekolah bermula pada awal tahun 2009 dan siap dibina pada akhir tahun 2009.

Kini, sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6 ekar, beralamat NO. 5, PERSIARAN KOLEJ BBN, PUTRA NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN. Tanah sekolah serta kos pembinaan blok pentadbiran dan blok pengajaran dibiayai oleh Tan Sri Dato’ Gan Kong Seng, pemaju perumahan Bandar Baru Nilai. Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah telah disempurnakan pada 7 Julai 2009.

Terdapat 7 buah bilik dan tandas di blok pentadbiran, manakala 9 buah bilik darjah di blok pengajaran. Ia juga dilengkapi dengan kantin dan tempat menunggu.

Pada 1 April 2010, enrolmen sekolah ini ialah seramai 101 orang. Tenaga pengajar seramai 10 orang dan seorang pembantu tadbir.

Bilangan murid bermula dengan 97 orang pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dan meningkat ke 122 orang pelajar pada bulan Jun 2010. Pada tahun 2010 , hanya 5 kelas iaitu Tahun 1 , Tahun 2 , Tahun 3 , Tahun 4 , dan Tahun 5. Tiada pelajar Tahun 6. Oleh sebab itu , tiada pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2010.

Pada tahun 2011 , sebanyak 56 orang pelajar Tahun 1 telah melaporkan diri ke SJK(C)Ladang Bukit Kledek. Pada tahun tersebut , sebanyak 7 kelas diadakan iaitu Tahun 1M dan 1K , Tahun 2M , Tahun 3M , Tahun 4M , Tahun 5M dan Tahun 6M. Masuk tahun ini , 12 orang pelajar Tahun 6 akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sehingga sekarang , bilangan pelajar SJK(C)Ladang Bukit Kledek tercatat sebanyak 197 orang pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum.

Pada 9 Jun 2023, Pn. Voon Chen Lim, guru besar sekolah SJKC Putra Nilai, tempohnya sebagai seorang guru besar telah pun tamat. Beliau telah pun menjadi guru besar sekolah sejak 2014 bermakna beliau telah menduduki jawatan sebagai guru besar selama 9 tahun.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai guru besar sekolah:

  1. En. Wong Sow Lim 1948
  2. En. Chan Kim Swee 1949
  3. En. Chong Kok Hai 1950
  4. En. Lai Loo Ming 1951 – 1953
  5. En. Tien Yoon San 1954
  6. En. Siow Yoon Kiat 1955 – 1958
  7. En. Chow Yin Shee 1959 – 1961
  8. En. Wong Yit San 1962
  9. En. Foo Yit Fa 1963 – 1965
  10. En. Lim Lye Kueh 1966
  11. En. Hong Tae Chong 1967 – 1968
  12. En. Hooi Kam Yoon 1969 – 1970
  13. En. Lee Shean How 1971 – 1973
  14. En. Gan Seng Tuan 1974 – 1977
  15. En. Chew Seng Fatt 1978 – Ogos 1996
  16. En. Chong Seng Kun Sept 1996 – Jun 1999
  17. En. Man Chew Ling Jun 1999 – Okt 1999
  18. Pn. Whi Yoke Choo Okt 1999 – Mac 2001
  19. En. Fong Yat Wah Mac 2001 – Sept 2003
  20. En. Lim Hong King Nov 2003 – Okt 2004
  21. Cik Lim Yok Lian Nov 2004 – Okt 2005
  22. En. Lim Yan Ho Okt 2005 – Mei 2006
  23. En. Tan Tian Sze Jun 2006 – 30.11.2008
  24. En. Pang Wee Jong 1.12.2008 – 15.2.2010
  25. En. Chen Thean Siong 16.2.2010 – ?.?.2014
  26. Pn. Voon Chee Ling ?.?.2014-?.6.2023
  27. Pn. Sum Siew Fong ?.6.2023-sekarang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Putra Nilai,
No. 5, Persiaran Kolej BBN,
Putra Nilai,
71800, Nilai
Negeri Sembilan, Malaysia.