Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nyuk Hwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nyuk Hwa
Lokasi
Peti Surat 24, 91307, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089781545
Kod sekolahXCC3311
PengetuaCHUA GUAN CHEE
GPK Pentadbiran dan AkademikLEN FUI TZU
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridIVY KAN VUN ZYE
Penolong Kanan KokurikulumTAN KIAN GIAP
Faks6089781545


SJK (C) NYUK HWA SEMPORNA merupakan satu-satunya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di pekan Semporna, Sabah yang mempunyai bilangan tenaga pengajar seramai 24 orang dan 2 orang tenaga AKP. Sekolah ini mempunyai 12 kelas yang terdiri daripada 2 kelas setiap tahun dari tahun 1 hingga 62023

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(C) Nyuk Hwa, Semporna ditubuhkan pada tahun 1935 dengan nama SJK(C) Hua Chiao yang diasaskan oleh tujuh orang iaitu Ang Soon Hong, Gan Kim Gat, Sim Zan Seng, Lian Long Xing, Lim Bao Bei, Lim Boon Kiam dan Lian Choon Mao. Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 20 orang murid sahaja.

Pada tahun 1940, Perang Dunia Kedua tercetus, sekolah ini dipaksa berhenti selama 5 tahun. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sekolah dibuka semula pada tahun 1945. Selepas itu, nama sekolah Hua Chiao diubahkan kepada SJK (C) Nyuk Hwa sehingga kini disebabkan kerana nama sekolah Hua Chiao bercanggah dengan nama dalam akta pendidikan dan pentadbiran.

SJK (C) Nyuk Hwa, Semporna adalah satu-satunya sekolah jenis kebangsaan Cina di pekan ini. Sekolah ini mempunyai sebuah lembaga yang membantu dalam pembinaan segala kemudahan sekolah seperti bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan seperti elektrik dan sebagainya. Tetapi, pada tahun 2000 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sekolah ini telah diambil oleh Persatuan Perniagaan Tiong Hua Semporna.

Pada tahun 1998, disebabkan lokasi sekolah lama berada di kawasan pekan, pihak lembaga mendapati lokasi sekolah tersebut sudah tidak sesuai dijadikan sebagai tapak sekolah. Oleh itu, SJK(C) Nyuk Hwa telah dipindahkan ke sebuah tapak baru seluas 4 ekar yang terletak 500m dari pekan, iaitu alamat sekolah sekarang. Tapak sekolah ini adalah dibeli oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

Sekolah ini telah banyak menyumbang jasanya dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik anak-anak Semporna menjadi orang yang berguna. Sekolah ini mempunyai kemudahan yang semakin bertambah seperti bilik Pusat Sumber, bilik Komputer dan sebagainya. Bilik darjah sekolah juga bertambah daripada 6 buah kepada 12 buah, sebuah bilik agama, sebuah bilik guru, sebuah dewan kecil, sebuah kantin dan sebuah bilik kemahiran hidup.

Atas kesedaran pihak Persatuan Perniagaan Tiong Hua dan Lembaga Sekolah SJK (C) Nyuk Hwa tentang keperluan sekolah untuk mengikuti aliran perkembangan masyarakat yang semakin maju, satu jawatankuasa membina sebuah dewan moden atas kepimpinan Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah JP telah ditubuhkan pada Tahun 2012. Dewan yang besar dan moden ini mempunyai kemudahan yang dapat membantu dalam pembangunan kokurikulum murid-murid.

Atas kerjasama pihak sekolah dengan Persatuan Perniagaan Tiong Hua Semporna serta Lembaga Sekolah, sekolah ini semakin maju dan baik.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nyuk Hwa
Peti Surat 24
91307, Semporna
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089781545
Fax = 6089781545


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]