Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang
Lokasi
 Malaysia Sungai Udang, 76300, Melaka,, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Moto勤 KERAJINAN

朴 KESUCIAN

诚 KEJUJURAN

毅 KEGIGIHAN
Nombor sekolah6063512205
Kod sekolahMBC2080
PengetuaCik Tan Kim Hoon
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Tan Eng Lin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Ong Siok Mei
Faks6063512205
Laman sesawang
Map
SJK (C) Sungai Udang

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang (Bahasa Cina: 双溪于浪国民型华文小学) atau nama ringkasnya SJK(C) Sungai Udang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang memiliki 142 pelajar lelaki dan 168 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 310 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan S.J.K (C) Sungai Udang boleh dikatakan serentak dengan kewujudan Kampung Baru Sungai Udang. Pada tahun 1953 kerajaan telah mengumpulkan semua penduduk kaum Cina di Sungai Udang dan wujudlah Kampung Baru Sungai Udang.

Pada masa yang sama, di bawah pimpinan dan seruan pemimpin -pemimpin tempatan iaitu Mendiang Lee Moe dan Song Miow Fatt, telah memohon sekeping tanah kerajaan luasnya satu acre lebih (0.4649 hektar) dan terus membina sebuah sekolah di atas tanah kerajaan yang dimohon. Maka wujudlah sekolah S.J.K.(C) Sungai Udang.

Pada permulaannya, bilangan murid cuma 70 orang dan 3 orang guru. Guru besar yang pertama ialah En. Bong Tiam Poh. Pada hujung tahun 1955 , En. Tan Xie Min mengambil alih tugas sebagai guru besar S.J.K (C) Sungai Udang. Pada Tahun 1959 , sekolah ini ditukar menjadi sekolah bantuan penuh.

Pada tahun 1960, bilangan murid kian bertambah, bilik darjah tidak mencukupi. Pengerusi LPS pada masa itu ialah En. Wong Shi Tang telah menderma RM3,000.00 untuk membina 3 buah bilik darjah papan untuk kegunaan sementara. Pada tahun 1964, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan untuk membina 4 buah bilik darjah, sebuah tandas lelaki dan sebuah tandas perempuan serta membuat pagar kawasan sekolah. Pada tahun yang sama, bilangan guru juga telah ditambahkan 2 orang lagi.

Selepas persaraan En. Tan Xie Min, En. Tong You telah mengambil alih sebagai guru besar. Pada Tahun 1979, Ahli Parlimen kawasan ini Yang Berhormat Tan Sri Chong Hon Nyan telah meluluskan peruntukan RM4,000.00 untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang. Pada tahun berikutnya, Yang Berhormat Tan Sri Chong Hon Nyan sekali lagi meluluskan peruntukan RM10,000.00 untuk membina sebuah kantin sekolah.

Pada Tahun 1987, En. Tong You ditukar ke sekolah Poh Lan dan tempatnya diganti oleh En. Lee Kim Lin. Kawasan Sungai Udang telah membangun dengan pesat, bilangan kelas yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada Tahun 1989, satu Majlis Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma telah diadakan. Pihak sekolah berjaya mengutip derma RM40,000.00 untuk membina 2 buah bilik darjah.

Pada Tahun 1990, En. Chong Chin Siang memegang jawatan guru besar sekolah ini. Pada tahun yang sama, Kementerian Pendidikan telah meluluskan untuk membina 3 buah bilik darjah lagi.

Pada Tahun 1995, En. Chiong Chin Siang bersara dan tempatnya diganti oleh En. Yip Chong Wah. Pada Tahun 1998, Ibu bapa dan stake holders Sungai Udang membuat jamuan makan malam untuk mengutip wang dan membina bilik komputer supaya anak murid sekolah dapat mengikuti kelas komputer.

Pada Tahun 2001, En. Yip Chong Wah bersara dan En. Tai Song Lai mengganti tempatnya pada bulan Oktober, 2001. Pada hujung Tahun 2002, sebuah bangunan baru yang bertingkat 4 telah berjaya dibina dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hon Choon Kim, Timbalan Menteri Pendidikan pada 3 Oktober 2003. Cik Ang Lee Hwang merupakan guru besar SJKC Sungai Udang mulai pada 16 Oktober 2002.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Cemerlang Dan Sekolah Kualiti

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang
Sungai Udang
76300, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063512205
Fax = 6063512205

Pautan luar[sunting | sunting sumber]