Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Rotan Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SJK(T) Bukit Rotan Baru
Lokasi
Bukit Rotan, Kuala Selangor, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan, sekolah kerajaan
Kod sekolahBBD3065

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Rotan Baru atau ringkasnya, SJK(T) Bukit Rotan Baru ialah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kilometer 7.2, Jalan Ijok-Kuala Selangor, dalam negeri Selangor, Malaysia.[1]

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BBD3065. Pada 30 Jun 2020, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Rotan Baru mempunyai jumlah keseluruhan pelajar seramai 40 orang dan 10 orang guru.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Rotan Baru Tamil dibina pada tahun 1971. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rajaghiri. Sekolah asalnya didirikan pada tahun 1939 dibawa jagaan seorang pengurus ladang. Bangunan sekolah asal tersebut terdiri daripada papan dan berbumbung zink. Ukuran sekolah di antara 40’ X 28’.

Erolmen murid[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana jumlah murid yang semakin meningkat pada tahun 30-an sehingga 70-an sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sebuah kawasan berukuran 2.8 ekar di tepi jalan ke Kuala Selangor-Kuala Lumpur. Kawasan tersebut terletak dua setengah batu dari pekan Bukit Rotan. Kawasan sekolah baru ini dimiliki oleh Sime Darby Plantation iaitu Ladang Sungai Buloh. Mengikut sejarah sekolah kami dapat tahu bahawa kawasan sekolah ini disewakan kepada sekolah selama 30 tahun semenjak 1971. Bermaksud tempoh sewaannya telah tamat pada tahun 2001. Namun sekolah tidak miliki sebarang dokumen yang menyokong pernyataan tersebut. Kini sekolah ini mengalami kekurangan murid. Kawasan perumahan ladang-ladang yang diwujudkan di sekeliling kawasan sekolah kini sudah tidak ada lagi. Penghijraan penduduk serta pengabungan ladang telah menyebabkan ramai pekerja ladang telah berhijrah ke kawasan lain. Semenjak penghujung tahun 1997 jumlah murid semakin merosot. Oleh kerana penduduk ladang berkurangan maka enrolmen sekolah turut merosot. Namun bekas murid dari kawasan perumahan iaitu Taman Rajawali, Taman Kasawari masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Namun keadaan ini tidak boleh diharap disebabkan ada dua buah sekolah di hadapan kawasan perumahan tersebut. Namun begitu guru-guru dari sekolah in sanggup turun padang di kawasan Simpang Tiga Ijok, dari rumah ke rumah demi untuk berkempen mencari murid-murid. Ketika ini murid-murid dari Ijok semakin bertambah. Jika bukan kerana murid-murid dari kawasan perumahan Ijok maka lagi berkurang jumlah murid di sekolah ini. Mengikut rekod sekolah, bahawa jumlah murid semakin turun dari tahun ke tahun. Misalnya pada tahun 2001 jumlah pelajar adalah 150 dan pada tahun 2013, jumlah mereka hanya 25 orang. 

Latar belakang Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, 10 km dari pekan Ijok dan 15 km dari Bandar Kuala Selangor. Sekolah ini terletak di daerah Kuala Selangor di bawah penyelian Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor. Pengurusan Syarikat Sime Darby telah bersetuju untuk membina sekolah di atas tanah miliknya pada tahun 1972 dan persekolahan bermula pada tahun itu juga yang mana diketuai oleh En.Periasamy sebagai guru besar. Seramai 30 orang murid telah mula menuntut di bangunan kecil tersebut.Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah dan hasrat penduduk tempatan untuk mendapatkan bangunan yang tetap untuk menyampaikan pengajaran yang sempurna maka usaha-usaha telah dibuat untuk mendirikan sebuah bangunan yang tetap di pekan Bukit Rotan. Pada ketika itu terdapat banyak perumahan di sekeliling kawasan sekolah itu. Tetapi keadaan berubah apabila penduduknya mula berpindah ke Bandar berhampiran menyebabkan enrolmen murid merosot. Tambahan pula ada dua buah sekolah lagi berhampiran dengan pekan Bukit Rotan baru itu. Para ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran dengan rumah mereka. Pada halnya sekolah ini terletak jauh dari kawasan perumahan dan terpaksa menaiki bas untuk datang ke sekolah. Justeru itu pihak PIBG telah menyediakan sebuah van untuk membawa murid dari pekan Ijok, Ladang Manmounth, Ladang Rajawali dan juga Ladang Eng Chun. Oleh itu enrolmen murid terus bertambah. En.Muniandy merupakan guru besar pada masa itu. Pada tahun 2005, setelah kehadiran Pn.Susila ke sekolah sebagai guru besar, enrolmen murid semakin menurun disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke tempat lain. Dua buah ladang telah ditutup akibat kekurangan pendudduk. Bangunan sekolah pun telah diancam oleh anai-anai menyebabkan tidak selamat digunakan untuk pembelajaran. Dengan kerjasama guru HEM En. M.Johnson bersama NGO kawasan kapar telah menyumbangkan dua buah container pada tahun 2009. Disebabkan bahagian siling bilik darjah runtuh, dua buah bilik darjah tidak dapat digunakan lagi disebabkan kedar keselamatn yang terancam. Namun ada bilik darjah yang masih digunakan lagi sebab tiada bangunan gantian.

Suatu ahli jawatan kuasa telah dibentuk untuk mencapai hasrat tersebut dan banyak pihak termasuk penduduk tempatan serta pihak kerajaan telah menyumbangkan bantuan kewangan supaya bangunan baru dapat didirikan di sini. Maka hasil daripada usaha-usaha tersebut maka pihak Kementerian telah mengubahsuai bangunan itu dengan mengantikan bumbung sekolah dan semua kayu dan papan telah digantikan dengan besi. Kini sekolah ini mempunyai bangunan yang telah diubahsuai tetapi masih belum berfungsi sepenuhnya. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kontainer, tadika dan bilik komputer. Namun begitu kami tetap menguruskan sekolahnya dengan baik. Pihak PIBG memberi sokongan yang baik dalam semua aktiviti sekolah.  

Guru besar[sunting | sunting sumber]

  1. En. S. Periasamy (1939-1960)
  2. En.Kanthan A/L Muthukathan (1961-1970)
  3. En. Muniandy (1971-1980)
  4. En. Danise Perianayagam (1981-1990)
  5. En. S. Muniandy (1990-1995)
  6. En. Sreenivaasan (1996-2001)
  7. En. Alauddin (2001-2003)
  8. En. Selvaraj (2003-2004)
  9. En.Muthusamy (2005-2006)
  10. Pn. Susila (2006-2011)
  11. En. Abdul Shukur (2011-sekarang)

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lambang berbentuk bulat dikelilingi bentuk bunga.

Moto[sunting | sunting sumber]

Usaha asas kejayaan

Simbol[sunting | sunting sumber]

Rumah api melambangkan pelita ilmu serta kawasan Bukit Melawati. Warna kuning adalah warna diraja negeri Selangor Darul Ehsan; hijau melambangkan persekitaran yang sihat; biru untuk keamanan dan merah untuk keberanian.

Visi Dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi sekolah adalah Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang (Yang Terbaru) “Pendidikan Berkualiti; Insan Terdidik; Negara Sejahtera” . Misi sekolah adalah Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti (Yang Terbaru) “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SJKT Bukit Rotan Baru merupakan sekolah yang sentiasa mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik maupun kokurikulum. Sebagai sebuah sekolah yang memegang status Sekolah cemerlang sudah semestinya kekuataan sekolah ini terletak pada pencapaian akademiknya. Visi sekolah untuk menjadi Sekolah Gemilang menjelang tahun 2013 menjadi semakin jelas berdasarkan pencapaian yang semakin meningkat terutamanya pada tahun 2012. Pencapaian UPSR pada tahun 2012 adalah merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah. Sebagai sebuah sekolah cemerlang SJKT BRB bukan sahaja berjaya mengekalkan pencapaian terbaik peringkat daerah malahan pernah berada pada ranking teratas daripada 22 buah sekolah Rendah Tamil.

Pencapaian UPSR SJKT BRB bukan saja berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik malahan berjaya juga dalam bidang kokurikulum. Pada peringkat daerah SJKT BRB sentiasa menjadi pilihan, untuk mewakili daerah dalam bidang sukan, persatuan maupun unit beruniform sama ada ke peringkat negeri mahupun kebangsaan. Lampiran 4 menunjukkan pencapaian terbaik kokurikulum dalam tempoh dua tahun terakhir (2012 -2013) dalam bidang Sukan.Persatuan dan Unit Beruniform.  

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh sekolah semenjak tahun 2010 hingga kini. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh sekolah ini. Antara kejayaan yang pernah diperoleh oleh sekolah ialah Pencapaian Linus sejak 2010-2012, cemerlang peringkat daerah (tiada murid tegar), tempat ke-3 dalam syarahan BahasaTamil peringkat daerah sejak 2011-2012, story telling (tempat ketiga peringkat daerah 2012).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Rotan Baru
Pejabat Pos, Bukit Rotan
Selangor, Malaysia
Telefon = 0162517092
Fax = 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]