Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal
Lokasi
 Malaysia, 76100, Durian Tunggal,, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-5534073
Kod sekolahMBD0062
GPK Pentadbiran dan AkademikPre
Faks06-5534073
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal atau nama ringkasnya SJK(T) Durian Tunggal, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Durian Tunggal/ Machap.

Pada 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal memiliki 96 pelajar lelaki dan 81 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 177 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2011

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 02.10.1946 bersama dengan hari kelahiran Bapa Kemerdekaan Negara India mendiang Mahatma Ghanti. Ahli-ahli jawatankuasa parti Kongres Cawangan Duria Tunggal pada masa itu berusaha untuk mendirikan sebuah sekolah pondok dengan 20 orang murid dan seorang guru bernama En. V. P. Palaniandy.

Pada peringkat awal sekolah ini dimulakan disebuah rumah kepunyaan Murugappan Chettier dengan sewa RM3.00 sebulan selama 3 tahun. Kemudian pada 10.10.1949 sekolah ini dipindahkan ke suatu bangunan baru kepunyaan seorang cina.

Dengan usaha sama jawatankuasa MIC dan seorang pegawai hal ehwal buruh di Jabatan Buruh Melaka En. Narayanan telah mendirikan satu bagi sekolah ini. Bagi usaha ini beberapa orang tempatan dan orang berkenamaan seperti En. C.M. Seth, Pengelola Sekolah Tamil Melaka En. S. Jesudason, keluarga Kochappan Nair dan YAB Ketua Menteri Melaka En. Ghaffar Bin Baba telah memainkan peranan penting untuk menjayakan projek ini. Dalam tahun 1961 sebuah tapak tanah dengan luas 1a.1r.06p telah diberikan kepada kerajaan oleh mendiang V.P. Palaniandy pengasas dan Guru Besar sekolah ini. Kerajaan telah mendirikan tiga buah bilik darjah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

-Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat -Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan -Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

Visi[sunting | sunting sumber]

- Melahirkan insan yang berinformasi. - Mencanai minda bestari. - Membentuk warga sekolah berilmu dan berkualiti.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan media teknologi terkini secara berkesan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah 5 Bintang SSQS

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal
Jalan Durian Tunggal/ Machap
76100, Durian Tunggal
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-5534073
Fax = 06-5534073
Email : mbd0062@ppdalorgajah.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://puassjktduriantunggal.blogspot.com/