Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batu Hampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batu Hampar
Lokasi
 Malaysia Ladang Batu Hampar, 71300, Rembau,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066854694
Kod sekolahNBD3031
Faks606854694
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batu Hampar atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Batu Hampar, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Batu Hampar.[1]

Pada 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batu Hampar memiliki 50 pelajar lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 101 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Kebanyakan pelajar di sekolah ini adalah dari kawasan dan taman-taman perumahan yang berhampiran. Ini termasuklah Taman Chembong Jaya, Taman Kooperasi Chembong dan Taman Sedia Raja. Di samping itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang merupakan penghuni Asrama Vivekananda iaitu sebuah Rumah Anak Yatim yang terdapat di Pekan Rembau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1947 atas usaha pengurus Ladang Ulu Pedas di Division Ladang Batu Hampar. Seramai 19 orang murid telah didaftar pada awal pembukaan sekolah ini. Pada awal pengoperasian sekolah ini, kesemua murid berasal dari kalangan keluarga yang bekerja di Ladang Batu Hampar. Setelah agak lama sekolah ini dibuka, ibu bapa dikalangan penduduk berhampiran terutamanya dari pekan Rembau telah mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah ini. Keadaan ini menyebabkan murid-murid di SJKT Ladang Batu Hampar meningkat dari tahun ke tahun.


Pada asalnya hanya sebuah bangunan menempatkan dua buah bilik darjah dibangunkan dengan bantuan modal kerajaan. Kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak RM 6500.00 untuk membina dua buah bilik darjah ini. Pada tahun 1970 sebuah bangunan tambahan separa bata dengan tiga buah bilik darjah telah dibina. Selepas itu, banguan separa bata ini telah dijadikan bata sepenuhnya pada tahun 2002 dengan tiga buah bilik darjah, sebuah bilik PPSMI dan sebuah pejabt. Bangunan lama telah dijadikan sebagai bilik staf, bilik BBM dan stor sukan. Terdapat juga sebuah kantin di belakang bangunan utama dan sebuah padang di hadapan sekolah. Padang ini adalah milik ladang. Pihak Pengurusan Ladang telah memberi kelulusan untuk menggunakan padang tersebut untuk aktiviti sekolah.

Pada tahun 2008, sebuah bilik darjah sumbangan AGAPE Church (Gereja Agape) Seremban telah dibina di kawasan kantin dan ini dijadikan sebagai kelas tahun empat. Pada penghunjung tahun 2009, sebuah blok baru dengan 6 buah bilik darjah telah dibina di kawasan berhampiran sekolah. Pada 5 Februari 2010 murid-murid telah berpindah ke blok baru. Lima buah kelas dan sebuah pejabat sedang berfungsi di blok baru tersebut. Mesyuarat Agung PIBG serta Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung di blok baru ini.

Pada awalnya En. K. Krishnasamy telah dilantik sebagai Lembaga Pengurus Sekolah tetapi tugas ini telah kemudiannya telah diserahkan kepada Dato' Doktor K. Sree Raman. Pada tahun 1980 En. Mahalingam telah mengambil alih jawatan sebagai Yang Di-Pertua PIBG dan telah digantikan oleh En. Ramesh Patel pada tahun 2011

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batu Hampar
Ladang Batu Hampar
71300, Rembau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066854694
Fax = 606854694

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]