Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kajang
Lokasi
 Malaysia Bukit Kajang, 77200, Bemban,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-5216481
Kod sekolahMBD1055
Faks6065216481


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kajang atau nama ringkasnya SJK(T) Ldg Bukit Kajang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Bukit Kajang.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kajang memiliki 66 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 122 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah pondok. Pada masa itu Tuan Pengurus Ldg.Bkt.Kajang, En.W.E.Ainger telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 1080 kaki persegi untuk menjalankan kegiatan pembelajaran. Guru pertama yang dilantik oleh Pengurus ialah En.Nallusami. Beliau telah berhijrah ke tempat lain pada tahun 1945. Pihak pengurus telah melantik En.Samuel sebagai guru di sekolah ini.

Walau bagaimanapun beliau telah ditawarkan jawatan baru sebagai Timbalan Pengerusi di Ladang Diomand Jublee. Oleh kerana tiada guru yang berkelayakkan dan cadangan daripada pihak pengurus supaya sekolah ini ditutup, maka pada tahun 1945 sekolah ini telah pun ditutup.

Pada tahun 1946, dengan kerjasama penduduk tempatan dan pengurus ladang En.J. C Parkinson, En.D.Govindasamy telah berusaha untuk membuka kembali sekolah ini. Dengan usahanya, beliau telah berjaya dan pada Jun 1946 sekolah ini telah dibuka dengan nama "BUKIT KAJANG TAMIL SCHOOL". Sekolah ini telah berjaya memperolehi sebuah bangunan di tepi jalan raya utama Jasin-Melaka. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, sebuah bangunan kekal telah didirikan pada tahun 1963 sebuah bangunan baru telah di bina oleh pihak kerajaan dengan persetujuan Pengurus Ladang iaitu En.Galloway dengan keluasan tambahan kawasan 2.5 ekar.

Pada tahun 1995 sebuah bangunan yang mempunyai sebuah kelas dan kantin telah di bina. Ia dibina dengan kerjasama dan usaha PIBG sekolah bersama peruntukan dari Y.B.Arunasalam pada masa itu. Walau bagaimanapun kantin yang di bina itu telah diubahsuai dan di jadikan Pusat Sumber sekolah pada tahun 1999.

Pada tahun 2002 sebuah kantin telah dibina oleh JPM. Kantin ini telah diubahsuai dan dijadikan bilik darjah disebabkan oleh pertambahan murid. Dengan usaha Guru Besar Pn.A.Mallega, SJK(T) LADANG BUKIT KAJANG telah mendapat bangunan tambahan pada tahun 2006. Bangunan in dibina dengan sumbangan usahawan dari Wilayah Persekutuan iaitu Datuk N.Kathiresan. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah dan sebuah kantin.

Pada 2009, SJK(T) LADANG BUKIT KAJANG memiliki 66 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 122 orang. Ia mempunyai 11 orang guru, pada tahun tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kajang
Bukit Kajang
77200, Bemban
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-5216481
Faks = 6065216481

Pautan luar[sunting | sunting sumber]