Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelapa Bali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelapa Bali
Lokasi
Ladang Kelapa Bali, 35800, Slim River,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
MotoMenjadikan warga SJKT Ladang Kelapa Bali komuniti berilmu berakhlak mulia menjelang tahun 2015
Kod sekolahABD0089


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelapa Bali atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Kelapa Bali, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Kelapa Bali.

Pada tahun 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelapa Bali memiliki 17 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SJK ( Tamil ), Ladang Kelapa Bali, Slim River bermula pada tahun 1927. Nama asalnya Tamil School, Kelapa Bali Estate, Slim River, Perak. Pengasas sekolah ini ialah pihak pentadbiran Ladang Lima Belas dan Ladang Kelapa Bali.

Sekolah ini berlokasi dalam kawasan ladang yang jauhnya kira-kira 4 kilometer dari jalan besar dan 12 kilometer dari pekan Slim River. Semua murid sekolah ini berasal dari ladang berdekatan yang juga merupakan anak-anak pekerja ladang. Namun demikian sekolah ini mempunyai sejarah melahirkan insan-insan yang berjaya dalam pendidikan dan kerjaya.

Struktur asal bangunan sekolah ini pada tahun 1927 ialah sebuah bangunan kecil yang terletak didalam ladang ini. Pada tahun 1930 sebuah bangunan dengan satu bilik besar telah dibina oleh pihak pentadbir ladang.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua darjah sahaja iaitu darjah I dan darjah II. Selepas itu bilangan murid bertambah dari masa ke semasa.

Berikut ialah senarai guru besar Guru-guru Besar SJK ( Tamil ), Ladang Kelapa Bali, Slim River:

  • En.Muthuvel (1927 hingga bulan April 1930).
  • En.Ramaiah (1930 hingga 1932).
  • En.Abdullah (September 1932 hingga Mac 1933).
  • En.Ponnusamy (April 1933 hingga Jun 1933)
  • En.P.S.Sivam (Julai 1933 hingga Februari 1934).
  • En.K.Sabaratnam (Mac 1934 hingga Mac 1935).
  • En.S.P.Thavasi (April 1935 hingga Mac 1939).
  • En.A.T.Peragasam (April 1939 hingga Jun 1948).
  • En.A.M.Ponthaya Thevar (Julai 1948 hingga 1950).
  • En.V.R.Seetharaman (1950 hingga Ogos 1958).
  • En.V.T.Perumal (1958 hingga Julai 1975).
  • En.P.Muniandy dari SRJK(T), Ladang Katoyang (26 Julai 1975 hingga 15hb. April, 1981.) merupakan bekas pelajar SJK (T) Ladang Kelapa Bali.
  • En.S.Veerasamy (hingga 1983).
  • En.G.Mahendran mengambil alih tugas pada tahun Jun, 1983 hingga Januari 1995.
  • En.G.Darmarajoo, sumbangan memulakan persatuan bekas pelajar (persatuan alumni sekolah) (Januari 1995 hingga 11 Julai 2000 akibat meninggal dunia)
  • Pn.K.Devigi (Julai 2000 hingga Oktober, 2002).
  • Pn.R.Kuppayee (16hb.Disember, 2002.
  • En.Thanggamai (2004 hingga 16.11.2006).
  • Tiada guru besar pada tahun 2007
  • En.S.Jaya Seelan (16.11.2007 hingga 16.12.2008)
  • En.S.Ramarau dari SJKT TSDM Tg.Malim

Perkembangan sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1940 sekolah ini mempunyai seramai 50 orang murid yang terdiri daripada darjah I hingga darjah V . Pada tahun 1951 sekolah ini sudah ada darjah I hingga darjah VI dengan bilangan murid seramai 55 orang dengan seorang Guru Besar dan dua orang guru.

Pada tahun 1957 iaitu selepas merdeka, sekolah ini mula menunjukkan kemajuan dalam segala bidang. Bilangan murid juga bertambah hingga 67 orang. Mengikut sistem Pendidikan baru pada tahun 1958, murid yang tamat pelajaran sekolah rendah di sekolah ini telah meneruskan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris di Slim River.

Pada tahun 1961 bangunan sekolah ini telah diperbaiki oleh Pejabat Pelajaran Perak. Bilangan yang paling tinggi di sekolah ini ialah pada tahun 1967 iaitu seramai 141 orang murid dengan seorang Guru Besar dan sembilan orang guru. Ini menyebabkan sekolah ini diperbaiki sekali lagi pada tahun 1971 oleh pihak Pejabat Pelajaran Perak.

Bilangan murid sekolah ini pada tahun 1976 ialah diantara 115 hingga 120 orang. Pada tahun 1978 separuh bahagian kawasan sekolah ini dipagar dengan bantuan kewangan dari YB Mak Hon Kam yang merupakan seorang Ahli Parlimen kawasan ini pada masa itu.

Pada tahun berikutnya, iaitu tahun1979 separuh lagi kawasan yang tidak berpagar telah dipagar dengan bantuan kewangan dari Dato Micheal Chen, bekas Menteri Perumahan pada masa itu. Pada tahun 1980 satu lagi bangunan tambahan yang terdiri daripada sebuah bilik darjah, dan pejabat dibina oleh kerajaan. Sebuah bangunan dengan enam buah tandas juga dibina pada masa itu. Sebelum itu sekolah ini tidak mempunyai kemudahan tandas.

Dalam tahun enam puluhan, sukan sekolah telah diadakan dari masa ke semasa. Pada tahun 1976, Pasaria sekolah telah diadakan di sekolah ini secara besar-besaran dengan pertolongan bekas murid –murid sekolah ini. Pengurus ladang ini telah merasmikan Pasaria tersebut. Di dalam majlis pasaria ini juga, pakaian seragam Pendidikan Jasmani telah dihadiahkan oleh Bekas murid-murid tua sekolah ini.

Pada 20hb. Mac, 1977, Sukan Tahunan yang Ke- 9 telah diadakan di padang ladang ini dengan meriahnya. En. P.Ananda, Pengelola Sekolah-Sekolah India Perak telah merasmikan sukan ini serta telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pada bulan September, 1977, YB En. Padmanaban, Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat dan YB En. Subramaniam, Timbalan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri telah melawat sekolah ini dan menderma sebanyak RM 500.00 untuk membeli meja dan kerusi murid.

Pada tahun 1979, PIBG sekolah ini telah menayangkan sebuah filem tamil untuk mengutip derma untuk Tabung PIBG sekolah. Derma ini telah digunakan untuk pelbagai aktiviti sekolah ini.

Pada tahun 1989, sebuah bangunan konkrit dengan dua buah bilik darjah telah dibina menggantikan bangunan lama yang berpapan.

Sekolah ini telah menerima bekalan elektrik pada tahun 1992. Sebelum itu tiada bekalan elektrik di sekolah ini.

Pada tahun 2000, sekolah ini telah mendapat seorang Pembantu Tadbir Rendah buat kali pertama dalam sejarah sekolah ini. Beliau ialah Pn.Julaila binti Sani yang telah bertukar ke sekolah lain pada tahun yang sama. Sekali lagi sekolah ini tidak mempunyai PTR. Pada bulan April, 2002, seorang lagi PTR iaitu En.Khalidi bin Khalid telah mula bertugas di sekolah ini. Beliau telah bersara pada 1hb.Mei, 2003. Pada masa kini, sekolah ini tidak mempunyai seorang PTR.

Pada Disember 2002 sekolah ini mempunyai enam orang guru termasuk guru besar sekolah ini dengan jumlah murid seramai 46 orang. Sekolah ini juga mempunyai seorang Pekerja Rendah Awam dan dua orang pengawal keselamatan swasta.

Keputusan UPSR pada tahun 2007 naik sehingga 50% walaupun tiada guru besar yang mengepalai pentadbiran sekolah. Pencapaian UPSR terus meningkat dari semasa ke semasa dan telah mencapai 83% pada tahun 2010. Sekolah telah dipilih sebagai sekolah yang kedua cemerlang di daerah Batang Padang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kelapa Bali
Ladang Kelapa Bali
35800, Slim River
Negeri Perak,  Malaysia
Telefon =
Fax =

Pautan luar[sunting | sunting sumber]