Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Krian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Krian
Lokasi
 Malaysia Jalan Bukit Panchor, 14300, Nibong Tebal,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045930395
Kod sekolahPBD4028
Faks6045930395


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Krian atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Krian, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Bukit Panchor.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Krian memiliki 92 pelajar lelaki dan 96 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 188 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH  SEKOLAH

SJKT Ladang Krian telah ditubuhkan pada tahun 1910 oleh pemilih tanah Ladang Krian untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak pekerja ladang ini. Antara matapelajaran yang diberikan tumpuan ialah bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil, Matematik, Kesihatan dan senaman. Segala pembiayaan telah ditanggung oleh pihak tuan ladang ini. Purata bilangan murid yang belajar di sekolah ini adalah antara tahun 1941 hingga 1945 ialah seramai 40 orang murid.


Tahun 1941 hingga 1945

Diantara tahun 1941 hingga 1945 sekolah telah ditutup kerana Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, sekolah dibuka semula selepas pihak inggeris mengambil alih ladang ini. Bilangan murid telah bertambah dan dua orang guru telah bertugas di sekolah ini. Pada masa itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris telah dititikberatkan oleh tuan  ladang.


Selepas tahun 1956

Selepas tahun 1956 ladang ini telah dibahagikan dan dijual oleh pihak inggeris (tuan  ladang). Penjualan tanah ini telah membawa kepada beberapa kesan kepada sekolah. Ramai pekerja terpaksa berpindah dan pada suatu ketika bilangan muris sekolah ini hanya seramai 24 orang dan bilanngan guru pula cuma seorang sahaja. Segala pembiayaan sekolah ini telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah ini. Lembaga Sekolah telah ditubuhkan dan telah dipengerusikan oleh Encik. T.S.Arumugam Pillai yang memegang sebahagian besar kawasan ladang ini yang dibeli oleh beliau daripada tuan punya ladang. Ahli-ahli lembaga ini terdiri daripada para waris pelajar sekolah ini.

         Pada tahun 1964, guru-guru dan murid-murid dari SJKT Sungai Kechil, Nibong Tebal telah dipindahkan ke sekolah ini kerana sekolah berkenaan telah ditutup. Dengan adanya peningkatan dalam bilangan murid, bilangan guru juga turut meningkat. Sebuah bangunan kilang proses getah yang tidak diguna lagi, telah diubahsuai dan mula digunakan sebagai bangunan sekolah sehingga pada hari ini (2020).

         Pada tahun 1970, pihak Jabatan Kerja Raya telah mengambil alih penyelenggaran bangunan sekolah ini dan beberapa perubahan dan pengubahsuaian telah dan sedang dibuat dari masa ke semasa. Dengan adanya pembangunan yang pesat di daerah ini, bilangan murid dan guru telah meningkat. Bilangan murid adalah hampir 235 (2021) orang murid berserta dengan  23 orang guru. Bilangan bilik darjah turut meningkat kepada 12 buah berdasarkan kepada peningkatan bilangan murid sekolah daripada tahun 1 hingga 6.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Krian
Jalan Bukit Panchor
14300, Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045930395
Fax = 6045930395

Pautan luar[sunting | sunting sumber]