Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Lorong Java

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Lorong Java
Lokasi
Lorong Java 1,, 70100, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067633708
Kod sekolahNBD4070
Pengerusi PIBGDr. Selva Ganapathy Ganeson
Guru besarEn. Muhammad Razi Balan Bin Abdullah
Faks6067633708
Map


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini bermula di sebuah bangunan di Jalan Munawir(Lemon Street) pada tahun 1897. Peningkatan murid menyebabkan pihak British memindahkannya ke suatu tapak baru iaitu Lorong Java(Java Lane) pada tahun 1909. Sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah bantuan penuh dan bahasa penghantarnya Bahasa Tamil. Sekolah ini telah beroperasi di satu bangunan yang digunakan sebagai dispensari kerajaan. Bangunan ini hanya mengandungi satu bilik. Cadangan telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membina bangunan baru pada tahun 1949 dan 1954 tetapi tidak diberi keutamaan ketika itu. Keramaian 150 orang murid menggunakan satu bilik yang ada pada bangunan lama ini. Sekolah ini pernah ditutup pada 11 September 1957 akibat daripada beberapa laporan Ketua Inspektor sekolah dan Jabatan Kesihatan yang mengesyorkan penutupannya dengan alasan sekolah ini mengancam kesihatan dan keselamatan murid. Justeru itu murid-murid Sekolah ini dihantar ke Sekolah Tamil Vivekananda di Bukit Tembok yang diuruskan olah Kelab Ceylonese. Bilangan murid pada masa itu adalah 96 orang yang dibimbing oleh En.K.Rasiah sebagai Guru Besar dan 3 orang guru. Cantuman SRJK(T) Lorong Java dengan SRJK(T) Vivekananda tidak diterima baik oleh masyarakat India. Mereka membantah tindakan Kementerian dan Jabatan Pendidikan. Surat rayuan telah dihantar dari persatuan-persatuan kaum India kepada pihak berkuasa dengan desakan untuk membuka semula SRJK(T) Lorong Java ditempat asalnya. Satu memorandum yang ditandatangani oleh En.Lourdes, bagi pihak ibubapa telah dihantar kepada Ketua Pegawai Pendidikan dengan memberi rasional kenapa sekolah ini perlu dibukaan semula. Sebuah Jawatankuasa Bertindak bernama ‘Seremban Tamil School Establishing Committee’. Jawatankuasa ini terus memperjuangkan menubuhkan kembali SRJK(T) Lorong Jawa.Perjuangan mereka ini turut mendapat sokongan dari ‘Agila Malaya Tamilar Sangam’ yang berpejabat di Ipoh pada masa itu. Tuntutan membukaan kembali sekolah ini telah menjadi rumit sehingga surat khabar harian bahasa Tamil telah menyebarkan berita keseluruh Tanah Melayu. .Kerajaan Negeri terpaksa bertindak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan. “His Excellency the High Commissioner Of India” turut memainkan peranan untuk mencari penyelesaian. Akhirnya pada tahun 1960, sekolah Tamil Lorong Jawa telah ditempatkan kembali di tapak asal. En.M.Kandiah telah dilantik sebagai Guru Besar yang mengambil alih tugas daripada En.V.Thinnathamby yang telah menjadi Guru Besar bagi sekolah Tamil Vivekananda. Dari 1960 hingga kini sekolah Tamil Lorong Jawa masih kekal ditengah-tengah Bandar Seremban. Ia telah mengalami pelbagai perubahan fizikal bagi menampung peningkatan pelajar. Setiap tahun enrolmen sekolah pasti meningkat hingga pihak pentadbiran menghadapi masalah menampung peningkatan ini. Ini kerana ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka belajar disekolah yang usianya kini mencecah 116 tahun.

Lencana Sekolah


Sejarah Lencana Sekolah Ini merupakan lencana sekolah yang telah direka semula pada tahun 1999. Rekaan semula ini dibuat agar lencana sekolah dapat menggambarkan aspirasi dan wawasan sekolah yang berubah mengikut masa. Lencana ini telah direka oleh Guru Besar masa itu, EN. B.Muniandy.

Keterangan Lencana Sekolah 1. Warna : Kuning : Alam pendidikan yang berwawasan Biru : Keamanan yang jitu antara pelajar, guru dan masyarakat Putih : Kesucian dan keharmonian yang akan dijiwai oleh pelajar 2. Obor : Hati yang dipenuhi dengan nur 3. Buku : Melahirkan insan yang berilmu dari segi rohani, jasmani dan mental 4. 5 Bulatan : Melahirkan perpaduan melalui semangat kesukanan 5. Bintang : 5 prinsip rukun Negara 6. Bunting Padi : Insan yang seimbang dan produktif 7. Tahun 1897 : Tahun sekolah ini ditubuhkan 8. Cogan Kata : Usaha Jaya

Bendera Sekolah

a. Sejarah Bendera Sekolah Ini merupakan bendera sekolah yang telah direka semula pada tahun 2009. Rekaan semula ini dibuat agar bendera sekolah dapat menggambarkan aspirasi dan wawasan sekolah yang berubah mengikut masa.

b. Keterangan Bendera Sekolah 1. Motif Bendera : Bendera sekolah berasaskan empat warna utama iaitu merah,

                                  kuning, biru dan hijau sebagai latar belakang. Empat warna ini  
                                  mewakili empat rumah sukan sekolah. Di bahagian tengah bendera 
                                  terdapat lencana sekolah. Manakala dibawah lencana terdapat moto 
                                  sekolah.

2. Moto Sekolah : Kecemerlangan Murid Adalah Kejayaan Guru 9. Lagu Sekolah

1. Lirik Lagu Sekolah

Java Lane tamil palliyam Karai illa kalvi kadallam Karuthuda uyarthidavae Kalvi karthide sefvinammae Unatamillai Thanimoliyagae Uraithide seivathe Java Lane Mummolli tharathai uyarthida idammai Muthor valli athe vanthathe Java Lane

Vaiyagam porthidavae uyarkalviyai pettridanum Vendridum kalvigallai unnai uyarvinai thedidanum Panbudan palagi padithidu thinamum Panivudan nadanthe valthidanum Veeram kalvi selvam mundrum Valammudam tharuvathu Java Lane


2. Sejarah Penciptaan Lagu Sekolah Lagu sekolah terhasil dari usaha Guru Besar SJKT Lorong Java, Encik Roslan bin Abdullah pada tahun 2009. Beliau berpendapat sebagai sebuah sekolah tamil yang tertua dan terbesar di Negeri Sembilan, sekolah perlu mempunyai sebuah lagu sekolah yang akan menjadi identiti sekolah dan juga kebanggaan pelajarnya. Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Panitia Bahasa Tamil sekolah. Manakala melodi lagu tersebut telah dicipta oleh Encik Elangovan, salah seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan Pertandingan Mengarang Peringkat Daerah 2011 Tempat ke-3 Pertandingan Mengarang Peringkat Negeri 2011 Tempat ke-3 Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Daerah 2011 Tempat ke-3 Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Daerah 2012 Johan Pertandingan Ujian Bertulis Peringkat Daerah 2012 Naib Johan Pertandingan Syair Peringkat Daerah Seremban 2012. Tempat ke-3 Pertandinganan Public Speaking Peringkat Kebangsaan 2012

2013 Tempat ketiga pidato 1 Malaysia peringkat daerah, Johan pertandingan syarahan peringkat daerah, Hadiah saguhati pertandingan teater kanak-kanak peringkat kebangsaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Lorong Java
Lorong Java 1,
70100, Seremban
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6067633708
Faks = 6067611741

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]