Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Permatang Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Permatang Tinggi
Lokasi
 Malaysia Simpang Ampat, 14100, Simpang Ampat,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045884898
Kod sekolahPBD0034
Faks6045884898


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Permatang Tinggi atau nama ringkasnya SJK(T) Permatang Tinggi, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Simpang Ampat.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Permatang Tinggi memiliki 395 pelajar lelaki dan 412 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 807 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

==Sejarah ==sanivar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis  Kebangsaan  Tamil Permatang  Tinggi telah  ditubuhkan pada  tahun 1933 oleh Rev.Fr.Aloysius dengan tiga buah bilik darjah. Pada masa itu, sekolah ini dikenali dengan nama St.Little Flower Tamil  School. Sebelum  bangunan tetap dibina  bilik-bilik darjah ditempatkan di gereja Permatang Tinggi. Guru Besar yang pertama ialah En.Thomas. Pada tahun 1933, seramai 30 orang murid belajar di sekolah ini.

Sekolah ini telah ditutup dari tahun 1942 hingga 1945 kerana Perang Dunia Kedua. Kemudian dibuka semula pada tahun 1946. Pada masa darurat, kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tetap dengan lima buah bilik darjah, di Perkampungan Permatang Tinggi. Pada tahun 1953, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Tamil Permatang Tinggi. Bilangan kelas pada masa itu adalah 6 buah bilik darjah. En. Savarimuthu bertugas sebagai guru besar dari tahun 1949 hingga 1958.

Pada tahun 1962, pengurusan sekolah ini dipegang oleh Catholic Missionary. Ianya telah ditamatkan dan pengurusan sekolah ini diambil alih oleh kerajaan. Satu Lembaga Pengurus telah ditubuhkan dengan Rev.Manikam sebagai pengerusi. Pada tahun 1872, Encik R. Ayavoo (PJK) menggantikan Rev.Father Manikam sebagai pengerusi sekolah ini. Dari tahun 1958 hingga tahun 1965 Encik F.Ganaperagasam telah menjadi guru besar.

Dari tahun 1965 Encik G.Nicholas menjadi guru besar sekolah ini. En.Nicholas berkhidmat  sebagai guru besar sehingga tahun 1979. Beliau digantikan oleh Encik Thobias dari tahun 1984 hingga tahun 1989. Beliau digantikan oleh Encik Sillamuthu dari tahun 01-01-1990 hingga 31-01-1997.

Mulai 01-02-1997 Encik David Baboo menjadi Guru Besar sehingga 21-04-2001. Beliau pula digantikan oleh Encik A.Veerasamy dari 22-04-2001 hingga 05-02-2003. Mulai 06-02-2003 hingga 30-12-2003 Encik Muniandy telah diamanahkan untuk menjalankan tugas. Dari 31-12-2003 hingga 31-08-2004 Encik N.Vijayakumar telah menjadi guru besar sekolah ini. PN.P.Magalechimy telah mula berkhidmat sebagai guru besar di sekolah ini mulai 01-09-2004 sehingga 31-05-2009. Mulai 01-06-2009. En.An.Veerasamy telah berkhidmat sebagai guru besar sehingga 22-05-2015. Seterusnya, En.N.Jayaveloo mengambil tugas sebagai guru besar mulai 14-08-2015.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Permatang Tinggi
Simpang Ampat
14100, Simpang Ampat
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045884898
Fax = 6045884898

Pautan luar[sunting | sunting sumber]