Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna
Lokasi
 Malaysia 37 Jalan Scotland, 10450, Georgetown,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6042294614
Kod sekolahPBD1085
Pengerusi PIBGEn. K.Kumarathiraviam
Guru besarEn.SRITHARAN A/L T.CHATTUKUTTI
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.NALINE A/P KARRUPPIAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.NEDUMARAN A/L RAYAPAN
Penolong Kanan KokurikulumPn.INTHARA A/P PACHAIAPPAN
Faks6042294614


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna atau nama ringkasnya SJK(T) Ramakrishna, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di 37 Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang

Pada 2022, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna memiliki 149 pelajar lelaki dan 135 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 284 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

LATAR BELAKANG SEKOLAH SJKT RAMAKRISHNA

Sri Ramakrishna adalah seorang alim ulamak Hindu. Beliau dianggap sebagai “Bagawan”(Nabi) oleh masyarakat yang beragama Hindu. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrishna telah diasaskan berdasarkan nama beliau dan sebagai mengenang jasa beliau. Sekolah ini telah dibina didalam kawasan Ashrama Ramakrishnasecara tidak rasmi. Ketika itu, iaitu pada tahun 1944 seramai 15 orang murid sahaja yang belajar dalam sekolah ini. Struktur bangunan ini pula diperbuat daripada papan dan atap yang hanya mempunyai enam buah bilik darjah.

Ashrama Ramakrishna. Encik Bramachari K. Sivaneyar telah menyelia dan menjaga sekolah ini yang terdiri daripada bangunan papan beratap. Encik Bramachari K.Sivaneyar telah berkhidmat di sekolah ini sehingga tahun1948. Beliau telah berkhidmat tanpa sebarang bayaran gaji demi kebajikan kanak – kanak yang menetap di asrama ini.

Perkembangan pesat telah menambahkan bilangan pelajar akibat daripada kemasukan kanak-kanak dari kawasan sekitar ashrama ini, justeru menjadikan bilangan pelajar meningkat kepada 220 orang murid. Pada tahun 1948, Encik Bramachari K.Sivaneyar telah bersara dan Puan Jeane. Sekolah Tamil Ramakrishna ini telah menempuhi banyak perubahan dari segi bangunan dan juga sistem pentadbiran dari masa ke semasa.

Pada tahun 1948 SRJK(T) Ramakrishna telah diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan peningkatan ini, guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini telah dijadikan sebagai kakitangan kerajaan dan kerajaan mula memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembangunan sekolah ini. Kemudian Encik G.Gannabaranam telah menggantikan Encik C.Subramaniam sebagai Guru Besar sekolah ini.

Peningkatan dalam bilangan murid dari tahun ke tahun telah menyebabkan timbulnya masalah kekurangan bilik darjah. Sebagai seperti pertandingan Badminton dan sukan tahunan. Beliau telah bersara pada tahun 1985.Encik P. Subramaniam menggantikan Encik V. Ramachandran Beliau telah berkhidmat mulai 01.01.1983 hingga 31.12.1988 sebagai Guru Besar. Bilangan guru juga telah menjadi 8 orang . Bilangan murid pada jangkamasa ini telah berkurang seramai 80 orang murid sahaja.

Mulai 01.01.1989 hingga Jun 1991 Puan T. Rajeswary telah menjalankan tugas sebagai Guru Besar. Beliau telah mengatur pelbagai langkah untuk meningkatkan bilangan murid dengan daya usahanya serta dengan bantuan guru-guru sekolah ini. Hasil usahanya jumlah murid telah bertambah menjadi 135 orang. Malah kebersihan dan kecantikkan kawasan sekolah telah memikat hati penduduk sekitar kawasan sekolah. Dengan itu, jumlah murid-murid di sekolah ini telah meningkat..

Pada tahun 1989 dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru berserta Badan Pengurus Asrama, sebuah kelas Tadika telah diwujudkan demi menambah bilangan enrolmen sekolah serta melepakkan batu asas ilmu bagi pelajar yang masuk ke sekolah.

Sehingga kini pihak Asrama masih menguruskan Tadika dengan baik dan menjadi penyumbang ( Feeder ) yang berpotensi. Pada jangkamasa inilah Encik N.Nalllathamby seorang guru yang telah berkhidmat paling lama di sekolah ini iaitu selama 33 tahun telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang. Gelaran ini telah dianugerahkan oleh Menteri Pendidikan Mlaysia, Yang Berhormat Datuk Sri Anwar Ibrahim di Majlis Makan Malam sempena Hari Guru pada tahun 1990.

En. K. Ethirajan telah berkhidmat di sekolah ini mulai Jun 1991 hingga Jun 1993 sebagai Guru Besar. Semasa sekolah ini berada dibawah pentadbiran beliau, kemajuan dan pencapaian sekolah dari segi bidang pelajaran dan ko-kurikulum telah menvcapai tahap yang memberangsangkan. Pihak PIBG juga turut menyumbangkan tenaga mereka dari segi kewangan dan kebendaan selama lima tahun berturut-turut. Sekolah ini telah terpilih sebagai sekolah terbersih di peringkat negeri sebanyak dua kali iaiatu telah menjadi johan pada tahun 1990 dan 19992 dalam pertandingan Kebersihan dan Keindahan sekolah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Program Bersih dan Indah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Sekolah ini telah diberi sijil penghargaan dan beberapa pasu bunga sebagai ganjaran. Setelah berkhidmat di sekolah ini selama 2 tahun iaitu dari tahun 1991 hingga tahun 1993 sebagai guru besar di sekolah ini, Encik G.Ethirajan telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Sekolah-sekolah Tamil Pulau Pinang pada 16 Jun 1993.

Pada Jun 1993 Puan T. Rajeswary telah mula berkhidmat kembali di sekolah ini sebagai Guru Besar.Di bawah pucuk pimpinan beliau sekali lagi sekolah ini telah mula berkembang dan maju dalam bidang Kurikulum dan juga KoKurikulum.

Menjelang tahun 1995 Puan. S.Lalitha telah mengambil alih tugas Guru Besar sehinggalah beliau bersara pada tahun 1997. Mulai 1998 hingga 2001 , Encik AN . Veerasamy telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai pentadbir dan pemimpin baru .Bilangan pelajar telah bertambah menjadi 230 orang dan bilangan guru pula adalah seramai 13 orang.

Pada Jun 2001, Encik B. Supiah telah mula berkhidmat sebagai Guru Besar dan pada ketika inilah sekolah ini telah mendapat peningkatan sebagai Sekolah Gred A. Justeru 3 orang Penolong Kanan Pentadbiran juga telah di tempatkan di sekolah ini. Beliau telah bertugas sehingga Jun 2002 dan Puan S.Mariapushpam telah menggantikan tempatnya. Pn. S. Mariapushpam telah bersara pada Disember 2002 .

Selepas itu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Encik A. Subramaniam telah menjalankan tugas sebagai Guru Besar sehinggalah Puan.S. Manonmani mengambil alih pada November 2003.Pada ketika itu 18 orang guru sedang berkhidmat di sekolah ini dengan jumlah enrolmen 266 orang.Sekolah telah mengalami banyak perubahan dari semua bidang di bawah pucuk pimpinan beliau.

Pn.S.Manonmani telah bersara pada 11 Ogos 2006. Cik L.Jacinta telah menjalankan tugas dari 11 Ogos hingga 1 Oktober 2006. Mulai 1 Oktober 2006 Pn.T.Sarojini telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Kini jumlah murid telah meningkat ke 334 orang murid. Seramai 25 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan sedang berkhidmat di sekolah ini.


SENARAI NAMA GURU BESAR

BIL.   TAHUN NAMA CATATAN
1 1946 – 1948 BRAMACHARI K.SIVANEYAR
2 1948 – 1951 EN.C.SUBRAMANIAM
3 EN.G.GNANABARANAM
4 1951 – 1962 EN.K.K. MANICKA MUDALIYAR
5 1962 – 1972 EN. A. RAJAGOPAL
6 1972 – 1983 EN. V. RAMACHANDRAN
7 1983 – 1988 EN.P.SUBRAMANIAM
8 1989 – 1991 PN. T . RAJESWARY (Menjalankan Tugas)
9 1991 – 1993 EN. K. ETHIRAJAN
10 1993 – 1995 PN. T. RAJESWARY (Menjalankan Tugas)
11 1995 – 1997 PN. S. LALITHA
12 1998 – 2001 EN. AN.VEERASAMY
13 2001 – 2002 (MEI) EN. B. SUPPIAH
14 MEI 2002 – DIS 2002 PN.S. MARIEAPUSPAM
15 2003 – 2004 (SEPT) EN.A. SUBRAMANIAM ( Menjalankan Tugas )
16 2004 – 2006 (OGOS) PN. S. MANONMANI
17 OKT 2006 – MAC 2011 PN.T.SAROJINI
18 4 APRIL 2011 PN. K.PUVANESWARI
19 PN.MAGESVARI
20 2021- NOW EN.T.C.SRITHARAN

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna
37 Jalan Scotland
10450, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042294614
Fax = 6042294614

Pautan luar[sunting | sunting sumber]