Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib
Pintu masuk ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Simpang Morib, Banting, Selangor
Malaysia
Koordinat2°47′02″N 101°27′38″E / 2.78392°N 101.460508°E / 2.78392; 101.460508Koordinat: 2°47′02″N 101°27′38″E / 2.78392°N 101.460508°E / 2.78392; 101.460508
Maklumat
JenisSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
AutoritiPPD Kuala Langat
Nombor sekolah331982245
Kod sekolahBBD1058
Faks331982245
Laman sesawang

Lencana Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib atau nama ringkasnya SJKT Simpang Morib merupakan sebuah sekolah yamg terletak di Simpang Morib, Banting, Selangor iaitu sebuah negeri dalam Malaysia. Pada Jun 2020, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Simpang Morib mempunyai jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 136 orang dan 14 orang guru.[1] Pada tahun 2021, SJKT Simpang Morib wajah sekolah telah berubah dengan warna yang menarik perhatian ramai. Ini menyebabkan murid meningkat sehingga 160 orang dan 16 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Simpang tiga Simpang Morib

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib ditubuhkan pada 1978. Pada asalnya sekolah ini merupakan gabungan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Permatang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Dusun Durian di atas nama Sekolah Tamil Ladang Permatang serta beroperasi di Ladang Permatang. Pada tahun 1978 sekolah ini berpindah ke tapak baharu di Simpang Morib dan diberikan nama baharu iaitu "Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Morib". Sekolah ini terletak di Mukim Morib di daerah Kuala Langat, lebih kurang lapan kilometer (8 km) dari pekan Banting. Lokasi sekolah ini ialah di persimpangan ke Pantai Morib FT5 dan Jalan Kelanang (Jalan Negeri B59) menuju ke Pantai Kelanang. Sekolah ini drasmikan oleh mantan Menteri Kebajikan Am Malaysia, Datin Paduka Hajjah Aishah Ghani pada 22 Jun 1980. Pada tahun 2000 sebuah bangunan baru dua tingkat dibina untuk menampung murid yang kian meningkat. Pembinaan sekolah ini banyak memberi manfaat kepada penduduk sekitar terutamanya anak-anak mereka menerima pembelajaran secara formal dengan keadaan yang lebih selesa. Kini sekolah ini mempunyai semua kemudahan asas serta infrastrukutur yang lengkap dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) ±% Jumlah guru (orang)
2009 205 14
2019[2] 156 23.9% 16
2020[1] 136 12.8% 14
2021[3] 130 4.4% 15

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Simpang Morib
Simpang Morib
Selangor, Malaysia
Telefon = 331982245
Fax = 331982245

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.
  2. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  3. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]