Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Permata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Permata
Lokasi
Taman Permata, DENGKIL, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah387680253
Kod sekolahBBD9457
Faks387680253
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Permata atau nama ringkasnya SJK (T) Taman Permata, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Taman Permata.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Permata memiliki 61 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 117 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1936 dengan bangunan tumpangan Ladang Prang Besar. Sekolah ini daftar dengan rasminya pada tahun 1937. Oleh kerana sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri pihak PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah dengan kerjasama pihak pengurusan Ladang Prang Besar berusaha dengan sedaya upaya memohon dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan sebuah bangunan dengan kawasan luas keseluruhanya 9.2 ekar dan bangunan dibina siap pada tahun 1969 dan dirasmikan pada 12.3.1969 oleh YB Tan Sri Lee Siok Yew Mentri Muda Pelajaran Malaysia. Sekolah ini dibina dengan kemudahan 8 buah bilik kelas iaitu sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat,sebuah kantin dan tandas. Pada masa itu seramai 230 murid belajar disekolah ini dan 8 orang guru mengajar pada masa itu. Pada tahun 1980 dengan kerjasama dan pertolongan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia untuk membina sebuah gelanggang serbaguna,memasang bekalan letrik dan memagar kawasan sekolah. Pada tahun 1985 Kementerian Pendidikan memberi peruntukan sebanyak RM5,000.00 untuk tujuan pengubahsuaian pusat sumber dan pihak sekolah telah bekerjasama PIBG mengubahsuaikan dua bilik kelas menjadikan perpustakaan dan pusat sumber serta menaikkan taraf bilik tersebut dengan semua kemudahan seperti OHP, Slaid, Bilik tayangan,Bilik TV, Ruang keral, ruang bacaan serta bilik perkembangan staf dengan lain-lain kemudahan asas yang diperlukan dari masa ke semasa. Tidak ketinggalan juga setiap tahun pihak pihak Jabatan Pendidikan Selangor juga memberi berbagai peruntukan dan bekalan yang diminta oleh pihak sekolah dari masa ke semasa. Mengenai Kurikulum kebanyakan bekas murid murid sekolah ini telahpun melanjutkan pelajarannya sehingga Universiti ada juga murid yang menjadi ahli politik dan juga kebanyakan murid menjadi guru serta pernah dan juga sedang mangajar disekolah ini. Mengenai prestasi Ko-Kurikulom murid-murid sekolah ini menjadi johan diperingkat Dearah dan Negeri dalam Pertandingan Merentas Desa Sejak turun temurun dan juga johan peringkat Negeri dalam Pertandingan Bola Baling dimana pertandingan mula diperkenalkan. Tidak ketinggalan juga dalam pertandingan hoki sekolah menjadi naib johan diperingkat negeri.

Seperti lain-lain sekolah, sekolah ini juga mempunyai lencana sekolah. Setiap murid dikehendaki memakainya pada setiap hari. Lencana ini diperbuat daripada kain dan mempunyai warna warna and logo yang mempunyai maksud tertentu. Lencana sekolah ini berwarna kuning, merah and biru. Warna kuning membawa maksud menunjukkan ilmu itu suci and bersih. Warna merah membawa maksud ilmu itu cahaya hidup and manusia yang berilmu akan berjaya. Warna biru pula membawa maksud ilmu itu luas seperti laut dan awan. Logo yang terdapat pada lencana ini membawa maksud :

1) Buku - Melambangkan ilmu pengetahuan.

2) Pensel - Melambangkan pentingnya untuk menulis dan membuat matematik.

3) Kuttu vilakku - Memberi cahaya dan menghapuskan Kegelapan

4) Cogan katanya ialah - ILMU ADALAH TUHAN


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Permata
Taman Permata
Selangor, Malaysia
Telefon = 387680253
Fax = 387680253

Pautan luar[sunting | sunting sumber]