Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Banopdane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Banopdane ialah sebuah sekolah rendah di Bidor, negeri Perak. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1930 oleh seorang guru dengan nama "Banopdane Estate Tamil School, Bidor".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Perak pada tahun 1968. Sebuah banglo lama telah dijadikan sebagai sekolah pada tahun 1946 – 1947. Pada tahun 1947–1962 pula sebuah bangunan baru dengan satu bilik darjah telah didirikan oleh pihak majikan. Pada tahun 1962, kerajaan telah membina bangunan baru untuk sekolah dan kemudian 2 buah bilik darjah telah ditambah.

Pada tahun 1977, tapak sekolah telah pun dijual oleh pemilik ladang kepada syarikat perlombongan. Pada tahun 1978 sekolah ini dipindahkan dan telah didirikan oleh pemilik ladang Encik KR.S. Nadarajah dan Encik KR.S. Periasamy di kawasan baru dengan tiga buah bilik darjah.

Pada tahun 1996 YB Dato’ K. Kumaran, Ahli Parlimen Tapah memberikan sumbangan peruntukan sebanyak RM 25,000 untuk membina sebuah blok bangunan. Sekolah ini juga telah menerima bantuan berupa peruntukan khas tambahan YAB Menteri Besar Perak sebanyak RM 4600 untuk membaiki bilik darjah. Pada tahun 1997, satu lagi peruntukan telah diperolehi dari YB Dato’ K. Kumaran sebanyak RM 5000 untuk membaiki bangunan sekolah.

Kini SJK (T) Ladang Banopdane, 35500 Bidor, Perak mempunyai tiga blok bangunan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilangan murid di sekolah ini sehingga kini ialah seramai 78 orang iaitu murid lelaki seramai 43 orang dan murid perempuan seramai 35 orang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]