Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Tok Pawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Tok Pawang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1935


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Tok Pawang atau nama ringkasnya SJKT Sungai Tok Pawang, merupakan sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Tok Pawang mula diasaskan pada tahun 1935. Pada masa itu bangunan hanya dapat menampung 20 orang murid dan seorang guru iaitu En. K.V.Suppiah.

Pada tahun 1940, keramaian murid bertambah sebanyak 50 orang dengan bilik darjahnya dijadikan darjah satu hingga darjah lima. En. K.V.Suppiah dilantik sebagai Guru Besar manakala En. Murugesan sebagai Guru Penolongnya. Pada tahun 1941, sekolah ini ditutup sementara waktu kerana peperangan kedua meletus di mana tentera Jepun berjaya memasuki Tanah Melayu. Setelah tamat peperangan kedua, sekolah mula dibuka.

Pada tahun 1957, pertambahan penduduk semakin menggalakkan hingga bilik-bilik darjah tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid yang berada di dalam darjah lima telah dipindahkan ke Sekolah Tamil Harvard Bahagian 1. Hal ini telah menimbulkan kemarahan pada ibubapa yang terlibat. Lantaran itu juga bilangan guru bertambah kepada empat orang semuanya.

Pada tahun 1961 kelas-kelas diadakan pada pagi dan petang. Oleh kerana murid-murid semakin bertambah, satu bangunan tambahan perlu didirikan. Untuk mencapai hasrat ini. Tuan Pengerusi Lembaga Sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah bermuafakat dan berusaha untuk mendirikan sebuah banguanan baru. Pada 24.02.1964, atas daya usaha Jabatan Pelajaran Kedah, peruntukan sebanyak RM 6,000.00 telah diterima dari Y.B Tan Sri Manickavasagam untuk mendirikan sebuah bangunaan tambahan.

Pada tahun 1964, bangunan tersebut telah disiap dan dirasmikan oleh Y.B Menteri Pelajaran Malaysia, En. Mohd. Khir Johari. Pada tahun 1966, sebuah bangunan yang merupakan rumah-rumah pekerja ladang yang dibina sejak tahun 1935 telah diubahsuai untuk dijadikan bilik-bilik darjah di mana ramai murid-murid yang kebanyakan mereka datang dari Ladang Sungai Tok Pawang. Kini jumlah murid meningkat kepada 220 orang En.P.Vellasamy telah dilantik sebagai Guru Besar. Sekolah ini dibantu oleh 8 orang guru, seorang Kerani Rendah dan seorang Buruh Am.

Pada masa yang sama, pihak sekolah tidak putus asa untuk mendapatkan tapak tanah untuk mendirikan bangunan sekolah baru. Bangunan sekolah yang ada sekarang terlalu uzur. terdapat kerosakan pada bangunan yang boleh mengancam keselamatan murid-murid.

Akhirnya pada tahun 1986, pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah membenarkan SJK(T) Sungai Tok Pawang berpindah ke bangunan lama Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang secara sementara sehingga tahun 2011.Pada tahun 2008 Kerajaan negeri Kedah telah memberi sebanyak 5 hektar tanah untuk membina bangunan sekolah.Kini bangunan sekolah telah siap dibina pada akhir tahun 2011.Warga SJK(T) Sungai Tok Pawang dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2012 di bangunan baru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]