Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) West Country Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) West Country (Timur) terletak di Jalan 5, Seksyen 5 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Ia bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko. Walaupun ia terletak di dalam Bandar Baru Bangi, poskodnya 43000 Kajang dan bukan 43650 Bandar Baru Bangi (berdasarkan papan tanda nama jalan).

Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama sebuah ladang iaitu West Country Estate yang merupakan ladang kelapa sawit yang penerokanya berbangsa india. Tapak ladang ini telah dijadikan sebuah bandar terancang yang dinamakan Bandar Baru Bangi yang mempunyai 16 Seksyen. Kebanyakan keluarga peneroka itu diberikan sebuah rumah teres di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.

Terdapat juga sekolah yang berkongsi nama yang sama tetapi di barat iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) West Country (Barat) yang terletak di sebelah South Klang Valley Expressway (SKVE). Nama jalannya masih tidak diketahui.