Sekolah Kebangsaan (2) Sultan Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (2) Sultan Alam Shah
Lokasi
Jalan Bukit 11/2, PETALING JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU TANGGA KEJAYAAN
Nombor sekolah0379568959
Guru besarPn Rohana Binti Ali @ Hj Mohd Ali
Faks0379601154
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan (2) Sultan Alam Shah atau nama ringkasnya SK (2) Sultan Alam Shah, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit 11/2.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan (2) Sultan Alam Shah mempunyai 130 orang murid perdana dan 16 orang murid PPKI Masalah Pendengaran/Pertuturan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 185 orang murid. Ia mempunyai seramai 28 orang guru dan 3 orang staf sokongan.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1962, tetapi dipecah menjadi Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah dan Sekolah Kebangsaan (2) Sultan Alam Shah pada tahun 1967. Ia terletak di Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya.

Sekolah ini terletak di kawasan petempatan yang terawal di Petaling Jaya dan amat strategik. Lokasinya terletak di antara Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

Pada tahun 1971, sekolah ini dipilih untuk menempatkan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran (kini Kelas Khas Murid Bermasalah Pendengaran dan Pertuturan) di samping murid normal yang lain. Murid-murid Kelas Khas ini diajar secara berintegrasi dengan murid normal. Pada masa ini, sekolah ini merupakan sekolah Pendidikan Khas yang terbesar di Selangor.

Bangunan sekolah ini terdiri dari dua blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, termasuk Pusat Sumber, Bilik Komputer, Bilik Muzik dan Bilik Guru serta ruang Pejabat Pentadbiran.

Sekolah ini juga mempunyai padang permainan yang menempatkan sebuah padang bola sepak/hoki dan sebuah gelanggang bola jaring. Tiga buah gelanggang sepak takraw pula terletak berdekatan dengan kantin.

Pada tahun 1985, sebuah kompleks sukan yang mengandungi dua gelanggang skuasy, dua gelanggang badminton, meja pingpong dan sebuah gelanggang tenis telah dibina untuk kemudahan latihan murid.

Semenjak itu pelbagai pembangunan dan kemudahan baharu telah dibina antaranya :

Bilik Komputer – dibina tahun 2003 – peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pondok MBMMBI – tahun 2004 – peruntukan PIBG Surau – tahun 2007 – Sumbangan Pusat Zakat Selangor, manakala laluan ke surau berbumbung sumbangan bank Rakyat. Stor sukan di padang – tahun 2007- peruntukan JKR. Tapak perhimpunan sekolah- tahun 2008- di bawah projek baik pulih sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


Mantan guru besar[sunting | sunting sumber]

1967-1970 En. S. Ratnasingam 1970-1987 En. Sivagurunathan 1987-1989 En. Ismam Sarkawi 1989-1996 En. Saw Ah Bah 1996-1999 Pn. Norini Mohd. Jamin 1999-2000 Pn. Hjh Rajiah bt. M Yusop 2000-2006 Pn. Hashimah bt. Bohari 2007-2008 Pn. Noriah bt. Che Omar 2009-2010 En. Idris b. Rahmat Jan-Jun 2011 Pn. Saadiah bt. Ahmad Sep 2011-Mei 2012 En. Hamdan b. Rahim 2013-2015 Pn. Hjh. Shamsinar Hayati bt. Mohd. Shith 2015-2017 Tn. Hj. Mohd Yusop bin Mat Zin PJK 2017- Pn. Rozita binti Othman @ Ali 2018 Pn. Mashura binti Mansor 2018-2021

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK (2) Sultan Alam Shah
Jalan Bukit 11/2
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Telefon =03-79568959
Faks =03-79601154

Pautan luar[sunting | sunting sumber]