Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Tekam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Tekam
Lokasi
Felda Sungai Tekam, JERANTUT, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094717075
Kod sekolahCBA2015
Pengerusi PIBGEncik Omar Sani Bin Bijuri
PengetuaPn. Hajah Ruslah Binti Mohd Amin
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Sadiah Binti Hasfa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Zulkepli Bin Hamidon
Penolong Kanan KokurikulumEncik Norazli Bin Mohamad
Faks6094717689


Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Tekam atau nama ringkasnya SK (Felda) Sg Tekam, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Tekam.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Tekam memiliki 152 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 281 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Tekam telah dibina pada tahun 1963 dan mula beroperasi sepenuhnya dalam bulan Jun 1964. Pada tahun hadapan (2014), maka genablah umurnya 50 tahun.

Encik Ibrahim Bin Mohamad merupakan guru besarnya yang pertama yang dilantik pada 28 Jun 1964 hingga 31 Disember 1969. Selepas tempoh itu terdapat 13 orang lagi guru besar yang telah bertugas di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Tekam tersebut. Antaranya, Encik Jamaludin Bin Haji Ali (01/01/1970- 31/12/1971), Encik Shari Bin Sanosi (01/01/1972-31/12/1973), Encik Ramli Bin Awang (01/01/1974-11/11/1980), Encik Arshad Bin Koming (09/02/1981-31/12/1984), Tuan Haji Ramli Bin Sulaiman (04/01/1985-18/08/1988), Encik Abu Bakar Bin Osman (01/08/1988-30/09/1992), Encik Anuar Bin Ahmad (01/10/1992-30/11/1994), Encik Abd. Rahman Bin Ali (01/12/1994-31/12/1995). Seterusnya, Encik Abdul Rahman Bin Rahmat (01/01/1996-31/12/2001), Encik Shahidan Bin Abd. Hamid 01/06/2002-02/02/2005), Puan Arpah Binti Samsudin (03/02/2005-20/08/2009), Encik Jamaludin Bin Ahmad Pjf New Era ( 16/09/2009-25/01/2012) dan yang terkini, Puan Hajah Ruslah Binti Mohd. Amin bermula dari 05 Mac 2012 hingga sekarang.

Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan peneroka Felda Sungai Tekam atau lebih dikenali sebagai Felda Sungai Tekam Getah. Kawasan rancangan tanah ini telah dibuka oleh Lembaga Persekutuan Tanah Persekutuan (LKTP) dan mula menerima kemasukan peneroka pada tahun 1963.

Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat sebuah bangunan setingkat separuh batu yang mempunyai enam buah bilik darjah, sebuah bilik guru,, sebuah kantin, sebuah tandas, sebuah padang permainan, dan empat buah rumah guru. Jumlah guru pula pada ketika itu seramai 10 orang sahaja yang ditugaskan mengajar 400 orang murid. Pada masa itu juga, sekolah ini beroperasi dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

Sepuluh tahun kemudian, jumlah murid bertambah dengan pesatnya melebihi 600 orang. Oleh yang demikian, sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah dibina. Bangunan ini menempatkan enam bilik darjah, sebuah pejabat sekolah, dan dua buah tandas. Sebuah padang permainan yang lebih selesa juga telah diwujudkan. Dalam masa yang sama, sebuah lagi bangunan telah dibina secara gotong-royong bersama penduduk kampung yang boleh memuatkan sebuah dewan, dua buah bilik darjah, serta sebuah surau.

Pada tahun 1993, sebahagian daripada murid sekolah ini yang tinggal di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) telah berpindah dan ditempatkan di Sek. Keb. PPPTR ( Sekolah Baharu ). Ini menyebabkan hanya tinggal sekitar 250 orang murid sahaja yang masih belajar di sekolah ini beserta dengan 14 orang guru yang bertugas.

Sedekad kemudian, selaras dengan transformasi dalam bidang pelajaran oleh kerajaan Malaysia, maka Sek. Keb. (LKTP) Sungai Tekam juga menerima tempias pembangunan apabila dua buah bangunan tiga tingkat telah dibina bagi menempatkan pejabat baru, bilik komputer, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, pusat sumber dan banyak lagi. Keadaan ini masih kekal hingga ke hari ini.

Pada tahun 2014 Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Tekam menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun dengan sambutan jubli emas. Sambutan Jubli Emas ini termasuk acara perjumpaan semula bagi semua para guru, kakitangan serta bekas murid yang pernah berbakti atau belajar di sekolah ini antara tahun 1964 hingga 2013. Pelbagai acara sepanjang tahun telah direncanakan dan kemuncaknya ialah tanggal 31 Mei 2014 dan 1 Jun 2014 yang mana suatu sambutan / perjumpaan reunion secara besar-besaran akan diadakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Tekam
Felda Sungai Tekam
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6094717075
Fax = 6094717689

Pautan luar[sunting | sunting sumber]