Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kecau 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kecau 1
Lokasi
PADANG TENGKU, KUALA LIPIS, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMotor
Nombor sekolah09-3249561
Faks-

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kecau 1 atau nama ringkasnya SK (LKTP) Kecau 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di PADANG TENGKU, KUALA LIPIS. PAHANG.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan LKTP Kecau Satu telah ditubuhkan pada 1 januari 1987. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanya dibuka pada 5 Januari 1987, iaitu hari pertama persekolahan bagi tahun 1987. Sekolah ini menumpang bangunan balairaya dan tadika kepunyaan LKTP Kecau Satu. Sebanyak 135 orang murid telah mendaftarkan diri sebagai murid-murid di sekolah merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. PPDR Lipis iaitu Tuan Haji Osman bin Mohamed dan Penyelia Sekolah Rendah iaitu Encik Mat Ludin Bin Said merupakan dua tenaga penting dalam usaha untuk mendapatkan perabot dan buku teks sekolah.

ketika itu tiada kemudaha asas seperti jalan tar, bekalan air dan elektrik. Apa yang ada hanyalah jalan tanah merah yang becak setelah hujan dan berdebu apabila panas. Bekalan air dipam terus dari Sungai Kecau dan pelita minyak tanah yang menerangi kegelapan malam kerana penempatan peserta FELDA hanya dibuat beberapa bulan sebelum penubuhan sekolah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada 9 orang pendidik yang menjadi perintis di sekolah ini yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu penubuhan sekolah ini. Bangunan kantin hanyalah bangsal yang berlantaikan tanah.

Setelah 2 tahun 11 bulan menumpang di siti, pada tanggal 1 Disember 1989 , sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu merupakan 2 blok bangunan bertingkat 2 dan sebuah kantin merangkumi 14 buah bilik darjah, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik serbaguna , sebuah bilik tayangan, sebuah pusat sumber, sebuah bilik bilik guru besar dan pejabat. Bilangan bilik darjah yang digunakan yang digunakan ialah 9 buah iaitu 6 buah bilik darjah bagi tahap satu dan dan 3 buah bilik darjah untuk tahap dua.

Bilangan murid telah meningkat kepada hampir 200 orang. Namun demikian jalan masih belum bertar, bekalan air terus dari sungai dan tiada bekalan elektrik. Setiap warga sekolah ini menjalankan pelbagai tugas termasuk tugas perkeranian kerana tiada kerani (Pembantu Tadbir), tiada peon (PAR), tiada tukang kebun (PAR) dan tiada jaga. Keadaaan ini berterusan sehinggalah mendapat seorang Pembantu Tadbir (1993), PAR (1994) , 2 orang PAR dan seorang jaga (Pertengahan 1994).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kecau 1
27100 PADANG TENGKU
KUALA LIPIS PAHANG
Pahang, Malaysia
Telefon = 09-3249561
Fax = -

Pautan luar[sunting | sunting sumber]