Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun
JenisSekolah kebangsaan
Guru BesarEncik Abu Samah bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Rugayah binti Mi'an
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Umi Kalsom binti Hj. Buang
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nor Aini binti Harun
Pengerusi PIBGTuan Haji Rosdin Bin Baba
Ketua PelajarSiti Mariam binti Mohammad Yusof
Kod sekolahMBB2042
LokasiMelaka Melaka Tengah, Melaka, Malaysia
Laman sesawanghttp://skpduriandaunmelaka.blogspot.my/
Telefon6062824820
Faks6062824820

Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun atau nama ringkasnya SK (P) Durian Daun merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Durian Daun, dalam bandar Melaka.

Pada 2016, seramai 171 orang murid dari pra-sekolah hingga darjah Enam belajar di Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun. Kini,[bila?] ia mempunyai seramai 19 orang guru.

Pada 2017, seramai 164 orang murid dari pra-sekolah hingga tahun enam belajar di sini dengan seramai 19 orang guru. Pada tahun 2017, usia SK (P) durian Daun Melaka telah mencapai 62 tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Warga DDGS pada tahun 1956

Nama asal SK Perempuan Durian Daun ialah Durian Daun Girls School. Sekolah ini ialah sekolah rendah kerajaan (aliran Inggeris) yang pertama di negeri Melaka khas untuk murid perempuan sahaja. Mulai 1 Januari 1970, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Perubahan berlaku disebabkan pertukaran aliran bahasa pengantar kepada Bahasa Kebangsaan. Pada tahun 1994, sekali lagi nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bangunan asal didirikan pada tahun 1954 dan mula digunakan pada tahun 1955. Bangunan tersebut terdiri daripada 1 blok dua tingkat yang mengandungi sebuah anjung, 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, 1 buah bilik guru dan 3 buah stor kecil dan tandas. Bangunan tambahan kedua meliputi 3 buah bilik darjah, PSS, klinik pergigian, surau, kantin, 4 buah stor, tandas murid dan tandas guru. Bangunan kedua ini didirikan pada awal 1989 dan digunakan pada Disember 1989. Blok 3 tingkat ini didirikan di tapak tuck shop (kantin sekolah) kekal yang dirobohkan.

1957 murid mula menggunakan padang sekolah

Bangunan kantin sekolah didirikan pada pertengahan 1956. sebahagaian daripada kantin sekolah ini telah digunakan sebagai bilik darjah mulai tahun 1960 sehingga ia dirobohkan pada akhir tahun 1988.

Pada pertengahan tahun 1956, kerja-kerja membuat padang telah dimulakan, termasuk membina dua buah gelanggang badminton. Padang digunakan untuk kegiatan sukan pada awal tahun 1957. Pada akhir tahun 1988, sebuah kantin sementara telah didirikan di gelanggang badminton dan kini, tapak tersebut telah didirikan sebuah surau hasil usaha PIBG.

Keluasan sekolah ini pada mulanya ialah 2a. ar 26.5p[Penjelasan diperlukan] dan keluasannya bertambah sedikit apabila pihak MPPM menjalankan pembinaan blok baru.

Pada 2 Februari 1955, sekolah ini mula beroperasi. Perasmian sekolah dilakukan pada 5 Mei 1955 oleh Pesuruhjaya Residen Melaka, Tuan H.G Hornett. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Pelajaran Melaka pada ketika itu, Encik T. Hunter.

Mulai 1970, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Daun daripada nama asalnya selepas bahasa pengantarnya ditukar daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada tahun 1994, sekali lagi nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun dan nama ini kekal sehingga hari ini.

Identiti[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik

Negara Sejahtera

Visi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti

untuk membangunkan potensi individu

bagi memenuhi aspirasi negara

Budaya sekolah[sunting | sunting sumber]

Sepakat satu pasukan

Cogan kata sekolah[sunting | sunting sumber]

Usaha membawa kejayaan

Profil sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun
Jalan Durian Daun
75400, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062824820
Faks = 6062824820

Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bendera sekolah

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah

Pengertian Lencana[sunting | sunting sumber]

  • Warna hijau - Melambangkan kesucian Agama Islam
  • Warna kuning - Melambangkan kesuburan (tanah) dan kemakmuran.
  • Daun - Melambangkan daun Pokok Durian Daun kerana nama sekolah diambil sempena pokok tersebut
  • Buku - Melambangkan keilmuan. Sekolah sangat mementingkan pencapaian di bidang ini.
  • Orang berlari - Melambangkan sukan dan permainan adalah penting selari dengan kepentingan akademik. Kecemerlangan dalam sukan sentiasa digalakkan.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SK P Durian Daun
Sekolah kami yang tercinta
Kami bangga jadi anak didiknya
Mendorong kami agar berjaya


Untuk mencapai kecemerlangan
Tingkatkan ilmu pengetahuan
Usaha membawa kejayaan
Bersama menjayakan wawasan


Berjaya matlamat utama
Menjadi insan yang berguna
Juga kebanggaan semua
Bangsa, agama dan negara


Untuk mencapai kecemerlangan
Tingkatkan ilmu pengetahuan
Usaha membawa kejayaan
Bersama menjayakan wawasan

Lagu Sekolah SKPDD versi MP3

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, dengan penuh iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua anak didik kami tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang.
  • Mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keselesaan semua anak didik kami semasa mereka berada di sekolah.
  • Memberikan layanan yang cepat dan mesra kepada semua pelanggan kami.
  • Sentiasa mempertingkatkan sahsiah dan kualiti perkhidmatan kami.
  • Berpegang teguh pada nilai-nilai keagamaan

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif Am[sunting | sunting sumber]

  1. Memberikan pendidikan yang bermutu kepada murid-murid.
  2. Melahirkan murid-murid yang berilmu, boleh membaca, menulis dan mengira sebagai asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
  3. Menarik minat murid supaya suka kepada sekolah, pelajaran, sukan, permainan dan kerja-kerja kebajikan serta sukarela.
  4. Melatih dan membentuk sikap peka dan bertanggungjawab sebagai seorang individu dan anggota kumpulan atau pasukan.
  5. Memupuk semangat kekitaan dan berdikari.
  6. Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Objektif Khas[sunting | sunting sumber]

  1. Melaksanakan Dasar dan Pendidikan Negara.
  2. Melengkapkan murid dengan asas ilmu pengetahuan yang kukuh bagi perkembangan seterusnya.
  3. Melatih dan membentuk fizikal murid melalui kegiatan kokurikulum.
  4. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  5. Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan cintakan watan.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Cik Lim Guat Eng (1955)
  2. Cik S. Muthuthamb (1956)
  3. Cik L. Campbell (1957)
  4. Puan Ong Guat Lian (1958-1964)
  5. Puan Chin Yik Keun (1965-1985)
  6. Cik Hjh Faridah Datok Hj Talib (1986-1997)
  7. Pn Kamsiah Talib (1997-2003)
  8. Pn Hjh Noor Aini Binti Ahmed (2004-2008)
  9. YM Tengku Norgayah Binti Tengku Othman (2008-2011)
  10. Puan Hjh Asnah Binti Jantan (2011-2017)
  11. Encik Abu Samah Bin Ahmad (2017- 12.1.2018)
  12. Pn Sarimah Binti Merais (12.1.2018 - kini)

Sarana ibu bapa[sunting | sunting sumber]

Senarai YDP PIBG[sunting | sunting sumber]

  1. Dr. Mah Peh Yon (1959-1960)
  2. Encik M. Nagarajah PJK, AMN (1961-1969)
  3. Tn Hj Sabtu bin Hj Long AMN, PJK (1970-1984)
  4. Tn Hj Awal bin Hj Sulaiman PPN, PJK, PBM, BKC (1985-2000)
  5. Encik Mohd Amin bin Hj Samsuri ((2001-2005)
  6. Envik Selvaraja a/l Ramasamy (2005-2007)
  7. Tn Hj Ir. Mohammad Ariff bin Abd Karim (2008-2011)
  8. Encik Mohd Nizam bin Bongsu (2012-2015)
  9. Tn Hj Rosdin bin Baba (2016 - )

Aktiviti Sarana[sunting | sunting sumber]

  • Program Hubbul Watan (Cintai negara)
Kemeriahan sambutan dari penduduk setempat

Program ini dijalankan oleh surau Fatimah Azzahrah, SK (P) Durian Daun dengan kerjasama JKKK Kg. Durian Daun. Program ini bertujuan bagi menerapkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap tanah air. Ia melibatkan semua bangsa dan agama daripada masyarakat setempat.

  • Solat Hajat
Fail:Solat hajat 1.jpg
Sambutan dari ibu bapa dan masyarakat setempat


Program ini dilaksanakan dengan kerjasama sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa Guru dan masyarakat setempat. Ia bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang bertaqwa dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, program ini dapat menerapkan murid-murid yang berdisiplin serta sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar muslim. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid.

  • Gotong-royong

Kerja-kerja naik taraf surau dijalankan bagi memastikan keadaan keselamatan surau terpelihara. Ia juga menyediakan keadaan surau yang kondusif.




Persekitaran sekolah[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Matlamat Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Matlamat projek ini adalah untuk mengumpul bahan-bahan sejarah sekolah dan diabadikan sebagai warisan. Projek ini juga dapat meningkatkan kesedaran bekas murid dan staf serta warga sekolah sekarang dan orang ramai mengenai peranan dan sumbangan sekolah ini sejak dulu hingga sekarang.

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Objektif projek adalah seperti berikut:

  • Membina dan berkongsi koleksi bahan-bahan sejarah SKPDD
  • Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi warga SKPDD
  • Menghargai dan mengabadikan warisan SKPDD

Logo Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Logo Galeri Warisan

Penerangan Logo Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

  • Bentuk hati - lambang kasih sayang akan warisan SKPDD.
  • Warna kuning - warisan lama dan baharu SKPDD disanjung tinggi.
  • Logo sekolah - Melambangkan semangat perjuangan guru dan murid SKPDD.
  • Tangan - Menunjukkan semangat mempertahankan warisan dan budaya berpasukan di dalam sesebuah organisasi.

Logo Galeri Warisan SKPDD direka khas oleh Puan Nor Aini Harun (Pengerusi Galeri Warisan SKPDD), Encik Mohd Hairul Tahir (Setiausaha Galeri Warisan SKPDD), Puan Hajah Azlia Janudin (Penyelaras Galeri Warisan SKPDD), Puan Anisah PKun Hamed (GPI SKPDD).

Logo ini telah direka khas pada pertengahan tahun 2017 sempena pembukaan Galeri Warisan SKPDD.

Majlis Perasmian Galeri Warisan SKPDD[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan SKPDD telah dirasmikan pada 20 September 2017 bersamaan dengan hari Rabu. Galeri Warisan SKPDD ini telah dirasmikan oleh Dr. Hjh. Norshidah binti Hj Abu Husin, Timbalan Pengarah IPGK Melayu Melaka yang juga merupakan salah seorang bekas murid sekolah ini. Berikut merupakan gambar ketika majlis ini :

Susur ke Galeri Warisan SKPDD Proses Perasmian Galeri Warisan SKPDD Papan Perasmian yang telah ditandatangan oleh Perasmi
Rasmi di Susur
Tandatangan Perasmi
Papan Perasmian
Tandatangan Buku Pelawat Galeri Warisan SKPDD Sesi lawatan ke sudut-sudut di Galeri Warisan SKPDD Kenangan di Galeri Warisan SKPDD
Tandatangan Pelawat
Lawatan ke Sudut
Tetamu dan Perasmi

Lawatan Khidmat Bantu Oleh PERZIM[sunting | sunting sumber]

Lawatan oleh En Fairus Bin Mamat dari Perbadanan Muzium Melaka, bagi program khidmat bantu Galeri Warisan SKPDD pada 23 Oktober 2017.

khidmat bantu

Sudut-sudut Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Rakaman Galeri Warisan SKPDD :

  • Sudut-sudut Galeri Warisan SKPDD :Video
  • Susur dan Sudut Patriotik :Video
Sudut Patriotik dan Susur Kemerdekaan SKPDD Sudut Warisan Ibunda dan Susur Laluan Galeri Warisan SKPDD Sudut Alat Muzik Tradisional dan Warisan Pengurusan SKPDD Sudut SKPDD Menggamit Memori Sudut SKPDD Dalam Kenangan
sudut patriotik

Di Susur Kemerdekaan ini terdapat gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia yang pertama hingga terkini, bendera negeri di Malaysia serta hiasan Jalur Gemilang.

sudut warisan

Susur ini mempunyai lagu sekolah yang telah dijadikan sebagai mural di dinding. Selain itu, Sudut Warisan Ibunda mempamerkan alatan memasak yang digunakan pada zaman dahulu seperti lesung batu, lesung boh, batu giling, lesung kayu, acuan cendol, acuan bahulu dan pengepok telur.

Sudut alat muzik

Sudut Alat Muzik ini mempamerkan alat-alat muzik tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu seperti rebana, kompang serta piring hitam

Sudut menggamit memori

Sudut ini diwujudkan untuk membolehkan para pengunjung mengambil gambar untuk dijadikan kenangan serta memori ketika mengunjungi Galeri Warisan SKPDD

Sudut kenangan

Sudut yang memaparkan tokoh-tokoh murid pada zaman dahulu dan kemenjadian murid sejak dari zaman DDGS hingga kini

Sudut Koleksi Dapur Ibunda dan Pakaian Warisan SKPDD Sudut Penghargaan dan Koleksi Piala SKPDD Sudut Sejarah dan Warisan SKPDD Sudut Tembaga Warisan dan Audio Warisan SKPDD Sudut Informasi Galeri Warisan
sudut ibunda

Sudut Koleksi Dapur Ibunda ini mempamerkan set pinggan mangkuk antik corak bunga kangkung yang digunakan pada zaman dahulu oleh nenek moyang manakala Sudut Warisan SKPDD mempamerkan pakaian-pakaian seragam dan baju-baju sukan sekolah SKPDD. Terdapat juga pakaian-pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia serta pakaian guru pada zaman dahulu.

Sudut penghargaan

Sudut ini menayangkan piala-piala kejohanan sukan serta piala-piala kejayaan yang didapati oleh murid-murid ketika sesuatu pertandingan dalam pelbagai peringkat.

Sudut sejarah

Galeri ini menyingkap sejarah-sejarah SKPDD sejak dari penubuhan DDGS hingga sekarang. Pelbagai sejarah yang dipaparkan di ruangan ini termasuklah sejarah bangunan, persekitaran serta warga sekolah pada zaman dahulu hingga sekarang.

Sudut alatan tembaga

Sudut Tembaga mempamerkan alat-alat tembaga yang digunakan pada zaman dahulu seperti seterika arang, tepak sireh, dulang hantaran,sudu garfu dan peti simpanan barang berharga.

SudutInformasi

Sudut ini menceritakan tentang maklumat Galeri Warisan SKPDD seperti carta organisasi, matlamat dan objektif Galeri Warisan SKPDD.

Khazanah di Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Antara khazanah yang terdapat di galeri SKPDD :

Alatan tradisional Video Gambar
Bakul Siah[sunting | sunting sumber]
  • Merupakan bakul tradisi masyarakat baba dan nyonya di negeri Melaka.
  • Diperbuat daripada buluh atau kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit binatang.
  • Pada zaman dahulu, bakul ini ini digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Video
Bakul Siah
Batu Giling[sunting | sunting sumber]
  • Satu alat yang dugunakan bagi penyediaan bahan memasak.
  • Merupakan satu alatan penting pada masa dahulu dan digunakan bagi menghancurkan rempah-ratus yang akan digunakan bagi memasak.
  • Biasanya terdiri daripada dua bahagian, iaitu batu hampar dan batu penggiling (anak).
  • Kegunaan bagi giling berbeza dengan lesung batu dari segi batu giling digunakan bagi menghancurkan bahan dengan lebih lumat dan halus. * Batu giling mengisar secara mendatar manakala lesung menumbuk secara menegak.
  • Alat untuk mengisar beras atau pulut untuk dijadikan tepung.
Video
BatuGiling
Nyiru[sunting | sunting sumber]
  • Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi.
  • Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut.
Video
Nyiru
Rebana[sunting | sunting sumber]
  • Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian rakyat.
  • Rebana dipukul dengan satu tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain.
Video
Rebana
Tepak Sireh[sunting | sunting sumber]
  • Bekas yang diperbuat dari logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk di makan.
  • Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi tepak.
  • Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-
    • Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
    • Kacip pinang yang digunakan bagi megacip pinang
    • Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi menguyah.
    • Lima cembul yang berisi bahan sirih yang diatur menurut aturan berikut:-
      • Cembul yang berisi pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang baik-baik
      • Cembul yang berisi kapur sebagai lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
      • Cembul yang berisi gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
      • Cembul yang berisi tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
      • Cembul yang berisi cengkih yang rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata.
Video
Tepak Sireh

Kemenjadian Murid[sunting | sunting sumber]

  1. Dr. Hjh Norshidah binti Hj Abu Husin, Timbalan Pengarah IPGK Perempuan Melayu Melaka.
  2. Dr. Rahimah binti Puteh, Doktor di Klinik Rahimah, Bukit Katil (klinik sendiri).
  3. Dr. Intan Azura binti M. Din, Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.
  4. Dr. Nas binti Md Nor, Pakar Pergigian di Klinik Pergigian Merlimau.
  5. Salini binti Halim, Akauntan di sebuah firma di United Kingdom.
  6. Hjh Dina binti Hj Nordin, Peguam di Firma Guaman Tetuan Hjh Dina & Associates.
  7. Lala Zehan, Penulis Buku-buku Cerita Remaja.
  8. Dr. Nurhasmiza binti Sazali, Pensyarah Kanan di Kuala Lumpur.
  9. Dr. Norhayati Sabtu, Doktor Pakar di Hospital Besar Melaka.
  10. Nur Zafira binti Muhammad Nor, Pensyarah Perakaunan dan Perakaunan Islam di KUIM.
  11. Dr. Azrin Atikah binti Roslan, Doktor Pakar Hospital Putra.
  12. Nurul Azreen binti Azlan, Pensyarah di UTM Kuala Lumpur.
  13. Norzilawati binti Sabtu, Pensyarah di UiTM Shah Alam.
  14. Siti Hawa binti Mohamad, Pensyarah di KUIS.
  15. Dr. Navnita Moorthy.
  16. Marina binti Basiron, Guru Ekonomi di SMKA Sultan Muhammad.
  17. Dr. Mariam, Doktor dimkliknya sendiri iaitu Klinik Mariam di Merlimau, Melaka.
  18. Hjh Arija binti Abdul Ghapar, Guru Prasekolah di SK Perempuan Durian Daun.
  19. Fazilah binti Abu, Guru Media di SK Perempuan Durian Daun.
  20. Hjh Azlia binti Janudin, Guru Data di SK Perempuan Durian Daun.

Program-program Sepanjang 2017[sunting | sunting sumber]

  1. Majlis Orientasi Prasekolah dan Tahun 1.
  2. Program Transisi & Guru Penyayang Tahun 1.
  3. Pelancaran Program Jom ke Sekolah.
  4. Pelancaran Program Guru Penyayang.
  5. Pelancaran Program Nilam.
  6. Penyampaian BKAP1M.
  7. Majlis Pelancaran Sambutan Bulan 3K.
  8. Merentas Desa.
  9. Program Jom Membaca.
  10. Majlis Persaraan Pn. Norsidah Mamat, GPK Pentadbiran SKPDD.
  11. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-59.
  12. Mesyuarat PIBG Kali ke-43.
  13. Sambutan Hari Guru.
  14. Majlis Persaraan Pn. Hjh. Asnah Jantan, Guru Besar SKPDD.
  15. Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6.
  16. Majlis Khatam Al-Quran & Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan.
  17. Program Sumbangan Kasih di Aidilfitri.
  18. Riang Ria Bersama di Aidilfitri.
  19. Bengkel Menjawab UPSR.
  20. Sambutan Bulan Kemerdekaan.
  21. Program Motivasi Menuju Puncak : Program NBOS.
  22. Program Hubbul Watan.
  23. Majlis Persaraan Ustaz Mohd. Yusof bin Mansor, Guru Pendidikan Islam SKPDD.
  24. Program Solat Hajat Tahun 6.
  25. Majlis Restu Ilmu.

Galeri Program SKPDD 2017[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tahun Pencapaian
2012 Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Yasmin Adriana binti Hashim)
2012 Sijil Pencapaian 100% Kohort 1 (tahun 3) Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
2013 Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Arina binti Muhammad Arif)
2014 Sijil Penghargaan Peningkatan %A dalam UPSR
2014 Sijil Penghargaan Penarafan Pembestarian Sekolah 5 Bintang (SSQS)
2015 Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Noor Amirah Syahirah binti Noor Aizam)
2015 Sijil Penghargaan Peningkatan %A dalam UPSR (10 Sekolah Terbaik Melaka Tengah)
2015 Sijil Penghargaan Penarafan Pembestarian Sekolah 5 Bintang (SSQS)
2015 Johan Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12
2015 Tempat Ketiga Kejohanan Bola Jaring MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12
2016 Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Dayang Amni Syamimi binti Awang Suryadi)
2016 Sijil Penghargaan Pencapaian Sains 100% dalam UPSR
2017 Johan Reka Cipta & Inovasi, Green Teech World (Anjuran: Perpustakaan Melaka & Kedutaan Amerika Syarikat)
2017 Johan Anugerah Surau Imarah Sek-sek KPM Peringkat Negeri (Anjuran: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia)
2017 Sagu hati Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Siti Mariam binti Mohammad Yusof)

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Inovasi Kurikulum[sunting | sunting sumber]

  • Program PROPENSI
  • Program Motivasi Diri
  • Program Demi Masa

Impak Inovasi Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah:

Tahun GPS % Lulus
2016 2.66% 90.6%
2015 1.71% 85.7%
2014 1.88% 88.9%
2013 1.91% 78.3%

HEM[sunting | sunting sumber]

Inovasi HEM[sunting | sunting sumber]

  • Santapan Rohani
  • Salah Laku sifar

Impak Inovasi HEM[sunting | sunting sumber]

Analisis Kes Salahlaku

Tahun Kesalahan berat Kesalahan sederhana Kesalahan ringan
2016 0% 0% 0%
2015 0% 0% 0%
2014 0% 0% 0%
2013 0% 0% 0%

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Inovasi Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  • Bola Baling
  • Sahibba

Impak Inovasi Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Kokurikulum

2012 - Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Yasmin Adriana binti Hashim)

2013 - Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Arina binti Mohd Arif)

2015 - Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Noor Amirah Syahirah binti Noor Aizam),

2015 - Johan Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12

2016 - Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Dayang Amni Syamimi binti Awang Suryadi)

2017 - Sagu hati Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Siti Mariam binti Mohammad Yusof)


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]