Sekolah Kebangsaan Abang Aing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Abang Aing
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman, 95007, Sri Aman,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083322282
Kod sekolahYBA2109
Faks6083321327
Laman sesawang
Lokasi Sekolah Kebangsaan Abang Aing di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Abang Aing atau nama ringkasnya SK Abang Aing, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Abang Aing memiliki 402 pelajar lelaki dan 411 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 813 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SRK Abang Aing adalah satu-satunya sekolah bumiputera yang yang tunggal Grade A di Sri Aman dan sudahpun berfungsi sebelum tahun 1931. Mengikut maklumat yang diberikan oleh bekas Guru Besar SRK Abang Aing, beliau juga adalah seorang tokoh guru iaitu Allahyarham Tuan Haji Muhammad Bin Bujang memberitahu bahawa sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kerajaan. Sekolah Melayu Kerajaan ini dipercayai sudah wujud dalam tahun 1920. Pada ketika itu hanya ditumpangkan di Mahkamah Melayu. Tempat asal mahkamah itu ialah di kawasan yang digunakan oleh Majlis Daerah Sri Aman sebagai tempat pasar sayur –sayuran sekarang.

Dalam tahun 1931 barulah bangunan SRK Abang Aing yang pertama didirikan di tapak bangunan SRK Abang Aing yang ada sekarang. Sekolah ini dinamakan “SRK Abang Aing” ialah kerana mengambil sempena nama seorang Pegawai Bumiputera Melayu yang telah banyak memberi perkhidmatan cemerlang kepada bangsa dan tanah air di zaman pemerintahan Raja Putih yang kedua iaitu Charles Brooke khususnya kawasan-kawasan di bahagian Sri Aman, Sarawak.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Abang Aing
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman
95007, Sriaman
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083322282
Fax = 6083321327

Pautan luar[sunting | sunting sumber]