Sekolah Kebangsaan Air Baruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Air Baruk
Lokasi
 Malaysia Jalan Paya Batu, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoAmanah,Bijak,Berjaya
Nombor sekolah6065291267
Kod sekolahMBB1029[1]
Guru besarEn.Nizam bin Aziz
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Sabariah bt Alias
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Zuhri bin Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPn.Fazilah bt Yusof
Faks6065293448
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Air Baruk atau nama ringkasnya SK Air Baruk, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Paya Batu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Air Baruk memiliki 372 pelajar lelaki dan 379 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 751 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin terletak kira-kira 30 km dari bandar Melaka dan kira-kira 1 km dari Pekan Jasin. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan sekolah Menengah Datuk Bendahara dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jasin. Jalan masuk sekolah ini bertentangan dengan Pejabat RISDA, Jasin dan Mahkamah Jasin.

Dulu sekolah ini adalah sebuah Hospital Besar Jajahan Inggeris. Sebahagian blok bangunan hospital ini di bom oleh Militer Jepun. Militer yang berkenaan:

Bilangan Militer :

A)  : 360 orang

B)Militer Inggeris : 200 orang

Bilangan yang tekorban :

A) Orang kampung terlatih : 40 orang

B)Militer Inggeris tiada yang terkorban.Tercedera sahaja 189 orang.

Bilangan musuh:

A)Militer Jepun : 21 003 orang

Bilangan tekorban :

A)Militer Jepun : 3806 orang

Nama sekolah inggeris ini ialah English Primary School Jasin iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan. Kerja pembinaannya bermula sejak tahun 1952 tetapi sekolah ini mula digunakan pada 12.01.1953.

Sekolah ini ditubuhkan dengan desakan masyarakat setempat tetapi tidak tercatat siapakah pengasas sekolah ini. Pembinaan sekolah ini ialah untuk memberi peluang lebih ramai kanak-kanak dari sekitar Jasin ini dapat bersekolah dalam aliran Inggeris.

Sebelum itu, mereka yang bersekolah aliran Inggeris akan berulang alik ke Bandar Melaka. Bilangannya pun sangat kecil. Sekolah ini mempunyai keluasan 6 ekar. 0rd. 35pl. Bangunan asal sekolah ini ialah sebuah bangunan batu (kekal) beratap genting, mengandungi empat bilik darjah, bilik pejabat dan sebuah setor.

Pada mulanya sekolah ini ditubuhkan, cuma 5 orang guru sahaja menjalankan tugas iaitu seorang guru besar dan 4 orang guru penolong. Guru Besar yang pertama ialah En. R. Sathasivam. Jumlah murid pertama ialah 142 orang terdiri dari berbilang kaum yang datang dari sekitar kawasan Jasin dan sebahagian kecil dari Merlimau.

Majlis perasmian sekolah ini telah disempurnakan pada 04.02.1053 dan telah dilakukan oleh En. G.E.C Wisdom. Residen Commissioner Melaka ketika itu.

Oleh kerana sekolah ini adalah hasil desakan masyarakat maka tentunya sekolah ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah ini. Dengan itu, petambahan murid dari tahun ke tahun amat ketara sekali. Pertambahan bilangan murid mendorong kepada pertambahan bangunan.

  • Tahun 1953 dibina 4 buah bilik kelas
  • Tahun 1954 dibina 4 buah lagi bilik kelas
  • Tahun 1960 dibina 4 buah lagi bilik kelas
  • Tahun 1967 dibina 2 bilik kelas
  • Tahun 1967 dibina tempat basikal dan
  • sebuah kantin.


Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 18 bilik darjah dan keramaian muridnya ialah 1432 orang.

Pada tahun 1971, Jabatan Pendidikan Melaka telah memberi kebenaran untuk memecahkan sekolah ini kepada dua sessi iaitu jasin English School (1) dan Jasin English School (2). Kedua-dua sekolah ini menggunakan bangunan yang sama tetapi guru-guru yang berasingan dan bergilir-gilir belajar dengan 6 bulan pagi dan 6 bulan petang.

Mulai 01.01.1976, nama kedua-dua sekolah ini telah ditukarkan :-

Jasin English School (1) ditukar nama Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruk.

Jasin English School (2) ditukar nama Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Lanang.

Setelah ditukar nama, sekolah ini menjadi antara sekolah terbaik dan menjadi pilihan dalam kalangan penduduk setempat


Sekolah ini telah menetapkan sasaran tinggi iaitu 22 orang 6A dalam Ujian UPSR pada tahun 2019 walaupun hanya 1 orang shaja yang mendapat 6A pada tahun 2019

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2018 - (Ketiga) Pertandingan Jump Rope Kelab Doktor Muda
  • 2018 - (Naib Johan) Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Melaka
  • 2019 - (Keempat) Melaka School Football President Cup
  • 2019 - (Kedua) Liga Bolasepak Jasin
  • 2019 - Berjaya menghantar wakil untuk MSSM Olahraga
  • 2019 - Berjaya menghantar wakil untuk MSSM Bolasepak
  • 2015 - (Keempat) MSS Bolasepak Kawasan Jasin

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Air Baruk
Jalan Paya Batu
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065291267
Fax = 6065293448

Pautan luar[sunting | sunting sumber]