Sekolah Kebangsaan Airport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Airport
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga, 96900, Belaga,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB7210
FaksTIADA
Map


Sekolah Kebangsaan Airport atau nama ringkasnya SK Airport, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Airport memiliki 68 pelajar lelaki dan 65 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 133 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Airport telah ditubuhkan pada Tahun 1966 di atas tapak berkeluasan 4,399 hektar yang beralamat di Rh. Sekapan Panjang, Sungai Rejang, Belaga. SK Airport adalah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Belaga. SK Airport merupakan sebuah sekolah yang menerima bantuan penuh daripada kerajaan. Dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Airport tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup. Sumber elektrik adalah berpunca daripada enjin janakuasa yang disenggara oleh pihak swasta manakala sumber air pula adalah daripada tangki takungan hujan.

Bersebelahan dengan rumah panjang Sekapan Panjang, majoriti murid-murid di SK Airport di SK Airport adalah berbangsa Sekapan dan selebihnya Kenyah dan lain-lain. Dikategorikan juga sebagai sekolah berasrama harian, murid-murid diwajibkan tinggal di asrama walaupun rumah mereka hanya bersebelahan dengan sekolah. Semenjak ditubuhkan pada Tahun 1966 hingga sekarang, seramai 13 orang guru besar telah silih berganti yang mana dibantu oleh beberapa orang guru yang juga silih berganti.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Airport
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga
96900, Belaga
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]