Sekolah Kebangsaan Aman Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Aman Jaya
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044593578
Kod sekolahKBA3006
Faks044593578
Map
Sekolah Kebangsaan Aman Jaya

Sekolah Kebangsaan Aman Jaya atau nama ringkasnya SK Aman Jaya, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu terletak 17 kilometer ke arah timur laut Sungai Petani. Dibuka pada tahun 1951 di kawasan perumahan ladang. Sekolah ini dibina oleh pekerja dan pengurusan ladang serta mendapat kerjasama dari Kementerian Pelajaran.

Bangunan asal terdiri dari 3 bilik darjah, 50 orang murid dan 3 orang guru. Bangunan baru telah dibina di tapak sekarang terdiri dari satu blok dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang permainan yang luas keseluruhannya ialah3.45 ekar.

Bangunan baru ini mengandungi 6 bilik darjah, ruang pejabat dan bilik guru. Bekalan elektrik disalur dari rumah ladang dan bekalan air dari perigi, dipam ke tangki untuk kegunaan sekolah. Elektrik dibekalkan oleh TNB pada tahun 1966.

Dalam tahun 60-an jumlah murid mencapai 200 orang tetapi merosot ke 100 orang tahun 70-an kerana pekerja ladang berpindah ke tempat lain setelah banyak ladang berhampiran bertukar milik. Pada tahun 2002 jumlah murid kembali ramai ke 200 orang dan semakin bertambah mencecah 300 orang pada tahun 2008. Penambahan murid ini adalah kesan dari pertumbuhan projek perumahan di kawasan ini. Mulai 1 Januari 1998 Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu ditukarkan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Aman Jaya sempena nama projek Pembangunan, Perumahan, Perniagaan dan Perindustrian dan memajukan kawasan yang berhampiran persekitaran sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Telefon = 044593578
Faks = 044593578


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]