Sekolah Kebangsaan Assun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Assun
Lokasi
Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei,, 96100, Sarikei,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB6107
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Assun atau nama ringkasnya SK Assun, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Assun memiliki 43 pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 69 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Assun, Sarikei pada awal penubuhannya dikenali sebagai Assun School, Sungai Munsuh (AS 630). Sekolah ini terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Sarikei. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Assun yang terkini adalah Encik Mahani Yeo dan baru memulakan perkhidmatan beliau di Sekolah Kebangsaan Assun kurang dari setahun.

Sekolah mendapat nama bersempena nama ketua masyarakat Iban kawasan Lubuk Lemba iaitu Tuai Rumah Assun anak Pata. Pemilihan nama tersebut berikutan rasa hormat penduduk sekeliling akan ketokohan dan kewibawaan pimpinan Tuai Rumah Assun anak Pata itu sendiri.

Pengasas kepada pembinaan Assun School, Sungai Munsuh ini adalah Encik Erin anak Meramat. Berkat kesungguhan Encik Erin anak Meramat dan usaha-usaha beliau yang tidak pernah berputus asa untuk membela nasib anak-anak muda sekitar menyebabkan mendiang Tuai Rumah Assun anak Pata dan mendiang Sebang anak Adun bersetuju memberikan sepenuh sokongan kepada cadangan beliau. Encik Sebang anak Adun juga telah bersama-sama dengan Encik Erin anak Meramat turut menyumbangkan tanah milik mereka sebagai tapak untuk mendirikan sebuah pondok sekolah yang beratap dan berdindingkan daun rumbia sebagai bilik kelas Assun School, Sungai Munsuh yang pertama.

Usaha berterusan beliau telah melahirkan sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai Assun School Sungai Munsuh (AS 630). Sekolah ini dikendalikan oleh “Local Authority” di bawah “District Council”. Sekolah yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Sarikei ini mula beroperasi pada tanggal 18 Februari 1957 dengan kumpulan murid yang pertama adalah seramai 55 orang murid dari pelbagai peringkat usia. Guru Besar yang juga merupakan guru pertama dihantar ke sekolah ini merupakan anak kelahiran Saratok iaitu Encik Peter Mandie anak Ribut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Assun
Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei,
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]