Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Kampung Pasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam
Ditubuhkan1927
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA4001
LokasiKM21, Jalan Putera 06150 Ayer Hitam, Kedah Darul Aman,  Malaysia


Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam atau nama ringkasnya SK Ayer Hitam, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dengan kesedaran dan inisitif Dato’ Penghulu Putih (Allahyarham) Tuan Haji Amin bin Haji Taib (Allahyarham) dan penduduk Kampung Ayer Hitam telah bergotong royong mendirikan sebuah bangunan pada tahun 1927. Bangunan kayu beratap nipah, berdindingkan papan berlantaikan tanah di atas tapak seluas 1 relung 375 jemba yang diwakafkan oleh Dato’ Penghulu Putih.

Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah bilik kecil Guru Besar. Ianya diberi nama Sekolah Melayu Ayer Hitam. Encik Abu Bakar bin Omar (Allahyarham)adalah Guru Besar pertama. Penuntutnya adalah murid-murid lelaki sahaja.

Pada Tahun 1931, bangunan tersebut telah roboh di pukul ribut kencang, Kerajaan telah menggantikan dengan bangunan batu berlantai simen dan beratapkan genting. Bangunan tersebut kekal sehingga sekarang (Bangunan Kenari) tetapi  ianya telah diubahsuaikan dengan peralatan moden dan dijadikan kelas PRA sekolah.

Murid-murid sekolah ini semakin bertambah. Pada tahun 1953 sekali lagi Penduduk bergotong royong mendirikan bangunan tambahan . Bangunan tesebut mempunyai 4 bilik darjah. Pada 28 Jun 1956 atas desakan Lembaga Didikan Sekolah Melayu Ayer Hitam, kerajaan setuju membina lagi bangunan tambahan dengan 6 bilik darjah. Ianya diperbuat daripada kayu, atap asbestos dan berlantaikan simen. Separuhnya daripada dindingnya dibina daripada papan dan separuh lagi bersambung dengan tingkapnya daripada besi jarang (BRC). Sebuah kantin menjual kuih muih juga dibina (Bangunan B). Pada tahun 1971 kerajaan telah membina beberapa bangunan lagi sebagai memenuhi keperluan iaitu;

  • Sebuah bangunan batu 2 tingkat yang mempunyai 8 bilik darjah,pejabat bilik staf dan tandas (Bangunan C)dan mula

digunakan pada tahun 1972

  • Sebuah rumah staf 2 pintu dan sebuah kantin
  • Sebuah bangsal basikal dianggarkan 100 buah basikal.


Pada tahun 1982 kerajaan telah membina bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, perpustakaan, tandas dan setor (Bangunan D). Bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1983.

Sempena perasmian Mesyuarat Agong PIBG kali ke 8 pada tahun 1982 YB Dato’ Seri Sanusi Junid , Wakil Rakyat Kawasan Jerlun/Langkawi merangkap Menteri Pembasngunan Negara dan Luar Bandar ketika itu telah menyuarakan kelulusan sebanyak RM 20,000 bagi membina sebuah surau sekolah. Surau tersebut mula dibina pada akhir tahun 1983 dan digunakan pada tahun 1984. Sementara itu beberapa sumbangan lain berkenaan surau telah diterima iaitu;

  • Staf sekolah menyumbangkan projek tambun tanah
  • Naib Yang Dipertua PIBG menyumbangkan tambahan kepada projek surau.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

KM21, Jalan Putera,
06150 Ayer Hitam,
Kedah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]