Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Lokasi
 Malaysia 438 Jalan Ayer Molek,, 80000, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072221569
Kod sekolahJBA1001
Guru besarEN THYAGARAJAH A/L TIRUGANASAMBATHAN
GPK Pentadbiran dan AkademikEN ANUAR BIN BEJO
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN PERLYN SUZANA JESUDASS
Penolong Kanan KokurikulumPN MASTINA BINTI RAMLI
Faks6072221569
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Ayer Molek atau nama ringkasnya SK Ayer Molek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di 438 Jalan Ayer Molek,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ayer Molek memiliki 68 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 130 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK, JOHOR BAHRU.

Penubuhan awal sekolah ini sebenarnya lahir daripada beberapa buah sekolah yang ditubuhkan di Johor Bahru akhir tahun 1870 an. Sekolah yang asal ditubuhkan ialah pada tahun 1878 di Johor Bahru dengan nama Sekolah Melayu Johor Bahru. Sekolah ini merupakan sekolah yang terawal yang ada di Johor Bahru. Sekolah ini mengalami beberapa perpindahan. Bangunan awal sekolah ini ialah di bangunan Tasek Selatan, kemudian berpindah ke Kampung Kandang Ayam dan ke Bukit Zaharah. Setelah itu, sekolah ini dipindahkan ke rumah kediaman Dato’ Muhamad Bin Ibrahim Mansuri (Dato’ Bentara Dalam) dengan nama Sekolah Seri Kopi.

Sekolah Kebangsaan Ayer Molek ini telah disarankan pembinaannya oleh Penguasa Pelajaran Johor (Superintendent of Education) Sir H.R Cheeman pada 10 Januari 1934 untuk menggantikan Sekolah Melayu Seri Kopi yang awalnya bertapak di padang Sekolah Ayer Molek sekarang. Luas sekolah yang diluluskan ialah 6E atau 2P. Tujuan sekolah ini dibina ialah menampung jumlah murid seramai 350 orang dan jumlah bilik darjah yang dicadangkan ialah 12 buah.

Setelah mendapat persetujuan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan diluluskan pembinaanya oleh Jabatan Kerja Raya, bangunan ini dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM 56, 000.00. Ini termasuk kos pembinaan sebuah rumah kediaman guru besar yang masih ada berhampiran dengan bangunan sekolah sekarang. Semasa proses pembinaan dijalankan segala urusan persekolahan dijalankan di rumah kediaman bekas Menteri Besar Johor yang kedua iaitu Dato’ Muhamad Bin Mahbob. Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Seri Saujana.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1935 dan dibuka dengan rasminya pada 15 Oktober 1935 dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Ayer Molek. Sekolah ini merupakan sekolah yang unik reka bentuknya di rantau ini. Sekolah ini lambang kemajuan pelajaran di negeri Johor. Ia dijadikan pusat aktiviti sekolah-sekolah seluruh Johor, antaranya pertandingan senaman sekolah-sekolah peringkat negeri, perlawanan bola sepak, sukan, olahraga dan sebagainya.

Pada zaman pemerintahan Jepun pada 1942 hingga 1943, sekolah ini telah diduduki oleh tentera Jepun untuk dijadikan Hospital Tentera Jepun hingga tamat Perang Dunia Kedua. Semasa pemerintahan tentera British, ia dijadikan tempat kawalan dan pemerintahan hingga tahun 1946.

Pada tahun 1946, sekolah ini dibuka semula seperti biasa menjadi pusat kegiatan Jabatan Pendidikan Johor. Sekitar tahun 60 an sekolah ini dijadikan tempat melatih bakal-bakal guru sementara.

Sekolah Kebangsaan Ayer Molek ditukar nama kepada Sekolah Umum Ayer Molek dan kemudian kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Molek. Nama ini kekal hingga sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
438 Jalan Ayer Molek,
80000, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072221569
Fax = 6072221569

Pautan luar[sunting | sunting sumber]