Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Moto Usaha Jaya
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru Besar Pn. Hjh. Nor’aisah Binti Muhammed
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Ashari Bin Osman
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Safina Binti Sulaiman
Pengerusi PIBG Anis Binti Ali Hassan
Kod sekolah MBA2010
Lokasi  Malaysia Km 10, Ayer Molek 75460, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Telefon 6062680169
Faks 6062680170


Sekolah Kebangsaan Ayer Molek atau nama ringkasnya SK Ayer Molek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 10, Ayer Molek.

Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Ayer Molek memiliki 474 orang pelajar lelaki dan 437 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 911 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1889 apabila ia dibuka oleh Datuk Penghulu Haji Epa. Bangunan asal sekolah ketika itu ialah sebuah bangsal berkeluasan 20’X20’. Lokasi sekolah ini terletak di simpang Ayer Molek iaitu kira-kira  kilometer dari pusat Banda Raya Melaka.

Pada awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai 50 orang murid lelaki dan 3 orang guru. Antara guru yang awal mengajar ketika itu ialah Penghulu Baba bin Mohamad, En. Kadim bin Yahya dan En. Othman bin Baba.

Setelah Penghulu Baba berpindah, tempatnya pula diganti oleh En. Sabtu bin Md Suhu. Pada tahun 1903, SK Air Molek telah mendapat sebuah bangunan baharu yang berbentuk bulat dan mempunyai dua buah bilik darjah digunakan hanya sementara sahaja. Bangunan baharu yang berkeluasan 36’X21’ didirikan di tapak yang dipercayai kepunyaan Mak Sulong Noh. Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini pada awal penubuhannya ialah kekurangan murid. Mata pelajaran yang diajar ialah bacaan, tulisan jawi, ilmu kira-kira, ilmu menanam sayur dan anyaman.

Pada awal pembinaannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Ayer Molek, Melaka. Pada tahun 1957, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Umum Ayer Molek, Melaka. Namun selepas kemerdekaan Malaysia, nama sekolah ini telah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka.

Pada tahun 1924, bangunan baharu telah dibina. Bangunan tersebut telah dibina daripada kayu. Sekolah Kebangsaan Air Molek telah menerima bangunan-bangunan tambahan dari tahun ke tahun bagi menampung murid-murid yang datang dari taman perumahan dan kampung yang berhampiran.

Bagi menyokong dan memudahkan perlaksanaan program Pendidikan Islam, sebuah surau dua tingkat telah dibina dan didirikan pada tahun 2010 melalui kerjasama PIBG, warga sekolah, dermawan, bekas murid SK Air Molek dan kerajaan Negeri Melaka yang menelan belanja sebanyak RM250,000.00. Antara penyumbang terbanyak yang menyumbang untuk pembinaan surau SK Air Molek ialah Dato’ Prof. Madya Idris bin Abdul. Beliau merupakan salah seorang bekas murid SK Air Molek dari tahun 1954 hingga 1959.

Selaras dengan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti bagi menyerlahkan potensi murid, SK Air Molek telah dipilih sebagai satu daripada 100 buah buah Sekolah Rintis Pembelajaran Abad Ke-21 di negeri Melaka. Antara inisiatif awal sekolah dalam perlaksanaan PA21, dua buah bilik darjah telah dilengkapkan dengan peralatan ICT dan persekitaran yang kondusif agar PdP dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Kelas Model PA21 tersebut ialah 4 Anggerik dan 5 Anggerik dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunos bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Teknologi Hijau dan Inovasi pada 13 Julai 2015. Perluasan bilik darjah PA21 akan ditingkatkan pada tahun berikutnya.[bila?]

Kini, SK Air Molek telah mempunyai kemudahan asas yang lengkap dengan bilangan bilik darjah sebanyak 25 buah, sebuah surau 2 tingkat, 2 buah makmal komputer, Pusat Akses, Pusat Sumber, sebuah bilik Sains, bilik Kemahiran Hidup, 2 buah kelas Prasekolah, kantin, kelas Program Pendidikan Khas Dan Integrasi (Masalah Pembelajaran), bilik guru dan bilik Pemulihan Khas.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Nama Tahun
Datuk Penghulu Haji Epa 1889
Penghulu Baba bin Mohamad
En. Sabtu bin Md Suhu 1903
Hj. Ahmad Bin Hj. Hassan 1978
Hj. Talib Bin Kamis 1980
Hj. Salehudin Bin Md Jai 1981
Hj. Rahmat Bin Petol 1985
Hj. Ahmad Bin Harun 1986
Hj. Muhammat Bin Ali 1988
Hj. Jeon Bin Husin 1992
Hj. Muhammad Bin Hj Nor 1997
Hj. Abdul Rahim Bin Hasan 1998
Hj. Borhan Bin Bulat 2002
En. Osman Bin Bachik 2003
En. Abu Zahar Bin Md Dam 2004
En. Rosli Bin Karim 2008
Hj. Minhat Bin Azam 2010
Hjh. Nor'aisah Bt Muhammed 2013

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

LENCANA SKAM (2).jpg  Lencana Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka
  • Lengkungan berbentuk tajam berwarna merah merupakan lambang pengawasan dan disiplin.
  • Menggambarkan matlamat asas pendidikan iaitu: tahu membaca, menulis dan mengira.
  • Mencari pengetahuan dan ilmu di serata dunia.
  • Latar murid beragama Islam dan menjadi teras pendidikan.
  • Pelajaran muzik dan kebudayaan tidak diketepikan, namun di bawah kawalan agama.
  • Tiga gelungan rotan berlari di atas air atau padang melambangkan tanda persahabatan, semangat kesukanan dan berani menghadapi cabaran.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

USAHA MAJU JAYA                                        

SKAM sekolah kami                                                

Semua ilmu dipelajari                                                                               

Belajar dan berusaha

Mencapai cita-cita

Amalan suci mulia                                                                                                      


Kami usaha terus berusaha                 

Sampai jemu seluas pada

Dengan semangat waja                                                                     

Nama baik dijaga

Berusaha tetap jaya                                                                                                                                                                                                                                 


Kepimpinan guru kami hormati

Tunjuk ajar disanjungi                                                                                                                                                                                                         

Nama SKAM kami hormati                                                                                       

Agar harum mewangi                                                             


SKAM sekolah kami

Semua ilmu dipelajari                    

Belajar dan berusaha                                              

Mencapai cita-cita amalan suci mulia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Amalan Hijau Sekolah peringkat Negeri Melaka : Naib Juara
  2. Inovasi dan Rekacipta Bahan Terbuang Anjuran Perpustam & USA Embassy : Tempat Ketiga
  3. Kitar Semula Sekolah-sekolah peringkat Kebangsaan : Cemerlang (tercalon ke peringkat Kebangsaan)
  4. Pertandingan Deklamasi Sajak peringkat Daerah Melaka Tengah : Tempat Keempat
  5. Pertandingan Dondang Sayang peringkat Negeri Melaka : Kumpulan ( Johan & Naib Johan) Individu (Johan, Naib Johan & Ketiga)
  6. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Melaka Tengah : Tahap 1 ( ketiga) Tahap 2 (Kelima)
  7. Kejohanan Bola Baling B12 Perempuan : 4 orang murid ke peringkat Negeri Melaka
  8. Kejohanan Balapan dan Padang : 1 orang murid ke peringkat Negeri Melaka

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Km 10, Ayer Molek
75460, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon : 6062680169
Faks  : 6062680170

Pautan luar[sunting | sunting sumber]