Sekolah Kebangsaan Bagan Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Bagan Serai
MotoIlmu Penyuluh Kehidupan
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru BesarFatimah binti Hashim
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikHidayat Azimah binti Suhaimi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMusa bin Jalani @ Zaini
Penolong Kanan KokurikulumBadulisham bin Mohd. Noor
Kod sekolahABA3002
Lokasi Malaysia Lorong Sekolah 34300, Bagan Serai,, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon6057210423
Faks6057219352


Sekolah Kebangsaan Bagan Serai atau nama ringkasnya SK Bagan Serai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lorong Sekolah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai memiliki 302 pelajar lelaki dan 258 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 560 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seorang Penghulu Mukim Bagan Serai yang hartawan dikenali pada masa itu sebagai Penghulu Pandak adalah orang bertanggungjawab mengasaskan sekolah di Bagan Serai.

Penghulu Pandak adalah orang kaya yang memiliki banyak harta,selain memiliki harta yang banyak Penghulu Pandak ada memiliki beberapa ekor gajah sebagai binatang peliharaanya.

Mengikut sejarah, sekolah asas yang didirikan oleh Penghulu Pandak terletak  di Jalan Mahkamah sekarang dan tarikh  ia mendirikan  mendirikan bangunan sekolah asal itu ialah pada awal 1900.

Bangunan yang didirikan itu adalah daripada kayu nipah dan berdinding rumbia.Tiada sekatan yang boleh menjadikan .Tiada sekatan yang boleh menjadikan  bilik-bilik darjah seperti keadaan sekarang.Pada masa sekolah asal dibuka ,keramaian murid hanya berjumlah 13 orang sahaja.Guru Besarnya yang pertama ialah Cikgu Sulaiman.

Dari semasa kesemasa murid bertambah pada tahun 1911.Kerajaan Inggeris yang memerintah mendirikan dua buah bangunan sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Bagan Serai.

Bangunan pertama didirikan di Jalan Mahkamah sebagai menggantikan bangunan asal yang tersebut di atas.Bangunan ini berukuran 30 x 100 kaki lantainya daripada papan,tiang batu,atap genting dan dinding papan.Bangunan ini khas untuk murid laki-laki sahaja.

Bangunan kedua terletak di Jalan Anderson (Matang Buluh) yang jaraknya lebih kurang setengah batu daripada bangunan pertama tadi.Dindingnya adalah daripada papan dan atapnya daripada genting.

Dari tarikh itu wujudlah dua sekolah berasingan di Bagan Serai ini dengan diberi nama mengikut nama tempat ialah Sekola Melayu Laki-laki Bagan Serai dan yang sebuah lagi Sekolah Melayu Perempuan Bagan Serai.

Setelah tamat peperangan dunia kedua perubahan tempat berlaku.Pada tahun 1948 Pemeriksa Kanan Sekolah-Sekolah Perak telah menyerahkan bangunan Sekolah Pertukangan Kayu Bagan Serai yang terletak di Lorong Sekolah menjadi Sekolah Melayu Laki-Laki Bagan Serai.Bangunan Lama yang terletak di Jalan Mahkamah itu dipinjamkan untuk dijadikan Sekolah Tamil Kerajaan Bagan Serai.

Sekolah Pertukangan Kayu yang saiznya  30 x 150 kaki agak selesa sedikit.Bangunan ini mengandungi empat bilik darjah lengkap  dengan bilik air, setor pejabat. Disamping itu sebuah bangunan hospital lama yang berukuran 36 x 56 kaki, terletak di Jalan Raja Syed Tauphy diberikan juga sebagai sekolah cawangan.

Sungguhpun sekolah berasingan diantara murid lelaki dan perempuan telah wujud, tetapi bagi sekolah laki-laki tiada halangan menerima kemasukan murid perempuan.Akhirnya murid-murid disekolah perempuan itu merosot dan pada tahun lima puluhan sekolah ini dicantumkan dan diberi nama Sekolah Melayu Bagan Serai.

Murid bertambah pada tahun 1952 kerajaan telah mendirikan satu blok bangunan sementara sebagai tambahan berukuran 20 x 120 kaki.Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah.

Pada tahun 1970 bangunan sekolah asal untuk murid perempuan di Jalan Matang Buluh terpaksa dirobohkan keranan terlalu uzur.

Pada tahun 1974 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu projek dalam Rancangan Malaysia Kedua yang mengandungi 12 bilik darjah, sebuah bilik guru ,sebuah bilik pejabat, sebuah setor, 15 unit tandas dan sebuah kantin.Kerja pembinaan bangunan ini telah dimulakan pada tahun 1975. Untuk menyesuaikan dengan tapak yang ada bangunan ini telah dibina tiga tingkat.Bangunan baru itu telah siap pembinaanya pada bulan Disember 1977 dengan perbelanjaan RM347,500.00 dan mula digunakan pada bulan Januari 1978.

Pembukaan rasmi bangunan baru telah dilakukan oleh YAB Datok Seri Haji Wan Mohamad bin Haji Wan Teh,Menteri Besar Perak pada 24.3.1979.Pada masa itu bilangan murid ialah 795 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bagan Serai
Lorong Sekolah
34300, Bagan Serai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon : 6057210423
Fax : 6057219352

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Facebook Sekolah :- https://www.facebook.com/sekolahkebangsaan.baganserai

FROG VLE SKBS :- https://aba3002.1bestarinet.net