Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2
Lokasi
 Malaysia Jln Hj Abdullah Sungai Abong, 84100, Muar,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6069513715
Kod sekolahJBA5006
Faks6069513715


Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 atau nama ringkasnya SK Bakri Batu 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Hj Abdullah Sungai Abong.

Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 memiliki 502 pelajar lelaki dan 386 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 888 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 juga telah menerima anugerah Sekolah Transformasi TS25 dan Sekolah Showcase Lestari pada tahun 2019.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 ialah diantara Sekolah Melayu tertua di Muar yang dibuka pada tahun 1901. Tapak sekolah telah diwakafkan oleh peneroka asal Bakri iaitu Tn Hj Mohd Noh bin Hj Lebai Muhamad. Beliau ialah Naib Penghulu Tidak Bertauliah Bakri yang bertanggongjawab membuka Bakri atas arahan bapa angkatnya iaitu Orang Kaya Muar, Orang Kaya Joned pada tahun 1869. Pembukaan Bakri adalah atas titah Maharaja Abu Bakar yang berusaha memperluaskan pengaruhnya sebagai Temenggong dan membuktikan kepada Inggeris bahawa beliau layak memerintah Tanah Johor. Bakri sebelum Sekolah Melayu Bakri dibuka dikenali sebagai Kampung Jawa kerana dibuka oleh Hj Mohd Nor dengan pengikut-pengikutnya yang berasal dari Cerebon Pulau Jawa pada 1869. Bapa beliau ialah saudagar Raja yang bermaksud pedagang dengan kapal dan perdagangan yang diuruskankan adalah milik kerabat sultan atau raja Cerebon. Lebai Hj Muhamad sendiri adalah berasal usul dan berketurunan daripada Sharif Hidayahtullah iaitu Raja Cerebon, salah seorang Wali Sembilan Tanah Jawa. Beliau menjadi nakhoda mewarisi perdagangan dan mengetuai banyak pelayaran di perairan Melayu Nusantara. Beliau banyak membawa orang-orang Jawa berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu dengan kapal-kapalnya. Apabila jalan darat Kampung Jawa dari Bandar Maharani ke kaki bukit di pedalaman diluruskan oleh Dato Bentara Luar Mohd Salleh bin Perang, jalan ini diberi nama Bakri sempena nama Maharaja Abu Bakar dan apabila Sekolah Bakri yang dibina oleh kerajaan di atas permintaan Naib Penghulu Hj Md Noh untuk anak-anak buahnya menimba ilmu pengetahuan pada tahun 1900, semua kawasan Kg Jawa dikenali sebagai Bakri sehingga kini. Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 beralamat di Jln Hj Abdullah, Bakri Batu 2 Muar Johor. Jalan Hj Abdullah adalah sempena nama penerokanya iaitu Hj Abddullah Teko yang terkenal mengasaskan Kumpulan Rimau Bandar Maharani Muar yang telah menyekat pemberontakan Campiang atau Kongsi Gelap Cina daripada membakar hangus bandar Muar pada tahun 1889. Beliau ialah bekas Panglima Istana Sri Menanti Negeri Sembilan dan berbesan dengan Hj Mohd Noh yang telah menjemput beliau membuka kawasan dan kebun dari Bakri Batu 2 hingga ke Sungai Abong.

Sekolah Transformasi TS25

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2
Jln Hj Abdullah Sungai Abong
84100, Muar
Johor, Malaysia
Telefon = 6069513715
Fax = 6069513715

Pautan luar[sunting | sunting sumber]