Sekolah Kebangsaan Balingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Balingan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700, Betong,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBA2401
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Balingan atau nama ringkasnya SK Balingan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Balingan memiliki 33 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 68 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Balingan ini dibina atas usaha dan kerjasama penduduk kampung bagi mewujudkan sebuah sekolah  pada tahun 1958.Sekolah ini dibina di hilir Kampung Balingan.

Pengasas sekolah ini dikenali sebagai Encik Sujang Bin Nara.Beliau dengan murah hati telah menderma sebidan tanah untuk dibina sebuah sekolah yang didirikan di tapak baru sekarang.Sekolah Kebangsaan Balingan ini berada di bawah penguasaan Majlis Tempatan ( Local Authority ) Daerah Kecil Spaoh.Sekolah ini pada mulanya terdiri daripada sebuah bangunan berdinding kayu,beratapkan daun rumpia dan menggunakan tiang belian.Bangunan ini menempatkan bilangan murid seramai 19 orang dan hanya seorang guru yang bertugas pada masa itu.

Kemudian,sekolah ini telah berpindah ke tapak baru pada tahun 1969.Bangunan baru ini telah dibina di tapak sekarang iaitu di hulu Kampung Balingan.Sebanyak 1 blok bangunan dibina dan hanya 3 buah bilik yang ada,bermula dari darjah 1 sehingga darjah 3.

Selepas itu mereka dipindahkan ke full Primary school di Pekan Betong,yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir.Mereka menyambung pengajian di situ sehingga tamat darjah 6.

Selepas itu pada tahun 1998,bangunan sekolah telah diperluaskan untuk dijadikan bilik guru dan bilik guru besar.Pada tahun 2000,bangunan tambahan telah dibina  iaitu sebanyak 3 bilik darjah ditambah di blok berasingan.Pada tahun 2001,kelas bertambah dari tahun 1 sehingga tahun 6,maka berakhirlah sistem silang tahun oleh kerana wujudnya tambahan blok dan guru yang mencukupi.Pada tahun 2007 pula,bangunan Prasekolah telah dibina berikutan dengan pengambilan murid-murid Prasekolah pada tahun 2008.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Balingan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong
95700, Betong
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • skbalingan.blogspot.com