Sekolah Kebangsaan Bangi
Sekolah Kebangsaan Bangi | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Towards Excellence |
Nombor sekolah | 389201515 |
Kod sekolah | BBA4018[1] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Suminah bt. Kasalong |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Nasiah bt. Ayob |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Norsarihawati bt. Baharom |
Faks | 0389201515 |
Laman sesawang | http://skbangi01.blogspot.com/ |
Sekolah Kebangsaan Bangi atau nama ringkasnya SK Bangi, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kajang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bangi memiliki 1041 pelajar lelaki dan 944 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1985 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini didirikan pada tahun 1924 dan mula digunakan pada 13.9.1924 dengan nama Sekolah Melayu Bangi. Nama Bangi diambil sempena ketua orang asli yang bergelar Si Bangi.
Bangunan asal sekolah ini berukuran 30x50 kaki persegi. Tiangnya dari kayu bulat berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan simen. Pada tahun 1937, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjahyang berukuran 100x30 kaki persegi. Ia bertiangkan batu, berdindingkan papan, beratap genting dan berlantaikan papan. Sekarang ia dijadikan dewan sekolah.
Pada tahun1981 sebuah bangunan setinggi 3 tingkat telah didirikan. Terdapat 13 bilik darjah 2 bilik stor, 2 stor bawah tangga, 6 tandas (3 untuk guru dan 3 untuk murid). Ia digunakan secara rasmi pada 8.2.1983. Sekarang terdapat 4 rumah guru. Kemudahan asas yang lain seperti padang, kantin dan bilik muzik.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Bangi,
- Jalan Aman 10,
- 43000 Kajang
- Selangor
- Telefon = 03-89201515
- Fax = 03-89201515