Sekolah Kebangsaan Batang Kali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batang Kali
Lokasi
 Malaysia Jalan Ulu Yam Bharu, BATANG KALI, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah360572157
Kod sekolahBBA5002
Faks360572157


Sekolah Kebangsaan Batang Kali atau nama ringkasnya SK Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Yam Bharu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batang Kali memiliki 495 pelajar lelaki dan 419 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 914 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

​Sejarah Sekolah Kebangsaan Batang Kali

Sekolah Kebangsaan Batang Kali diberi nama bersempena nama Kampung Batang Kali yang terletak bersebelahan dengan sekolah sekarang. Sebelum itu sekolah ini merupakan sekolah rakyat yang dibina pada tahun 1918. Letaknya kira-kira 250 meter dari tapak bangunan baru. Bangunan awalnya merupakan bangunan yang diperbuat daripada kayu. Atapnya dibuat daripada dedaun bertam dan berlantaikan tanah. Pada ketika itu, jumlah murid ialah seramai 38 orang. Sekolah ini telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Batang Kali yang sangat komited terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Sekolah Kebangsaan Batang Kali telah berpindah ke tapak baru pada tahun 1925. Kesemua bangunan yang dibina terdiri daripada bangunan kayu. Sekolah Kebangsaan Batang Kali mendapat bangunan batu pada tahun 1985. Bangunan baru yang bernilai RM1.4 juta adalah merupakan hasil desakan serta peranan yang telah dimainkan oleh PIBG yang bernaung di bawah YB Dato’ Mohammad bin Haji Mohammad Taib yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batang Kali pada waktu itu.

Sekolah Kebangsaan Batang Kali telah ditadbir urus oleh beberapa orang guru besar. Antara guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah

En. Mohammad Jali,
En. Mahmud Jintam,
En. Hassan Daya,
En. Sulaiman,
En. Mohammad Taib,
En Hussin Akid,
Pn Laili Hj Abdullah,
En Sharif Shariat,
En Abu Samah bin Mahadi,
Tn Hj. Tarmizi bin Jaafar,
Tn,Hj Hanif bin Md. Taiff,
En. Sulaiman b Ahmad,
Pn Hjh. Sh Noor Azilah binti Sy. Abd. Aziz,
En. Taufek bin Mohamed,
Pn. Norzakiah bt Hj Daud
En. Mohamad Akhwan bin Hj. Jamil
En Yaman bin Senin (2015-2017
On. Rosidah Binti Mohd Ahyar -2017-....

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batang Kali
Jalan Ulu Yam Bharu
Selangor, Malaysia
Telefon = 360572157
Fax = 360572157

Pautan luar[sunting | sunting sumber]