Sekolah Kebangsaan Batu Arang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Batu Arang
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalan Albert Fenelum, Batu Arang, 48100 Batu Arang, Daerah Gombak, Selangor
Malaysia
Koordinat3°19′18″N 101°28′15″E / 3.321803°N 101.470839°E / 3.321803; 101.470839Koordinat: 3°19′18″N 101°28′15″E / 3.321803°N 101.470839°E / 3.321803; 101.470839
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah; sekolah kerajaan
MotoUsaha untuk Maju
Ditubuhkan1950
Autoriti pendidikanPPD Gombak
Nombor sekolah0360352126
Kod sekolahBBB7307
Faks0360352126

Sekolah Kebangsaan Batu Arang atau juga dikenali sebagai SK Batu Arang ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di simpang tiga Jalan Albert Fenelum dan Jalan Taman Muhibbah dalam bandar Batu Arang, iaitu sebuah bandar dalam pentadbiran Mukim Rawang. SK Batu Arang merupakan sekolah kerajaan yang terletak dalam Daerah Gombak di bahagian barat dekat dengan sempadan antara Daerah Kuala Selangor dan juga merupakan salah satu sekolah dalam negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1][2]

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BBB7307. Berdasarkan data sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021, sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan memiliki jumlah pelajar seramai 474 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia memiliki 32 orang guru yang bertugas di sekolah ini.[3] SK Batu Arang terletak di bawah autoriti pendidikan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan warta kerajaan 2016, selain berfungsi sebagai sebuah sekolah, SK Batu Arang juga berfungsi sebagai tempat mengundi dalam daerah mengundi Batu Arang Barat (kod daerah mengundi ialah 097/14/16), iaitu sebuah daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya negeri Rawang.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batu Arang terletak simpang tiga antara dua jalan raya iaitu Jalan Albert Fenelum dan Jalan Taman Muhibbah dalam bandar Batu Arang. SK Batu Arang terletak berhampiran dengan taman perumahan kos rendah iaitu Taman Muhibbah (juga dikenali sebagai Rumah Murah Batu Arang) di barat, Balai Polis Batu Arang dan Klinik Kesihatan Batu Arang di tenggara dan Bahagian Teknologi Persenjataan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Batu Arang di utara.[1][2]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) Jumlah guru (orang)
2009 415 315
2019[5] 406 32
2020[6] 438 32
2021[3] 474 32

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Data Rangkaian Sekolah-Sekolah Malaysia di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Batu Arang". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2022.
  3. ^ a b c "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  4. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  5. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  6. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]