Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup
Lokasi
 Malaysia Jalan Kilang Gula, 02400, Beseri,, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049441394
Kod sekolahRBA0075
Faks6049441570
Map


Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup atau nama ringkasnya SK Batu Bertangkup, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kilang Gula.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup memiliki 307 pelajar lelaki dan 314 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 621 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1965 hingga 1970 sejarah sekolah ini bermula sebagai “kelas dewasa”. Ia diiktiraf sebagai sekolah kerajaan pada tahun 1971 dan diketuai oleh En. Ahmad Bin Ismail. Pada mulanya sekolah ini hanya ada dua bilik darjah. Pihak Tentera Darat Malaysia menambah satu lagi bilik darjah menjadikannya tiga. Sekolah ini juga bermula sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Chuping, Perlis. Muridnya terdiri dari murid darjah satu hingga tiga sahaja. Pada tahun 1975, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah sekolah baru yang mengandungi satu blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan padang permainan di lokasi baru (sekarang) dengan keluasan 8.6 relong. Blok baru ini mula digunakan pada tahun 1976 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 23 Januari 1977. Guru Besar pertamanya ialah Encik Othman Bin Daud. Pada tahun 1983 ditambah satu blok lagi mengandungi 7 bilik darjah, 1 bilik TV dan sebuah perpustakaan. Sekolah ini berkembang lagi dengan pembinaan sebuah blok 5 darjah di bawah projek gotong-royong pada tahun 1986 dan sebuah lagi pada 1988 yang kemudiannya dijadikan blok Pra Sekolah pada 6 Januari 1992. Pada tahun 1995, dua blok bangunan asrama dibangunkan. Sekolah seterusnya membangun dengan lebih besar dengan terbinanya bangunan empat tingkat pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 2000 setelah siap dibina. Pada tahun 2002 sebuah makmal computer telah didirikan dan terus digunakan pada tahun yang sama. Hingga kini sekolah telah mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan kemudahan yang memuaskan. 

Usul Nama Kampung Batu Bertangkup[sunting | sunting sumber]

Kampung Batu Bertangkup pada awal pembukaannya adalah sebuah hutan tebal yang didiami oleh pelbagai binatang buas seperti harimau, gajah, ular berbisa dan sebagainya. Terdapat beberapa buah keluarga sahaja yang mendiami kawasan ini. Asal nama Kampung Batu Bertangkup diambil sempena sebuah batu hampar bersaiz besar yang berkeadaan bertangkup di dalam sebatang sungai. Keunikannya hanya batuan tersebut wujud di sepanjang sungai itu bermula dari hulu sungai Kampung Sungai Buluh sehingga ke hilir sungai Padang Melaka. Masyarakat setempat terdahulu mempercayai batuan besar yang bertangkup ini mempunyai kisah misteri. Dipercayai terdapat seekor ular tedung selar yang menjaga kawasan itu. Saiz sisik ular tersebut dianggarkan sebesar wang syiling. Di permukaan batu bertangkup terdapat lekukan atau lopak ditengahnya yang membolehkan air bertakung. Air yang berada di dalam lekukan tersebut dipercayai boleh mengubati beberapa jenis penyakit. Sekitar batu besar tersebut terdapat batuan kecil yang lain. Air sungai yang mengalir di celahan batuan tersebut membentuk kolam semula jadi. Oleh kerana keadaan persekitaran kawasan batu bertangkup kaya dengan keindahan alam semula jadi, ia memberikan tarikan kepada penduduk sekitar untuk bermandi-manda dan memancing ikan. Lama kelamaan kawasan batu bertangkup menjadi bualan ramai sehingga dinamakan Batu Bertangkup.  

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup
Jalan Kilang Gula
02400, Beseri
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049441394
Fax = 6049441570

Pautan luar[sunting | sunting sumber]