Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu Kikir
سكوله كبڠسأن باتو كيكير
Lokasi
Batu Kikir, 72200, Jempol, Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBelajar Teras Kecemerlangan
Ditubuhkan1956 (70 tahun yang lalu) (1956)
Nombor sekolah06-498 1311
Kod sekolahNBE6001
Faks06-498 4404
Map

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (SK Batu Kikir, SKBK Jawi: سكوله كبڠسأن باتو كيكير) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir ditubuhkan pada tahun 1956, dahulunya dikenali sebagai Standard Type Primary School Batu Kikir, sekolah aliran Inggeris pertama di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

SK Batu Kikir dibina di atas tanah berkeluasan lima ekar yang diwakafkan oleh Encik Yusof bin Ahmad, adik kepada Pendeta Za'ba. Tapak asal tanah ini ialah kebun getah sepenuhnya.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 139 orang murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pada tahun 1965, Sekolah Menengah Inggeris pertama di daerah Jempol ditubuhkan dan berkongsi bangunan dengan Standard Type Primary School Batu Kikir. Bangunan di bahagian hadapan digunakan untuk pelajar sekolah rendah, manakala dua blok di belakang untuk sekolah menengah.

Selaras dengan perkembangan pendidikan pada masa itu, kerajaan membuat keputusan untuk menukar Standard Type Primary School Batu Kikir kepada aliran Melayu sepenuhnya, dan kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Peralihan ini berlaku pada tahun 1970, di mana SK Batu Kikir kekal di tapak asal, sementara Sekolah Menengah Inggeris berpindah ke bangunan sendiri yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (Model Khas) Batu Kikir.

SK Batu Kikir mempunyai tiga blok bangunan asas, iaitu Blok A, B, dan C, serta sebuah kantin. SK Batu Kikir terus membangun seiring dengan perkembangan pendidikan, dan pada tahun 1975, satu blok tambahan tiga tingkat dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Seterusnya, pada tahun 1998, SK Batu Kikir menerima dua lagi blok tambahan, iaitu Blok I dan Blok J. Selain itu, surau, pusat sumber, makmal komputer, bilik muzik, dan bilik kemahiran hidup turut diwujudkan bagi memenuhi keperluan pendidikan global.

Bangunan asas kini dijadikan bilik mesyuarat dan bilik agama, manakala bilik guru dan beberapa bilik lain dijadikan pusat pentadbiran SK Batu Kikir. Blok kedua telah diubah suai menjadi bilik guru, manakala satu blok lagi masih digunakan sebagai bilik darjah Tahun 1.

Lokasinya yang strategik dan mudah diakses menjadikan SK Batu Kikir pilihan utama bagi penduduk setempat untuk pendidikan anak-anak mereka.

SK Batu Kikir memastikan pendidikan berkualiti dalam membangun potensi pelajar dengan menyokong visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)[1] berikut:

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Senarai Guru Besar

[sunting | sunting sumber]
No. Nama
1 En Salleh Jadid
2 En Hisham
3 En Ewana Raja
4 En Jasmin David
5 En Hassan Ahmad
6 En Md Noor Mahat
7 Tn Hj Mohd Ali Hanafiah
8 Tn Hj Mohamad Sharif
9 Tn Hj Awaludin Paseh
10 Pn Hjh Hamisah Sharif
11 Tn Hj Abd Radhid Sulaman
12 En Hashim Abd Ghani
13 Tn Hj Kamrol Zaman Othman
Alamat: Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-498 1311
No. Faks:06-498 5404
E-mel: nbe6001@moe.edu.my

Media Sosial

[sunting | sunting sumber]

Facebook SK Batu Kikir

  1. ^ Misi dan Visi KPM, https://www.moe.gov.my/visi-dan-misi(accessed March 15, 2025).