Sekolah Kebangsaan Bawang Assan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bawang Assan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB3208
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Bawang Assan atau nama ringkasnya SK Bawang Assan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bawang Assan memiliki 109 pelajar lelaki dan 111 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 220 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

==Sekolah Kebangsaan Bawang Assan telah ditubuhkan pada awal tahun 1946. Para penduduk Kampung Bawang Assan yang majoritinya berketurunan Iban telah mendirikan sebuah pondok beratapkan daun nipah dan bertiangkan kayu untuk dijadikan sekolah. Manakala lantainya pula dibuat daripada papan dan dindingnya pula daripada kulit kayu. 
            Pembinaan pondok ini diusahakan secara gotong-royong yang melibatkan semua penduduk Kampung Bawang Assan. Pada masa tersebut, tiada sebarang bantuan daripada kerajaan tempatan diterima. Seorang guru telah dilantik dan gajinya dibayar hasil daripada kutipan penduduk setempat. Pengajaran bermula dengan 30 orang murid yang ditempatkan di dalam sebuah kelas shaja. Selama lebih kurang tiga tahun, gaji guru di sekolah ini dibayar dengan   wang kutipan penduduk Bawang Assan. Selepas itu, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan tempatan (Local Authority). Enrolmen sekolah ini bertambah setiap tahun dan kemudian Kerajaan Tempatan mengambil langkah untuk membina bangunan kelas yang baru. Pada mulanya, blok bangunan sekolah ini berpindah daripada asalnya ke satu tempat yang kekal sehinggalah hari ini. ==


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bawang Assan
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Email = skbawangassan@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]