Sekolah Kebangsaan Bawang Tian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bawang Tian
Lokasi
Matu
 Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro, 96200, Daro, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB6409
Pengerusi PIBGMARYAM BINTI LEN
Guru besarNOH BIN ABOL KASSIM
GPK Pentadbiran dan AkademikZAINI BIN JULAIHI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridYAHYA BIN LAMUJI
Penolong Kanan KokurikulumMOHD JAYLALUDIN BIN BORHAN
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Bawang Tian atau nama ringkasnya SEBATI, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di daerah Matu.

Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Bawang Tian memiliki murid perdana seramai 312 orang, murid Sekolah Pendidikan Khas (Program Pendidikan Khas Integrasi) seramai 14 orang dan murid prasekolah seramai 44 orang, menjadikan keseluruhan murid seramai 370 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru dan 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).2024

    • Tarikh terakhir pengemaskinian: 16 Mac 2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bawang Tian terletak di tengah antara Kampung Bawang dan Kampung Tian, Matu. Sekolah Kebangsaan Bawang Tian pada suatu ketika dahlulu dikenali sebagai "Bawang Tian Combined School, Matu”. Ia dibina pada tahun 1964 hasil gabungan daripada dua buah sekolah, iaitu Sekolah Haji. Hashim (Kampung Tian) dan Sekolah Abang Subah (Kampung Bawang).

Para penduduk Kampung Tian dan Kampung Bawang, Matu telah bergotong-royong membina satu blok bangunan sekolah (sebuah bilik pentadbiran dan enam buah bilik kelas, satu blok rumah guru, satu blok tandas serta sebidang tanah yang sederhana luasnya). Pihak berkuasa Majlis Kerajaan Tempatan Matu menyokong usaha pembinaannya dengan cara mengadakan bahan pembinaan. Maka, terbinalah sebuah sekolah baru dengan nama "Bawang-Tian Combined School, Matu yang diterajui oleh Tuan Haji Wasli bin Taha dan diawasi oleh pihak Majlis Tempatan Matu.

Sekolah Rendah yang pertama di kampung Bawang ialah Sekolah Abang Subah. Pada masa itu, di Kampung Tian belum ada sekolah. Pelajar-pelajar pertama di Sekolah Abang Subah ialah Encik Saminan b Tinyam, Encik Zawawi b Kawi,Encik Kadir bin Kawi dan lain-lain. Kemudian, dibina Sekolah Haji Hashim di Kampung Tian yang berdekatan kawasan perkuburan. Disebabkan sesi persekolahan tidak menentu di Kampung Bawang dan Kampung Tian ketika itu, maka kedua-dua buah sekolah bersetuju untuk mengabungkan kedua-dua buah sekolah tersebut. Apabila persetujuan diperolehi untuk menggabungkan kedua-dua buah sekolah ini, maka tapak pembinaan pula menjadi masalah. Akhirnya, Haji Gani bersetuju untuk menderma tanahnya sebagai tapak sekolah baru itu. Oleh kerana sekolah ini terletak betul-betul di tengah kedua-dua buah kampung, maka Majlis Tempatan menamakan sekolah itu "Bawang Tian Combined School” yang dirasmikan oleh YAB Stephen Kalong Ningkan, ketua menteri pertama Sarawak.

Senarai Nama Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Haji Wasli bin Taha       1964 – 1965                    
  2. Encik Augustine Itek     1966 – 1968                                                
  3. Encik James Daim             1969 – 1974                                                
  4. Encik Rajali bin Latif      1975                                            
  5. Tuan Haji Ahmad         1975 – 1977                                             
  6. Tuan Haji Lamin bin Haji Udin       1978 – 1984                           
  7. Encik Daud bin Ikram         1985 – 1989                                        
  8. Tuan Haji Lamin bin Haji Udin         1990 – 1993                         
  9. Encik Abang Hashim bin Abang Solhi      1994 – 2000              
  10. Cik Zainabun binti Tajudin       2001 – 2006                            
  11. Encik Median bin Saidi        2006 – 2015                                                                    
  12. Encik Buang bin Maharup        2016                                
  13. Encik Ali bin Likal       2016 – 2022
  14. Encik Noh bin Abol Kassim 2022 - kini
    • Tarikh terakhir pengemaskinian: 14 Ogos 2023

Visi, misi dan moto[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi[sunting | sunting sumber]

“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara”.

Moto[sunting | sunting sumber]

”Usaha Itu Mulia”

Pengertian:

Matlamat persekolahan dan pendidikan di sekolah SK Bawang Tian, Matu ini adalah ke arah menghasilkan perkembangan dan kemajuan individu dalam pelbagai bidang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Unsur atau elemen yang paling penting lagi perlu dan berdaya memenuhi serta merealisasikan hasrat dan aspirasi ini ialah usaha yang gigih lagi bersepadu daripada semua pihak yang terlibat khususnya murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam erti kata "Usaha Itu Mulia"

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kamilah Anak Wawasan, Negara Malaysia, Bersatu Berganding Tangan, Menuju Cita Mulia.

Ilmu Penyuluh Kehidupan, Pedoman Pepanjang Masa, Bergerak Maju Terus Mara, Ke Arah Era Jaya.

SEBATI Namamu Kusanjung Tinggi, Jasamu Tetap Kukenang, Putera Puteri Rela Berkorban, Usaha Itu Mulia.

Putera Puteri Rela Berkorban Usaha.... Itu....Mulia

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Bahawa kami warga SK Bawang Tian berjanji untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab kami bagi:

  1. Memastikan Warga Guru dan Kakitangan Sekolah ini berilmu dan berkhidmat dengan penuh tekad, iltizam dan berjanji untuk menumpukan sepenuh tenaga dan usaha secara kolabratif kepada tanggungjawab serta tugas utama (core Business) kami yang terbaik;
  2. Memastikan semua anak didik memperolehi pendidikan yang sempurna dan terbaik berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran/KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia;
  3. Memastikan semua anak didik menerima Pembelajaran dan Pengajaran dalam Budaya Belajar yang kondusif, terbaik dan terkini menjurus kepada Pusat Kecemerlangan Ilmu;
  4. Memastikan jalinan silaturrahim dan ukwah dengan Ibu Bapa/Penjaga termasuk masyarakat setempat dalam suasana baik selaras dengan Semangat Bermusyuarah;
  5. Memastikan segala keselamatan dan kebajikan anak didik sentiasa dijaga serta diberi perhatian utama;
  6. Memastikan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah ini bergerak menuju kepada Perkhidmatan Cemerlang sejajar dengan tuntutan Teknologi Maklumat dan Wawasan Perdana;
  7. Memastikan anak didik mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia;
  8. Memastikan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (semua bentuk penilaian) berkualiti dan berjalan mengikut jadual serta ibu bapa/penjaga diberitahu tentang pencapaian anak-anak mereka;
  9. Memastikan Warga Sekolah sentiasa PEKA dan RESPONSIF kepada kehendak pelanggan secara berterusan dan memberi layanan yang terbaik dengan kadar yang segera.
    9.1  Sentiasa memberi layanan yang mesra dan terbaik
    9.2  Memastikan segala surat-menyurat/aduan/rayuan yang dimajukan kepada sekolah diberi layanan dalam tempoh 1 – 2 hari dari tarikh ianya diterima
  10.  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi

Perkhidmatan dan kecemerlangan akademik sekolah[sunting | sunting sumber]

Enrolmen Murid 2023

Darjah Jumlah Kelas Jumlah Tiada Maklumat Aliran Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Tiada Jantina Jumlah Beragama Islam Jumlah Bukan Beragama Islam Jumlah Tiada Maklumat Agama Jumlah Tiada Maklumat Kaum Jumlah Murid
Tahun Satu 2 0 33 19 0 52 0 0 0 52
Tahun Dua 2 0 32 19 0 51 0 0 0 51
Tahun Tiga 2 0 19 21 0 40 0 0 0 40
Tahun Empat 3 0 30 27 0 57 0 0 0 57
Tahun Lima 2 0 28 26 0 54 0 0 0 54
Tahun Enam 3 0 26 32 0 58 0 0 0 58
Kelas Khas Rendah 2 0 10 4 0 14 0 0 0 14
Jumlah 16 0 178 148 0 326 0 0 0 326
PRA SEKOLAH
Nama Kelas Jenis Aliran Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Tiada Jantina Jumlah Beragama Islam Jumlah Bukan Beragama Islam Jumlah Tiada Maklumat Agama Jumlah Tiada Maklumat Kaum Jumlah Murid
PRASEKOLAH ASPIRASI 5 17 0 22 0 0 0 22
PRASEKOLAH BESTARI 11 11 0 22 0 0 0 22
JUMLAH 16 28 0 44 0 0 0 44
Nama Kelas Bilangan Kelas Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Tiada Jantina Jumlah Beragama Islam Jumlah Bukan Beragama Islam Jumlah Tiada Maklumat Agama Jumlah Tiada Maklumat Kaum Jumlah Murid
Tahun 1 hingga Kelas PPKI 16 178 148 0 326 0 0 0 326
PraSekolah 2 16 28 0 44 0 0 0 44
JUMLAH 19 194 176 0 370 0 0 0 370

**Tarikh terakhir pengemaskinian: 16 Mac 2024


Data Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana

Data Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana
Bil Perkara Lelaki Perempuan Jumlah
1 Guru Akademik (Perdana) 14 22 36
2 Guru PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) 1 1 2
3 Guru PRASEKOLAH 0 2 2
4 Pembantu Pengurusan Murid (Asrama) 1 1 2
5 Pembantu Am Pejabat 2 2 4
Jumlah 18 28 46
    • Tarikh terakhir pengemaskinian: 20 November 2023
    • Data Murid Asrama 2023
ANALISIS JUMLAH MURID ASRAMA 2023
Nama Kelas Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Beragama Islam Jumlah Bukan Beragama Islam Jumlah Tiada Maklumat Agama Jumlah Tiada Maklumat Kaum Jumlah Murid
Tahun 5 5 5 10 0 0 0 10
Tahun 6 19 18 37 0 0 0 37
JUMLAH 24 23 47 0 0 0 47

**Tarikh terakhir pengemaskinian: 17 November 2023

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bawang Tian
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]