Sekolah Kebangsaan Beladin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Beladin
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700, Betong,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083466714
Kod sekolahYBA2409
Faks6083466714


Sekolah Kebangsaan Beladin atau nama ringkasnya SK Beladin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Beladin memiliki 393 pelajar lelaki dan 393 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 786 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH S.K. BELADIN[sunting | sunting sumber]

By Khu Li Qing on Wednesday, April 9, 2014 at 2:15pm

SEKOLAH MELAYU KAMPUNG BELADIN

Berakhirnya pendudukan Jepun di Bumi Kenyalang pada tahun 1945, masyarakat Kampung Beladin mula menyedari betapa pentingnya pendidikan. Beberapa usaha ke arah penubuhan sebuah institusi pendidikan di Kampung Beladin telah mengalami kegagalan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, usaha gigih ketua masyarakat iaitu Allahyarham Haji Arif Bin Haji Takip dengan bantuan anak-anak buahnya, sebuah bangunan sekolah berjaya didirikan pada pertengahan tahun 1946 secara gotong-royong. Satu jawatan kuasa telah dibentuk dan dikenali sebagai Jawatankuasa Penubuhan Sekolah Melayu Kampung Beladin. Jawatan kuasa tersebut ialah seperti berikut:-

Pengerusi : Tuan Haji Arif Bin Haji Takip

Setiausaha : Tuan Haji Ayu Bin Usop

Bendahari : Tuan Haji Mustafa Bin Haji Taip

Ahli Jawatankuasa Kecil :

1. Haji Guo Bin Haji Lamat                               5. Haji Seri Bin Haji Mata

2. Gani Bin Toho                                             6. Haji Edi Bin Haji Gumbang

3. Haji Morshidi Bin Haji Mohammad                7. Haji Abit Bin Alif

4. Haji Ajis Bin Haji Mut

Sejajar dengan dasarnya, satu jawatankuasa sekolah turut juga dibentuk pada awal tahun diberi nama Jawatankuasa Sekolah Melayu Kampung Beladin Era Koloni 1947. Ahli-ahli dalam Jawatankuasa Penubuhan Sekolah Melayu Kampung Beladin secara automatik memegang jawatan yang sama dalam jawatankuasa ini.

Pengajaran dan pembelajaran telah dimulakan pada bulan Januari, 1947 di bawah pentadbiran seorang Guru Besar iaitu Haji Maslim Bin Haji Sabang. Pada peringkat awal, banyak masalah yang dihadapi terutamanya dari segi kelengkapan sekolah. Walau bagaimanapun, masalah ini diharungi dengan tabah dan kesabaran yang tinggi.

Memandangkan kedudukan sekolah berhampiran sungai dan semakin uzur dimamah usia, ahli jawatankuasa sekolah telah berbincang untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah baru untuk menggantikan bangunan lama yang telah berbakti hampir satu dekat. Dalam tahun 1955, usaha tersebut telah membuahkan hasil, bila mana sebuah bangunan sekolah baru telah berjaya didirikan secara bergotong royong.

Sebelum tahun 1964, sekolah ini adalah ditadbir oleh kerajaan dalam era penjajahan British. Apabila tertubuhnya Malaysia pada penghujung tahun 1963, pentadbirannya diambil alih oleh kerajaan tempatan dan ditadbir pada peringkat daerah oleh Majlis Daerah Saribas.

SEKOLAH CAMPURAN BELADIN (BELADIN COMBINED SCHOOL)

Pada bulan Januari 1964, Sekolah Melayu Kampung Beladin telah memasuki era baru di mana atas persetujuan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Sekolah Melayu Kampung Beladin dan Ahli-ahli Lembaga Amanah Sekolah Chung Hua Beladin, dua sekolah yang berjiran itu telah digabungkan dan dikenali sebagai Sekolah Campuran Beladin atau Beladin Combined School. Ekoran itu, satu jawatankuasa sekolah telah dibentuk dan jawatankuasa sekolah lama dimansuhkan. Ahli-ahli Jawatankuasa Sekolah Campuran Beladin adalah seperti berikut:-

Pengerusi : En. Beling Bin Hakim

Setiausaha : Haji Lua Bin Shamsudin

Bendahari : Haji Kadir Bin Zen

Ahli Jawatankuasa Kecil :

1. Haji Manggat Bin Haji Aziz                               5. Gani Bin Toho

2. Haji Lungki Bin Haji Lumpuh                             6. Kuok Cheng Hong

3. Haji Guo Bin Haji Lamat                                   7. Sim Siak Kiang

4. En. Enggang Bin Khamis                                  8. Haji Anis Bin Gumbang

Sejajar dengan perkembangan masa, Bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sini. Manakala, semua murid dari kedua-dua sekolah yang telah bergabung ini menerima satu sistem pelajaran yang standard dan ditentukan oleh pihak kerajaan.

Dengan termeterainya perjanjian penggabungan, Lembaga Amanah Sekolah Chung Hua Beladin dimansuhkan. Manakala, tapak dan bangunan Sekolah Chung Hua Beladin yang didirikan pada tahun 1958 dan beroperasi pada tahun 1959 dibiarkan kosong dan tidak diguna. Namun pada tahun 1971, apabila Sekolah Campuran Beladin mengalami masalah kekurangan bilik darjah, Ahli Jawatankuasa Sekolah membuat rayuan kepada bekas Ahli Lembaga Amanah Sekolah Chung Hua Beladin untuk menggunakan bangunan atau bilik lama di Sekolah Chung Hua Beladin sebagai bangunan atau bilik tambahan bagi menampung kesesakan dalam bilik darjah.

Bilangan murid di Sekolah Campuran Beladin semakin meningkat setiap tahun sehingga bangunan sekolah sedia ada tidak berkeupayaan untuk menampung pertumbuhan tersebut. Ekoran daripada itu, pihak Majlis Daerah Saribas membina sebuah bangunan sekolah yang mengandungi 4 bilik darjah pada tahun 1964 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1965.

Pada tahun 1987, bangunan baru ini digunakan untuk menempatkan murid KBSR Tahun 1 (4 kelas) dan Bilik Guru yang asalnya telah digunakan sebagai Bilik Pemulihan. Walaupun bilangan murid semakin meningkat setiap tahun di Sekolah Campuran Beladin, didapati bilangan murid berketurunan Cina semakin berkurangan. Masyarakat Cina yang minoriti di sini lebih berminat menghantar anak-anak mereka bersekolah di Kuching. Ini adalah kerana masyarakat Cina di sini belum dapat menerima sistem pelajaran yang diperuntukkan di sekolah-sekolah kerajaan. Masyarakat Cina di sini lebih condong kepada Sekolah Chung Hua yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

SEKOLAH RENDAH KERAJAAN BELADIN (SRK BELADIN)

Pada tahun 1972, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih semua sekolah yang sebelumnya di bawah bidang kuasa Majlis Daerah, Sekolah Campuran Beladin ditukar menjadi Sekolah Rendah Kerajaan Beladin.

Sekolah Rendah Kerajaan Beladin telah mengalami pertambahan bilangan murid yang amat pesat. Ini telah membawa kepada pembinaan sebuah bangunan tambahan pada tahun 1978, menjadikan bangunan sekolah sebanyak 4 buah. Bangunan baru ini merangkumi sebuah bilik serbaguna, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik darjah dan sebuah stor. Bangunan ini telah siap dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakup pada 26 Jun 1979. Walau bagaimanapun, peningkatan tinggi bilangan murid menyebabkan bangunan-bangunan sekolah sedia ada masih tidak mencukupi. Maka, pada tahun 1987, bangunan tambahan ini digunakan untuk menempatkan murid Tahun 5 (2 kelas) untuk sesi pagi dan murid-murid Tahun 6 di sebelah petang. Bilik-bilik lain dijadikan sebagi bilik guru, bilik perpustakaan, bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan dan pejabat sekolah.

Dalam arus perkembangan masa, masyarakat setempat mula menyedari peranan mereka terhadap institusi sekolah. Maka pada tahun 1982, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Ahli JawatanKuasa PIBG Sesi 1982 adalah :-

Yang Di Pertua : En. Anuar Bin Haji Ujang

Naib Yang Di Pertua : Haji Lungki Bin Haji Lumpuh

Setiausaha : Haji Apek Bin Haji Edi

Timbalan Setiausaha : En. Suhaili Bin Buntai

Bendahari : Haji Saibi Bin Haji Aman

Timbalan Bendahari : Cik Maria Binti Sebli

Ahli JawatanKuasa Kecil :

i. Haji Dan Bin Haji Hussain             vii. Hajjah Sh. Ipot Binti Wan Mahmud

ii. Haji Bidin Bin Haji Shafiee          viii. Othman Bin Haji Senawi

iii. Haji Angkom Bin Haji Leuk          ix. Morshidi Bin Haji Jon

iv. Haji Saban Bin Haji Kadir            x. Pani Bin Ibrahim

v. Haji Atang Bin Haji Zainal           xi. Sabu Bin Chemat

vi. Haji Satai Bin Tapa                  xii. Semua Guru SRK Beladin

SRK Beladin sering mengalami masalah-masalah yang mengganggu-gugat pentadbirannya. Antaranya ialah seperti kesesakan bilik darjah, tapak sekolah sering banjir dan mengalami tanah susur (runtuh) ke sungai, kedudukan sekolah yang terletak ditengah-tengah kampung, gangguan bunyi bising, pencerobohan dan kerosakan terhadap harta benda sekolah. Maka, pada tahun 1997, Guru Besar SRK Beladin iaitu En. Awang Kipli Bin Awang Haji Besar telah mengemukakan satu cadangan kepada Penghulu Kampung Beladin ketika itu iaitu En. Polon Bin Shamsuddin untuk mendapatkan satu tapak baru yang jauh sedikit dari kawasan kampung untuk SRK Beladin. Cadangan ini telah disambut baik oleh Penghulu Kampung Beladin. Ekoran daripada itu, pihak Jawatankuasa Sekolah telah berbincang dan mendapat persetujuan daripada tuan punya tanah bagi tapak baru sekolah. Cadangan ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri melalui Pegawai Pelajaran Bahagian Sri Aman. Kerja-kerja pengukuran tapak seluas 10 ekar ini telah dilakukan pada hari Sabtu iaitu 28 Jun 1980 dengan diketuai oleh Penghulu Polon Bin Shamsuddin.

Antara yang terlibat dalam pengukuran tapak ini ialah:-

1. Penghulu Polon Bin Shamsuddin

2. Haji Anis Bin Gumbang

3. Mahbang Bin Labek

4. Abdul Karim Bin Jawi

5. Wasmin Bin Al-Fatah

6. Morshidi Bin Sat

7. Wan Maliki Bin Wan Ahmad

8. Riji Bin Nyanggau

9. Lana Bin Lang

10. Awang Kipli Bin Awang Besar (Guru Besar)

11. Beleeng Bin Hakim

12. Suhaili Bin Buntai

13. Isa Bin Ini

14. Mohd. Said Bin Haji Golong

15. Zakaria Bin Ahmad

16. Wilford Santok Ak. Anchop

17. Abdul Razak Bin Abdul Manaf

SRK Beladin di tapak baru menjadi kenyataan bila mana peruntukan bagi kos pembinaannya sebanyak RM 2 juta diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud sempena Majlis Berjumpa Rakyat di Betong pada 14 April 1987. Projek pembinaan ini merangkumi:-

1. 18 buah bilik darjah

2. Sebuah bilik Pusat Sumber

3. Sebuah bilk Serbaguna

4. Sebuah bilik Perpustakaan

5. Sebuah Kantin

6. 2 unit ‘barrack’ (8 bilik)

7. 5 buah Kuarters Guru Kelas IV

Dengan pembinaan sekolah yang baru, banyak melegakan perasaan masyarakat Kampung Beladin kerana lokasinya yang sesuai serta persekitaran yang lebih baik dan tenang. Ini membolehkan anak-anak Kampung Beladin belajar dengan lebih selesa dan sempurna. Bagi pihak guru, mereka lebih salesa apabila ditempatkan dalam satu ‘Perkampungan Sekolah’ yang jauh dari suasana kesibukan kampung yang pesat membangun.

PERKEMBANGAN MURID DAN TENAGA PENGAJAR

Sejajar dengan perkembangan dan peningkatan bilangan murid dan guru di SRK Beladin, pada tahun 1982 sekolah ini telah dinaikkan tarafnya daripada Gred C kepada Gred B. Ekoran dari itu satu jawatan baru diwujudkan iaitu jawatan ‘Penolong Kanan’. Jawatan ini telah disandang buat pertama kalinya oleh Cikgu Ahmad Rais Bin Haji Mas.

SEKOLAH RENDAH KERAJAAN BELADIN BARU

Tanah seluas 15 hektar yang terletak di sebelah hilir Kampung Beladin menjadi pilihan untuk mendirikan SRK Beladin yang baru. Impian penduduk kampung yang selama ini inginkan sebuah sekolah baru yang lebih besar dan selesa serta lengkap dengan segala kemudahan menjadi kenyataan apabila kerja pembinaannya pada awal tahun 1986 dimulakan. Lebih kurang dua tahun kemudiannya, SRK Beladin yang baru siap dibina.

Pada bulan Januari 1988 SRK Beladin yang baru telah mula digunakan dengan rasminya. Segala kemudahan yang ada dapat mengurangkan segala masalah yang terdapat di sekolah yang lama dahulu, walaupun tidak seratus peratus. Dengan adanya 18 buah bilik darjah yang standard maka masalah kekurangan bilik darjah telah dapat di atasi. Murid dapat belajar dengan selesa kerana setiap bilik darjahnya luas dan berkipas angin. Di samping itu terdapat juga sebuah bilik guru yang besar dan dapat memberikan keselesaan kepada para guru. Bersebelahan dengannya sebuah bulik pentadbiran.

Lima buah kuartas kelas IV dan sebuah ‘barrack’ yang mempunyai empat bilik adalah untuk menempatkan sebahagian guru yang berkhidmat di sini. Walaupun rumah guru itu adalah tidak mencukupi tetapi pada hakikatnya ia sudah berupaya memberi keselesaan tempat tinggal kepada para guru. Kemudahan-kemudahan lain yang dapat dirasai oleh para guru di sekolah baru ini ialah beberapa tempat rekreasi seperti padang boila sepak yang standard, sebuah gelanggang sepak takraw, sebuah dewan serbaguna dan beberapa kemudahan lain. Sehubungan itu, prestasi sukan di kalangan murid juga meningkat dari semasa ke semasa sehingga ada yang mewakili bahagian Sri Aman, Sarawak. Setelah sehari suntuk mengajar, para guru juga berkesempatan untuk menghilangkan tekanan kerja dengan beridah terutama pada sebelah petang.

Sekolah baru ini telah menunjukkan perkembangan pesat dengan peningkatan bilangan murid dan guru. Pada Tahun 1988 bilangan muridnya mencapai 1,014 orang dan bilangan guru adalah 42 orang. Perkembangan drastik ini menyebabkan kemudahan seperti kelas dan kediaman tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini, dari tahun 1993 hingga 1997, 3 buah bangunan dibina untuk menampung masalah kekurangan bilik darjah. Sementara bangunan panjang lama di tapak SRK Beladin lama diubahsuai untuk kediaman sepuluh orang guru.

Menyentuh bidang akademik, pencapaian murid adalah sederhana. Peratus kelulusan setiap matapelajaran dalam UPSR adalah dalam lingkungan 50 hingga 80%. Untuk meningkatkan lagi prestasi murid di sini, pelbagai program dan aktiviti dirancang. Kerjasama para ibu-bapa dan masyarakat setempat juga banyak diperlukan bagi meningkatkan mutu pelajaran murid-murid si SRK Beladin ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Beladin
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong
95700, Betong
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083466714
Fax = 6083466714

Pautan luar[sunting | sunting sumber]