Sekolah Kebangsaan Bendang Kering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bendang Kering
Lokasi
 Malaysia Kampong Bendang Kering, 33040, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057760206
Kod sekolahABA4005
Faks6057760206
Map


Sekolah Kebangsaan Bendang Kering atau nama ringkasnya SK Bendang Kering, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bendang Kering.

Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Bendang Kering memiliki 71 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 143 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Sekolah Kebangsaan Bendang Kering didirikan, kanak-kanak kampung ini mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sayong. Mereka akan berulang alik dari Kampung Bendang Kering kira-kira dua kilometer dari kampong ini.

Bilangan kanak-kanak kampong ini bertambah dari masa ke semasa. Memandangkan hal ini kerajaan telah mendirikan bangunan sekolah iaitu sebuah bangunan (bangunan asal) yang mengandungi hanya 3 buah bilik darjah berserta dua buah rumah guru.

Pada tarikh 1 Januari 1921, perasmian bangunan seekolah ini telah dibuat. Perasmian Sekolah Kebangsaan Bendang Kering ini telah dihadiri oleh Penghulu Mukim Sayong dan Guru Pelawat Kumpulan Kota Lama Kanan sebagai mewakili pihak kerajaan.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Duaman Bin Hj Ahmad sementara Guru Kanan ialah Encik Tawaf Bin Alang Jaafar. Bilangan murid pada ketika itu hanyalah kira-kira seramai 85 orang sahaja. Walaubagaimanapun bilangan yang sedemikian bersesuaian dengan bangunan sekolah tersebut yang mengandungi tiga buah bilik darjah.

Tanggal 27 Disember 1926 banjir besar telah melanda Negara kita. Kampung Bendang Kering juga telah mengalami banjir yang teruk. Bangunan sekolah telah dihanyutkan oleh air sejauh kira-kira 5 rantai dari tapak asalnya. Selepas banjir, bangunan sekolah telah diperbaiki semula pada 1 Jun 1927. Sementara bangunan sekolah itu dibaiki, murid-murid sekolah ini belajar di bangunan yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Semasa zaman pendudukan Jepun di negara kita, pendidikan kanak-kanak terabai disebabkan peperangan. Bangunan sekolah hampir-hampir roboh kerana tiada perhatian yang khusus. Selepas pemerintahan zaman Jepun berakhir, sekolah ini diperbaiki segala kerosakannya. Kebocoran dan lain-lain kerosakan turut diganti.

Bilangan murid-murid sekolah ini meningkat kepada 205 orang dalam tahun 1950. Sebuah bangunan yang hanya mempunyai tiga buah bilik darjah tentulah tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid yang ramai itu. Sebuah bangunan kayu didirikan secara bergotong-royong oleh para penduuduk kampong sebagai bangunan tambahan. Bagi menampung keperluan yang mendesak rumah guru juga turut digunakan sebagai bilik darjah.

Pada 4 Januari 1967, sekali lagi berlaku banjir besar. Banjir kaili ini telah memusnahkan keseluruhan bangunan sekolah sehingga tidak dapat digunakan lagi. Murid-murid dari sekolah ini ditumpangkan belajar di Dewan Orang Ramai Kampong Bendang Kering, Sekolah Agama Rakyat dan rumah Encik Abdul Karim bin Ibrahim.

Atas jasa baik kerajaan kita, bangunan baru telah didirikan pada 21 Ogos 1967. Bangunan ini mengandungi lima buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar beserta stor dan pejabat kerani seolah. Sekaligus sekolah ini turut mendapat sebuah bangunan kantin, bilik air yang agak baik dan bekalan elektrik. Bangunan baru ini digunakan pada 8 ogos 1968.

Tanggal 26 November, sebuah bangunan tambahan diperolehi. Bangunan baru ini mengandungi tiga buah bilik darjah. Setelah siap, majlis perasmian dijalankan oleh Y.B. Tengku Razaleigh Hamzah yang pada masa itu menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bendang Kering
Kampong Bendang Kering
33040, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057760206
Fax = 6057760206

Pautan luar[sunting | sunting sumber]