Sekolah Kebangsaan Bohor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Bohor
MotoILMU SULUH HIDUP
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Guru BesarEn. Shabudin B. Hj. Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Ku Faizah Bt. Ku Marzuki
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Zainudin B. Zainol
Penolong Kanan KokurikulumPuan Jamilah Bt. Ismail
Kod sekolahKBB2080
Lokasi 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman,  Malaysia


Sekolah Kebangsaan Bohor atau nama ringkasnya SK Bohor, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor dinamakan sempena Kampung dimana ia terletak iaitu Kampung Bohor. Bohor membawa erti “kawasan tanah dalam”.

Sekolah Rendah Kebangsaaan Bohor dahulunya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Hutan Kampung. Ia ditubuhkan pada tahun 1958, setahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Bangunan sekolah dibina pada tahun 1957. Terdapat empat bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah tandas. Sesi persekolahan pertama bermula pada 1.1.1958 dengan dua orang tenaga pengajar dan lapan orang murid. Pada tahun itu hanya ada Darjah Satu sahaja. Murid dalam kelas tersebut terdiri daripada enam orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

Mr Baharum b. Hashim dilantik sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Cik Rokiah bt Hashim iaitu seorang guru sementera. Bahasa pengantar sekolah ini ialah Bahasa Inggeris.

Sekolah ini pernah dikenali sebagai “Special Malay School” dan kemudiannya “Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Kampung”. Tenaga pengajarnya ialah guru-guru lepasan DTC (Days Training College).

Pada tahun 1990 pula sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor kerana ramai orang sering keliru dengan Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung.

Tahun 1998 semua sekolah diselaraskan menjadi Sekolah Kebangsaan. Oleh itu nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bohor

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]