Sekolah Kebangsaan Bota Kanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sekolah kebangsaan Bota Kanan ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di No. 1, Jalan Besar Bota Kanan, 32600, Bota, Perak, Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar di Daerah Perak Tengah, Perak, di dalam sebuah pekan kecil iaitu Pekan Bota Kanan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sekolah in diketuai oleh seorang Guru Besar. Di samping itu, pentadbirannya juga dibantu oleh seorang Guru Kanan 1, Guru Kanan HEM dan Guru Kanan Kokurikulum. Bilangan guru di sekolah ini seramai 43 orang iaitu 14 lelaki dan 29 perempuan. Manakala bilangan staf sokongan seramai 8 orang. Jumlah muridnya 756 orang dan terdiri daripada anak-anak kakitangan kerajaan dan orang kampung.

PPD[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Pencapaian di bidang akademik (UPSR), kokurikulum dan iklim sekolah adalah baik berbanding dengan sekolah-sekolah gred A luar bandar yang lain di daerah tersebut mengikut laporan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah (1997). Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan oleh sekolah ini yang mengarah kepada kecemerlangan seperti mengadakan kelas tambahan akademik, projek kelas elit, program jiran cemerlang, projek keceriaan sekolah, klinik sukan, kursus motivasi, kem ibadat dan sebagainya.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Guru Besar sekolah ini pernah menjawat jawatan sebagai pengetua beberapa buah sekolah menengah sebelum dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini. Di samping itu, misi sekolah ini ialah "SKBK Cemerlang". Misi ini bertepatan dengan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu "Perak Nombor 1". Misi sekolah ini jelas dan difahami oleh semua stafnya. Kebanyakan gurunya sudah berpengalaman lebih daripada 5 tahun. Mereka menpunyai sikap yang terbuka, mudah menermia sebarang perubahan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bota Kanan juga telah dianugerahi sebagai "Sekolah Harapan Negara" pada tahun 1997 bagi kategori sekolah luar bandar pada peringkat kebangsaan. Manakala pada tahun sebelumnya iaitu 1995 dan 1996, sekolah ini telah berjaya rnemenangi pertandingan "Keceriaan Sekolah" peringkat kebangsaan. Manakala pada tahun 1996 juga, sekolah ini telah memenangi pertandingan "Landskap" peringkat negeri Perak. Suasana pembelajaran di sekolah ini adalah begitu memberangsangkan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Kemudahan tersebut adalah seperti bilik darjah yang cukup, padang permainan, pusat sumber, bilik bengkel, makmal, peralatan sukan, komputer, bilik cetak dan sebagainya. Di dalam kawasan sekolah ini juga terdapatnya sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG), maka pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada dalam PKG dapat digunakan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah, khususnya di bidang akademik.

Ibu bapa[sunting | sunting sumber]

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga begitu berperanan di sekolah ini. Kewujudan persatuan ini dapat membantu pihak sekolah bagi melaksanakan pelbagai program kecemerlangan.