Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang
Lencana Sekolah
Lokasi
 Malaysia Km 7.2, Bukit Beruang., 75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoSentiasa Komited, Berdedikasi, Berkualiti
Nombor sekolah06-2321494
Kod sekolahMBA2013
Pengerusi PIBGTn. Hj. Shafiee bin Abd. Aziz
Guru besarEncik Muhammad Saufe bin Abu Samah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Muzaimah binti Mahmud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Masrizal bin Abu Samah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Zubaidah binti Sulaiman
Faks6062522466


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang atau nama ringkasnya SK Bukit Beruang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km 7.2, Bukit Beruang..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang memiliki 435 pelajar lelaki dan 474 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 909 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

SEJARAH[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang lahir kira-kira 99 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1907 dengan kira-kira 30 orang murid dan 3 orang guru termasuk seorang Guru Besar, Encik Khatib bin Said. Dengan bangunan papan bermotif rumah Melayu Melaka, sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah Melayu yang dibina dalam persekitaran perkampungan orang-orang melayu yang berpendapatan rendah hasil kerja sendiri seperti petani dan kerja-kerja kampong yang lain.

Namun, zaman beredar dan Kampung Bukit Beruang, juga terus menerus menerima perubahan demi perubahan. Demikian juga Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Seorang demi seorang Guru Besar diamanahkan menerajui sekolah ini, sebagai memenuhi inspirasi Pendidikan Negara, sesuai dengan peredaran negara ke era kemerdekaan yang berdaulat. Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang sempat diterajui oleh 12 orang Guru Besar sehingga tahun 1978. Pada tahun 1979, sekolah ini mencipta sejarahnya yang tersendiri, dimana buat pertama kali ia menerima seorang Guru Besar wanita, Puan Fatimah bte Abu. Beliau telah mencurahkan jasa dan khidmat bakti sehingga ke tarikh 15 Ogos 1991.

Tanggal 16 Ogos 1991, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang sekali lagi bertukar teraju di mana Puan Hjh Sahara bte Hj Mohd Sudi telah diberi kepercayaan sebagai pemimpin pengurusan bagi mengetuai tenaga pengajar dan staff sokongan seramai 38 orang dengan bilangan murid yang ada pada ketika itu adalah seramai lebih kurang 700 orang. Bilangan murid yang sedang menuntut di sekolah ini kini telah meningkat kepada 1100 orang. Untuk itu, sebuah lagi bangunan tambahan Blok Cengal telah dibina pada tahun 1994.

Negara semakin pesat membangun, sektor pendidikan juga tidak mahu ketinggalan. Peningkatan bilangan murid begitu mendadak tidak lagi dapat ditampung. Justeru, pada bulan Jun 1999 dengan pembinaan sekolah baru yang letaknya berhampiran, seramai 400 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang telah dipindahkan ke sekolah tersebut. Namun demikian, berkat kesabaran, ketabahan, ketekunan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang termasuk ibu bapa dan murid, wujud Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang kini yang telah berjaya membuktikan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang kurikulum dan kokurikulum. Sementara Program Bina Insan serta sikap penyayang yang diamalkan menyebabkan sekolah ini terus mencipta nama bersama sekolah-sekolah elit di Negeri Melaka khususnya, dan di seluruh negara umumnya.

Setelah persaraan Puan Hjh Sahara bte Hj Mohd Sudi pada 02 September 2002 Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menerima seorang lagi Guru Besar perempuan, Puan Faridah bte Mohd Fadzil untuk menyambung visi dan misi Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. Kini, sebagai sebuah sekolah yang telah dianugerahkan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Tahun 2000 bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar. Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang terus tegak berdiri menjana fikir, menampil diri, memantapkan ICT, merealisasikan Sekolah Perkasa, cita-cita ke arah Sekolah Bestari terus digarap dan disusuli dengan keikhlasan dan kesedaran terhadap tanggungjawab mendidik generasi masa depan. Matlamat untuk terus meletakkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang akan terlaksana dan akan dilestarikan dengan kemantapan organisasi dan komitmen sepenuhnya daripada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang.

Perjuangan diteruskan apabila Pn. Hjh Hamidah Yusof ditempatkan di SKBB pada 1 November 2007. Kecemerlangan dan keunggulan terus meniti apabila pada tahun 2009, SKBB mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Melaka sempena Hari Guru 2009 dan dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengekalkan keunggulan, SKBB akan terus berusaha meraih kejayaan dalam semua bidang Akademik, KoAkademik dan Kokurikulum.

SEJARAH SEKOLAH MULAI 1907 - 1970[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH MULAI 1971 - 1990[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH MULAI 1991 - 2000[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH MULAI 2001 - 2017[sunting | sunting sumber]

PROFIL SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

MISI[sunting | sunting sumber]

 a. Misi Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang telah digarap bersesuaian  

dengan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

‘ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA’

VISI[sunting | sunting sumber]

 b.Visi Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang

Visi Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang diterjemahkan melalui tekad dan

iltizam untuk mencapai kecemerlangan pendidikan yang terbaik untuk seluruh

warga kerja dan juga murid-murid sebagai matlamat utama sekolah.

‘ SEKOALAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG

AKAN TERUS MENINGKATKAN KECEMERLANGAN

KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI’

SLOGAN[sunting | sunting sumber]

c.    Slogan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang

                    Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang mengamalkan slogan berdasarkan  

                   singkatan kepada   S.K.B.B   iaitu membawa maksud:-

                                        S  : SENTIASA

                                        K  :  KOMITED

                                        B  :  BERDEDIKASI

                                        B  :  BERILTIZAM

OBJEKTIF[sunting | sunting sumber]

                    Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang telah menetapkan objektif yang  

                     merangkumi Lima bidang utama iaitu:-

i) Memantapkan hal ehwal pengurusan organisasi dari aspek pembangunan sumber manusia, pentadbiran dan pengurusan kewangan serta mencapai skor komposit SKPM pada peringkat 95 % di Band 1 NKRA negara.

ii) Memantapkan pencapaian kurikulum dengan 100 % pengusaan 3M kepada semua murid pada akhir tahun 6.

iii) Memantapkan sahsiah dan jati diri murid dengan kadar 97 % kehadiran murid serta kurang dari 2% masalah disiplin sederhana dan berat di sekolah.

iv) Memastikan setiap murid memperolehi peluang untuk menyertai aktiviti ko kurikulum, ko akademik dan sukan sama ada di peringkat sekolah dan daerah, negeri serta kebangsaan.

iv) Memantapkan hal ehwal pengurusan Program Pendidikan Khas Intergrasi dengan keupayaan penguasaan kemahiran pengurusan diri murid serta peluang pendidikan ko kurikulum yang sama di aliran perdana.

             Objektif  Kecemerlangan Sekolah

i) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menetapkan objektif kecemerlangan sekolah untuk mencapai tahap SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) pada tahun 2015

ii) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menetapkan objektif kegemilangan sekolah untuk mencapai tahap SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) pada tahun 2017

LENCANA SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

                 Lencana Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang direka berbentuk perisaI dengan

                mengandungi empat warna iaitu hijau, kuning, merah dan putih. Mempunyai

                rupa bentuk buku/kitab, obor dan juga reben. Mempunyai dua jenis tulisan

                iaitu tulisan jawi dan rumi.

                Keterangan Lencana :-

                  a)  Warna hijau sebagai warna latar lencana melambangkan kesuburan minda  murid.

                   b)  Buku/kitab berwarna putih tertera Moto di dalam tulisan jawi iaitu  

                        perkataan  ‘ILMU NILAI HIDUP’ melambangkan kesucian dan kemuliaan

                        ilmu yang perlu diperolehi oleh setiap murid demi melahirkan generai yang  

                        berkemahiran serta bersahsiah murni.

                  c)   Obor berwarna merah melambangkan keberanian warga sekolah khasnya  

                        murid-murid untuk menghadapi segala cabaran demi memperolehi

                        kejayaan dan kegemilangan.

                  d)  Warna kuning melambangkan keagungan dan kesetiaan seluruh warga

                       sekolah terhadap SK Bukit Beruang yang menjadi satu kebanggaan  

                       warganya.

FALSAFAH[sunting | sunting sumber]

‘ SETIAP MURID DILAHIRKAN SEBAGAI INSAN YANG BERSIH

IBU BAPA DAN GURU BERTANGGUNGJAWAB MENDIDIK  MEREKA

DENGAN ADIL DAN SAKSAMA SERTA MEMBERI PELUANG SELUASNYA

KEPADA MEREKA UNTUK BERJAYA MENJADI WARGA YANG BERILMU DAN BERSAHSIAH MURNI’

NILAI[sunting | sunting sumber]

                       Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang meletakkan tujuh nilai utama kepada  

                       seluruh warga pendidik, murid, staf sokongan dan juga ibubapa serta 

                       penjaga. Antara nilai yang diterapkan ialah:

Ikhlas dan amanah

Rajin berusaha dan cekap

Berkerjasama

Bertoleransi

Cintakan ilmu

Berinovasi dan kreatif

Sekolah Kita Tanggungjawab Kita

PIAGAM PELANGGAN[sunting | sunting sumber]

      a) Khusus Kepada Murid-murid

i) Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.

                     ii)  Memastikan semua murid memperolehi kualiti pengajaran dan

   pembelajaran yang terbaik mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

                    iii)  Memastikan semua murid mendapat peluang yang seimbang dari aspek  

   kurikulum dan juga ko kurikulum.

                    iv) Memastikan setiap hasil kerja murid disemak dengan teliti dengan

                          penghargaan yang setimpal dan khidmat nasihat yang berterusan.

    b) Guru dan Staf Sokongan

                      i)  Memastikan semua guru mendapat pengagihan tugas dan waktu  

                          mengajar yang seimbang.

                     ii)  Memastikan semua guru dan staf mendapat latihan dalam perkhidmatan 

   sekurang-kurangnya tujuh kali setahun.

                    iii)  Menggalakkan semua guru dan staf meningkatkan gred perkhidmatan

                          mereka ke peringkat tertinggi.

                   iv)   Memastikan kebajikan guru dan staf setiasa dijaga dengan baik. 

              c)  Ibu bapa/pelawat

i) Memastikan ibubapa dan pelawat yang berurusan di sekolah dilayan  

   dengan mesra, cepat dan tepat.

                     ii)  Memastikan ibubapa dan penjaga mendapat maklumat kemajuan

                          pendidikan dan sahsiah terkini anak-anak mereka dengan telus.

                     iii) Memastikan setiap aduan ibubapa/penjaga mendapat perhatian dan  

                          tindakan segera.

    d) Stake Holder

i) Memastikan setiap data dan maklumat yang dikehendaki oleh PPD, JPN dan KPM disediakan dan disalurkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama yang optima.

PENCAPAIAN[sunting | sunting sumber]

Kejayaan Tertinggi

1. Naib Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 1999

2. Johan Anugerah Kualiti YB Menteri Pelajaran Peringkat Kebangsaan Tahun 2000

3. Johan Sekolah Patriotik Negeri Melaka Tahun 1999 dan 2000

4. Johan Pertandingan Penghijauan Sekolah dan Alam Sekitar Negeri Melaka 1999 dan 2000

5. Johan Landskap Negeri Melaka Tahun 2003

Kejayaan Terkini

1. Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Melaka 2009

2. Anugerah Sekolah Cemerlang Kementerian pelajaran Malaysia 2009

PANORAMA DAN KEMUDAHAN SEKOLAH DAHULU DAN SEKARANG[sunting | sunting sumber]

Panorama SK Bukit Beruang Melaka, dahulu kini dan menjelang abad ke 21. Terdapat beberapa perubahan mengikut arus kemodenan dan pertambahan kemudahan-kemudahan asas seiring dengan keperluan dan kehendak persekitaran ke arah amalan hijau.Menyelusuri amalan-amalan dan budaya harmoni dari persekitaran yang damai dan membahagiakan untuk iklim anak-anak bangsa menuntut ilmu dari dahulu , kini dan seterusnya menjelang abad ke 21.

BANGUNAN DAN BILIK-BILIK KHAS[sunting | sunting sumber]

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Beruang sesi  2013-2015 dianggotai oleh 24 Ahli Jawatankuasa yang diterajui oleh Tn. Hj. Shafiee bin Abd. Aziz. PIBG di peringkat sekolah telah memainkan peranan yang sangat penting dan memberi kerjasama yang sangat baik dalam segala akitiviti yang diadakan di sekolah.

AHLI JAWATANKUASA NAMA
Penasihat Puan Zaiton binti Zainal  (GB )
Yang Dipertua Tn Hj Shafiee Bin Hj Abd Aziz
Naib Yang Dipertua Encik Mohd Taufik Bin Ibrahim
Setiausaha Encik Mohammad Zakian Bin Ahamad
Naib Setiausaha Encik Muhammad Hairul Nizam Bin Salleh
Bendahari Pn Nurzuhailah Bt Mohd Ruslan
Ahli Jawatankuasa Dr Mohd Asaari Bin Mohamad Isa
Ibu Bapa Encik Mohammad Firdaus Bin Buang
  Encik Mohd Faizar Bin Mohd Yusuf
  Encik Mohd Fairos Bin MohdYunus
  Encik Mohd  Norizan Bin Basiron
  Pn Siti Fahizan Bt Abd Rahman
  Encik Halim bin Yatim
  Encik Idris Bin Abd Wahid
  Encik Mohd Suryanata
  Pn Nor Suhaila Bt Azali
Ahli Jawatankuasa Encik Norsham Bin Saad
Guru Encik Rohaidee Bin Mustafa
  Pn Hanisah Bt Bador
Pemeriksa kira-kira Pn  Siti Zubaidah Bt Abdollah
  Pn Anirahayu Bt Taib
Sarana PIBG Pn Norgayah Bt Sharif
  Pn Fouziah Bt Dorani
  Pn Khartini Bt Ab. Majid
  Encik Husin Bin Ali
  Puan Maimon BtDeraman
 

TAMAN DAN LANDSKAP SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

GALERI WARISAN SEJARAH SEKOLAH (GWSS)[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan Sejarah Sekolah telah ditubuhkan pada 24 April 2014 . Pengasas Galeri Warisan Sejarah ialah En. Mohd Rozhi Bin Ibrahim selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. Penubuhan galeri ini adalah bertujuan membina kesedaran kepada warga sekolah khasnya murid-murid terhadap sejarah pembangunan sekolah dan negara serta menghargai pengorbanan dan usaha generasi terdahulu menghadapi cabaran dunia pendidikan. Selain itu,untuk menarik minat murid-murid terhadap sejarah  kecemerlangan sekolah dan aktifak-aktifak peninggalan khazanah yang lama.

Terdapat banyak gambar-gambar yang bersejarah tentang sekolah disimpan di dalam galeri sejarah. Antaranya ialah peristiwa yang telah berlaku dan pencapaian yang membangggakan sekolah semenjak penubuhan sekolah ini.

Galeri Warisan Sejarah telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam pada 27 Mei 2014. 

Gambar di dalam Galeri Sejarah

PROSES MENYEDIAKAN GWSS[sunting | sunting sumber]

PROSES SEBELUM MENYIAPKAN GALERI WARISAN SEJARAH SEKOLAH
Proses Sebelum 3
Proses Sebelum 7
Proses Sebelum 8
Proses Sebelum 9

(a) Pengumpulan bahan dan pemilihan bahan

(b) Pemantuan dan kebajikan ajk kerja

(c) Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan baik

(d) Pembersihan bahan dan alat pameran

(e) Penglebelan skrip dan keterangan bahan pameran

(f) Pemulihan bahan semua bahan foto/ pembingkaian

(g) Penyediaan power point dokumentari Galeri Warisan Sejarah

(h) Keceriaan bilik dan blok Galeri Warisan Sejarah 


MAKLUMAT BAHAN PAMERAN DAN ARTIFAK[sunting | sunting sumber]

Dalam Galeri Warisan Sejarah terdapat klasifikasi artifak dan bahan pameran yang dipamerkan antaranya :

(a) Buku pendaftaran bekas murid

(b) Foto-foto lama struktur bangunan sekolah

(c) Foto-foto lama perumahan persekitaran sekolah

(d) Foto-foto bekas pemimpin sekolah mulai tahun 1907

(e) Foto-foto akitiviti sekolah mulai tahun 1907

(f)  Sijil-sijil penghargaan

(g) Piala-piala kejohanan

(h) Bahan cetak lama

(i) Peralatan / pakaian lama murid sekolah

(j) Peralatan pejabat dan dokumen pengajaran lama

(k) Peralatan asas ekonomi masyarakat setempat dahulu

CONGKAK[sunting | sunting sumber]

Congkak ialah sejenis Permainan Tradisional Melayu  yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

BATU GILING[sunting | sunting sumber]

Batu Giling adalah satu alat yang digunakan bagi penyediaan bahan memasak. Ia merupakan satu alatan penting pada masa dahulu dan digunakan bagi menghancurkan rempah-ratus yang akan digunakan bagi memasak. Ia biasanya terdiri daripada dua bahagian, iaitu batu hampar dan batu penggiling (anak).

Kegunaan bagi gilling berbeza dengan lesung batu dari segi batu giling digunakan bagi menghancurkan bahan dengan lebih lumat dan halus. Batu giling mengisar secara mendatar manakala lesung menumbuk secara menegak.

LABU SAYUNG[sunting | sunting sumber]

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padisenduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

SETRIKA ARANG[sunting | sunting sumber]

Setrika arang ayam jago adalah setrika antik yang paling popular di abad 19, dengan nilai artistik yang cantik dan menawan menjadikan setrika ayam tersebut sedari dulu menjadi barang paling di cari koleksi barang antik.  

ANGKLUNG[sunting | sunting sumber]

Angklung adalah alat musik multitonal (bernada ganda) yang secara tradisional berkembang dalam masyarakat Sunda di Pulau Jawa bagian barat. Alat musik ini dibuat dari bambu, dibunyikan dengan cara digoyangkan (bunyi disebabkan oleh benturan badan pipa bambu) sehingga menghasilkan bunyi yang bergetar dalam susunan nada 2, 3, sampai 4 nada dalam setiap ukuran, baik besar maupun kecil. 

Angklung adalah alat musik multitonal (bernada ganda) yang terbuat dari bambu. Cara memainkannya cukup mudah hanya dengan menggoyangkannya. Bunyi yang dihasilkan disebabkan oleh benturan badan pipa bambu. Bunyi yang dihasilkan bergetar dalam susunan nada 2, 3, sampai 4 nada dalam setiap ukuran, baik besar maupun kecil.Angklung adalah alat muzik multitonal (bernada ganda) yang terbuat dari bambu. Cara memainkannya cukup mudah hanya dengan menggoyangkannya.

 REPLIKA RUMAH MELAKA[sunting | sunting sumber]

RumahTradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.

Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.

GWSS SEBAGAI "ONE STOP LEARNING CENTER" MATA PELAJARAN SEJARAH[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan Sejarah yang terdapat di sekolah ini telah banyak memberikan manafat kepada murid-murid di tahun 4, 5 dan 6 di dalam subjek Sejarah. Kepelbagaian maklumat dapat diperolehi oleh murid-murid, secara tidak langsung dapat memantapkan lag proses pembelajaran kendiri sebagai salah satu elemen proses pedagogi yang berkesan.  

Murid-murid boleh menjadikan Galeri Warisan Sejarah ini sebagai ‘ONE STOP LEARNING CENTER’ sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari di dalam subjek Sejarah. Kemudahan yang disediakan ini akan membantu meningkatkan minat murid-murid terhadap subjek sejarah yang dipelajarinya. 

KEJAYAAN SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

KO-AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

SUKAN[sunting | sunting sumber]

AKTIVITI PROGAM DALAMAN[sunting | sunting sumber]

AKTIVITI TAHUN 1907 - 1999[sunting | sunting sumber]

AKTIVITI TAHUN 2000 - 2017[sunting | sunting sumber]

HUBUNGAN DAN LAWATAN[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang
Km 7.2, Bukit Beruang.
75450, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2321494
Fax = 6062522466

Pautan luar[sunting | sunting sumber]