Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (atau SK Bukit Beruntung 2 sahaja) merupakan sebuah sekolah di kawasan Bandar Bukit Beruntung. Sekolah ini terletak dalam daerah Hulu Selangor, kira-kira 16km daripada bandar Rawang dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Ia adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pendidikan rendah untuk kanak-kanak berusia seawal umur 7 tahun hingga ke usia 12 tahun. Di bawah belanjawan RMK9 (Rancangan Malaysia Ke-9), Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina SK Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dengan konsep "World Standard".