Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Payong
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sekolah Kebangsaan Bukit Payong atau nama ringkasnya SK Bukit Payong, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Payong didirikan pada tahun 1967. Dibina di atas tanah persekutuan seluas 3 ekar dan mula beroperasi pada tahun 1968. Bangunan sekolah ini adalah merupakan bangunan kerajaan JKR 2885 dan merupakan bangunan setingkat yang mengandungi 3 bilik darjah. Sebilangan murid adalah dikumpul dari sekolah berdekatan selain dari kanak-kanak di sekitar kampung yang berdekatan. Guru Besar pertama ialah En. Omar bin Taib. Pada 30.5.1972, beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kg. Bukit dan digantikan oleh En. Hashim bin Mat. Dalam tahun yang sama, satu bangunan 2 tingkat telah dibina yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, stor dan tandas. Pada tahun 1980, sekolah ini dijadikan sekolah cawangan untuk Kampung Paya dan diasingkan pada tahun 1983.

Bangunan kantin baru siap dibina pada tahun 1982 dan pada tahun 1983, bekalan air dan elektrik disalurkan. Pada tahun 1989, tanah seluas 3 ekar 2 rantai dan 6.38 pol telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan padang sekolah.

Pada tanggal 15 November 2018, SK Bukit Payong telah menyambut Jubli Emas dengan mengadakan pelbagai acara menandakan genapnya 50 tahun sekolah ini beroperasi. Pada ketika Jubli Emas disambut, sekolah ini mempunyai 29 orang tenaga pengajar akademik, 4 orang anggota kakitangan sokongan, 4 orang petugas kebersihan swasta dan 4 orang pengawal keselamatan swasta yang ditadbir oleh Tuan Haji Amry bin Abdul Latib@Omar sebagai Guru Besar ke-12 di sekolah ini sehingga 30 April 2019 dan telah digantikan dengan En. Lutfi Bihar bin Abd. Latif sebagai Guru Besar ke-13.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Jalan Kubor Panjang, 06400 Pokok Sena, Kedah Darulaman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://www.sebayu.info