Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahABA2027
Lokasi Malaysia Kampong Bukit Pekan 31910, Kampar,, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon6054660980
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan atau nama ringkasnya SK Bukit Pekan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bukit Pekan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan memiliki 79 pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 152 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada sekitar tahun 1975 hingga 1980, SK Bukit Pekan (SKBP) mempunyai seorang Guru Besar yang terkenal iaitu Cikgu Majid. Beliau seorang yang sangat bertimbang rasa dan lemah lembut. Pada ketika itu beliau tinggal, di Taman Melayu Jaya, Kampar dan berulang-alik ke SKBP dengan menggunakan sebuah kereta Toyota KE 30. Pada masa itu juga terdapat beberapa orang guru seperti Cikgu Jalil, Cikgu Nasir, Cikgu Said, Cikgu Wahab, Cikgu Shuib (Ustaz) dan beberapa orang lagi yang lain. Terdapat juga seorang guru berbangsa Tionghua iaitu Miss Peh yang mengajar bahasa Inggeris. Beliau sangat tegas tetapi peramah dan rajin membantu murid-muridnya.

Terdapat sebuah kantin yang menjual nasi lemak, mee goreng, bihun dan keropok serta beberapa jenis minuman. Pada ketika itu, wang saku yang sebanyak 20 sen sudah cukup untuk belanja mengalas perut dengan sepiring mee dan secawan air.

Diantara saat paling manis dan indah yang menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan adalah ketika melangsungkan Hari Sukan Tahunan. Pelbagai acara dipertandingkan termasuklah lari dalam guni dan cari duit dalam tepung. Sungguh meriah dan inilah juga masanya penduduk kampung mengambil kesempatan untuk membuat jualan kuih-muih, makanan dan minuman dengan mendirikan khemah dan gerai sementara disekitar kawasan padang sekolah.

Pasukan bolasepak SKBP pada masa itu juga agak digeruni lawan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan
Kampong Bukit Pekan
31910, Kampar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054660980
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]