Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi, Kuala Nerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi
Lokasi
Jalan Kuala Nerang,, 06300 Kuala Nerang,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah04-7867390
Kod sekolahKBAB004[1]
Guru besarEn Abd Karim B Md Haniffa
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Azizan B Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Jeenath Bt Abd Zamel
Penolong Kanan KokurikulumEn. Safizad bin Kamaludin
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi atau nama ringkasnya SK Bukit Tampoi, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi bermula dengan kawasan yang dikenali Kampong Pokok Macang dan Kampong Kejai. Pada masa itu ramai murid di kedua-dua kampung ini belajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, disebabkan ketiadaan sekolah di kampung tersebut. Akibat daripada masalah perbelanjaan yang meningkat untuk menghantar anak dengan menggunakan bas, maka masyarakat setempat sebulat suara untuk memohon dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi mendapatkan sebuah sekolah di kampung ini.

Jabatan Pelajaran Negeri telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan menjadikan Dewan Orang Ramai sebagai cawangan bagi Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang di Kampung Pokok Macang dan Kampung Kejai pada 01 Januari 1975. Penyelia yang dilantik bagi menguruskan sekolah cawangan ini ialah En. Hashim bin Mohd Salleh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Pokok Macang yang terdiri murid seramai 80 orang dan 3 bilik darjah.

Selang beberapa tahun kemudian bilangan murid bertambah ramai iaitu seramai 150 orang. Ini menyebabkan bilik darjah perlu ditambah. Dengan bantuan wakil rakyat kawasan Sena iaitu Yang Berhormat Tn Hj Abdul Hamin B Tahir, peruntukan bagi bangunan sekolah dapat ditambah. Pada 01 Januari 1984, sekolah ini diberikan nama yang baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi dan diasingkan daripada Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.

Guru Besar yang pertama diserah kepada Tuan Haji Awang Ahmad bin Tuan Haji Sulaiman.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi ,
Jalan Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]