Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin
Lokasi
Changkat Chermin,, Manjung, 32400, Ayer Tawar,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah053765253
Kod sekolahABA1005
Guru besarMohamad Hosni Bin Md Senusi
Faks053765253
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin atau nama ringkasnya SK CHANGKAT CHERMIN, merupakan sebuah rendah yang terletak di Changkat Chermin, 32400 Ayer Tawar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin memiliki 75 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 150 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina pada tahun 1947. Struktur bangunan pertama berasaskan kayu-kayan tempatan dan dinding diperbuat dari kayu rembia serta atapnya adalah dari daun rembia. Sekolah ini dirasmikan pada tahun 1948 oleh Tuan Grace iaitu Pegawai Daerah Dinding pada ketika itu.

Guru besar pertamanya Encik Zainal Abidin bin Hj. Ibrahim.

Pada 15 Mei 1956, sebuah bangunan baru siap dibina menggantikan bangunan lama. Bangunan ini beratap genting, berlantai simen dan berdinding papan.

Pada 31 Ogos 1983, bangunan baru dua tingkat telah siap dibina bangunan lama.

SK Changkat Chermin telah dirasmikan oleh YAB Dato Abdullah bin Hj. Ahmad selaku Menteri Pelajaran ketika itu pada 23 Mac 1985.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

> Pada tahun 2014, sebanyak 60 peratus daripada pelajar tahun 6 lulus dalam UPSR.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin
Changkat Chermin,
32400, Ayer Tawar
Negeri Perak,  Malaysia
Telefon = 053765253
Fax = 053765253

Pautan luar[sunting | sunting sumber]