Sekolah Kebangsaan Cheng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Cheng
Lokasi
Km.9, Jalan Krubong,, 75250, Melaka., Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-3341353
Kod sekolahMBA2029
PengetuaEN. AZMI BIN ABU BAKAR
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. SAKINAH BINTI IBRAHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. NOR AZMAN BIN MAT NOR
Penolong Kanan KokurikulumPN. WAHIDAH BINTI WAHIT
Faks6063341435
Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka

Sekolah Kebangsaan Cheng atau nama ringkasnya SK Cheng, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km.9 Jalan Krubong. Luas kawasan sekolah ialah kira-kira 2.389 ekar.

Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Cheng mempunyai seramai 284 orang murid lelaki dan 268 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 552 orang. Manakala bilangan guru pula adalah seramai 48 orang iaitu terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 35 orang guru perempuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Bangunan kayu

Sekolah Kebangsaan Cheng telah dibangunkan pada awal tahun 1930-an. Pada peringkat awal, sekolah ini terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang diperbuat daripada kayu di sebelah atas manakala bawahnya diperbuat daripada batu dan atapnya ialah genting. Di tingkat atas bangunan ini ada sebuah bilik darjah besar tiga buah bilik di bawah. Bilik Guru Besar terletak di tingkat atas. Terdapat enam orang guru dan seorang tukang kebun.

Perkembangan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibangunkan pada awal tahun 1930-an. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat beratap genting yang diperbuat daripada kayu pada bahagian sebelah atas manakala bahagian bawah diperbuat daripada batu (termasuk tangga). Bangunan sekolah ini telah digunakan selama 87 tahun dan masih kekal dimanfaatkan hingga ke hari ini yang mana sebelah bawah telah digunakan sebagai bilik stor sukan, surau dan bilik pemulihan jawi j-QAF yang juga digunakan di tingkat atas (bermula pada tahun 2005).

Bangunan dua tingkat

Pada tahun 1976, sebuah bangunan batu dua tingkat telah didirikan.Bangunan ini mempunyai dua buah bilik darjah, sebuah bilik, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat dah bilik tandas murid lelaki. Sebuah bilik darjah di tingkat bawah digunakan untuk bilik perpustakaan dan bilik pusat sumber.

Kantin

Sebuah kantin sekolah yang sederhana besarnya telah dibangunkan bersama-sama dengan bangunan tambahan dua tingkat satu blok pada tahun yang sama. Sebuah padang permainan telah dibina pada tahun 1930-an yang masih digunakan hingga sekarang. Padang permainan ini juga digunakan oleh murid-murid tua sekolah dan orang luar untuk bermain bola sepak pada waktu petang.

Pada tahun 1988, pihak Lembaga Pengelola Sekolah pada ketika itu telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Melaka dengan memutuskan untuk mendirikan sebuah lagi bangunan secara gotong-royong bersebelahan padang sekolah. Bangunan tersebut telah siap dibina pada 22 Disember 1988 dengan menempatkan empat buah bilik darjah yang baru.

Pada 27 Mac 1993, sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan tiga tingkat telah mula dibina. Bangunan tambahan ini mengandungi 12 buah bilik darjah, sebuah ruangan pentadbiran, sebuah bilik guru, perpustakaan, bilik tayang, bilik gerakan, bilik perkembangan staf, bilik sembayang, kedai buku, stor SPBT dan klinik. Bangunan ini mula digunakan pada tarikh 20 Jun 1994.

Pada pertengahan tahun 1995, sedikit unjuran telah dibuat untuk menambah keluasan kantin. Manakala pada pertengahan tahun 1999, blok F telah dibina dan digunakan sebagai bengkel Kemahiran Hidup (KH) pada Ogos 1999.

Makmal komputer

Pada tahun 2003 pula, sebuah makmal komputer telah dibina. Pembinaan makmal ini terpaksa mengorbankan sebahagian daripada kawasan padang sekolah memandangkan sudah tidak ada tempat lapang yang lain.

Pada tanggal 3 Januari 2005, sekolah ini telah memulakan kelas khas untuk murid pra-sekolah. Selain daripada itu, pada tahun 2007, sekolah telah mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk mengubah suai bilik darjah yang menempatkan murid-murid Pendidikan Khas.

Senarai Guru Besar Dari Tahun 1994[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Guru Besar Tahun 
1 Puan Syarifah Binti Abd Jalil Mei 1994 - November 2000
2 Allahyarham Encik Mohd Saat Bin Haji Latip  Disember 2000 - September 2001 
3 Tuan Haji Shahabudin Bin Ismail Oktober 2001 - Februari 2004 
4 Tuan Haji Yaacob Bin Yusof Mac 2004 - November 2007
5 Puan Hajah Siti Esah Binti Buyong Disember 2007 - November 2011
6 Allahyarhamah Puan Kamisah Binti Abdullah Disember 2007 - November 2014
7 Encik Nezam Bin Md Derus  Disember 2014 - Disember 2015
8 Encik Hazman Bin Dolah Disember 2015 - Julai 2018
9 Roziah binti Mohamad Julai 2018- sekarang

Visi, misi dan hala tuju sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cheng Cemerlang Kawasan Tanjung Menjelang Tahun 2020

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Hala Tuju Sekolah[sunting | sunting sumber]

Memantapkan kualiti UPSR

Memacu dan mempertingkatkan komitmen dalam kualiti LINUS

Memperkasakan daya upaya guru dan staf SKC

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna Kuning

Melambangkan agama sebagai garis panduan hidup bagi melahirkan modal insan yang beriman, berbudi pekerti mulia, berketrampilan dan sejahtera.

Warna Merah

Melambangkan semangat dan keberanian serta mempunyai daya tahan yang tinggi menghadapi rintangan (cabaran) dalam mengejar dan menggengam cita-cita.

Warna Hijau

Melambangkan keseimbangan dan keharmonian warga sekolah yang sentiasa aman dan damai berteraskan keislaman. 

Warna Putih

Melambangkan kesucian dan ketulusan hati antara guru dan murid dalam memberi dan menerima ilmu.

Bintang

Pecah 5 melambangkan Rukun Islam yang menjadi pegangan umat Islam.

Bulan Sabit

Melambangkan Islam sebagai agama teras di SK Cheng.

Tiga Lapiasn Warna

Melambangkan kesepaduan tenaga guru, ibu bapa dan masyarakat bagi membentuk pelajar yang seimbang dari aspek fizikal, mental, rohani dan emosi.

Bendera sekolah[sunting | sunting sumber]

Bentuk Bendera

Berlatarbelakangkan warna putih dan lencana kedudukan ditengah-tengah bendera.

Warna Putih

Melambangkan kesucian perjuangan pelajar untuk menaikkan imej sekolah sama ada dalam bidang akademik dan juga kokurikulum berdasarkan Prinsip Rukun Negara.

Warna Merah

Melambangkan semua warga sekolah menampilkan sifat berani, yakin dan gigih dalam pelaksanaan tanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.

Warna Kuning

Melambangkan ketaatan dan kepatuhan semua warga sekolah terhadap Raja, negara dan undang-undang.

Warna Hijau

Melambangkan muafakat dan perpaduan di kalangan warga sekolah untuk merealisasikan matlamat dan wawasan sekolah.

Lencana Sekolah

Kedudukannya di tengah-tengah bendera serta meliputi keseluruhan warna yang terdapat pada bendera. Ini melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melengkapi semua aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. 

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha Maju

Berkhidmat untuk semua

Menjadi insan yang sempurna

Jujur ikhlas setia sopan santun dijaga

Bersatu berusaha

** SKC tetap utama

** Di sini langkahku bermula

** Ilmu penyuluh hidup cahaya masa depan

** Jasamu tak dilupa

Putra putri setia berpadu tenaga

Berusaha sentiasa

Maju dan berjaya tekad nan utama

Sama menuju wawasan

( Ulang ** )

Galeri Warisan Sejarah[sunting | sunting sumber]

Galeri warisan
Galeri warisan

Nyiru[sunting | sunting sumber]

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang. Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga.

Nyiru bentuk bujur diperbuat daripada kulit buluh dan digunakan oleh petani untuk menampi padi, iaitu mengasingkan padi daripada hampa. Proses ini dikenali juga sebagai mengangin padi. Melalui kaedah ini, padi diletakkan di dalam nyiru dan ditampi mengikut arah angin. Dengan cara ini, hampa akan jatuh ke tanah atau terbang ditiup angin. Hasilnya, hanya padi yang tinggal di dalam nyiru.

Kegunaan lain ialah sebagai bekas tampi padi atau beras, juga sebagai tempat untuk menjemur ikan. Nyiru juga digunakan untuk membersihkan antah daripada beras sebelum ditanak. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mengasingkan beras dan antah, menjemur bahan makanan seperti pisang, kerepek ubi, tepung, gula yang telah ditumbuk.

Nyiru
Angklung

Angklung[sunting | sunting sumber]

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

Seterika Arang[sunting | sunting sumber]

Seterika arang

Pada masa dahulu sebelum adanya bekalan elektrik ke rumah-rumah terutamanya di kawasan perkampungan, ramai orang mempunyai alternatif untuk menghilangkan kedut-kedut di pakaian masing-masing. Salah satu alat yang biasa digunakan adalah seterika tradisional yang menggunakan bahan bakar iaitu arang sebagai pemanas seterika tersebut.

Seterika arang diperbuat daripada tembaga dan bentuknya adalah lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dan mempunyai pemegang yang agak selesa bagi kegunaan menggosok pakaian. Pada bahagian atasnya ada penutup dan penutup tersebut boleh dibuka tutup bagi meletakkan arang. Kayu arang terlebih dahulu dibakar sehingga merah membara. Selepas itu ia dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup. Seterika tersebut akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan seterika tersebut untuk disesuaikan dengan pakaian yang ingin digosok. Beberapa helai pakaian boleh diseterika dalam satu-satu masa dan jika seterika itu telah berkurang panasnya, ia akan digantikan dengan bara yang baru.

Arang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada seterika apabila urusan menggosok pakaian telah selesai. lazimnya ia boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak di dapur kayu atau arang.

Kukur Kelapa[sunting | sunting sumber]

Ada satu kuda sakti,

                      Badannya kayu, kepalanya besi,

                            Naik orang tak henti-henti

                          Kadang petang, kadang pagi.

Kukur kelapa

Kukur kelapa merupakan sejenis alat yang digunakan untuk memarut kelapa atau mengikis isi kelapa daripada tempurungnya. Ia mempunyai besi pipis, bulat kadang-kadang separuh bulat dan  bergigi sebagai mata atau senjata untuk mengeluarkan isi kelapa daripada tempurungnya. Penggunaan alat ini sangatlah efektif kerana ianya merupakan satu penemuan yang sangat berjaya sehingga mampu menghasilkan produk baru iaitu himpunan isi kelapa yang telah diparut dan akhirya diperah menjadi cecair santan yang biasanya digunakan dalam masakan orang Melayu. Selain itu, isi kelapa yang telah diparut menggunakan kukur kelapa tradisional juga boleh dijadikan sebagai hiasan ataupun sebagai bahan dalam pembuatan kuih-muih tradisional. Cara penggunaan kukur kelapa ialah duduk di atas belakang badan dan parut kelapa menggunakan kedua-dua belah tangan dengan cara duduk yang bersimpuh bagi golongan wanita. Direkabentuk berasaskan rupa bentuk binatang berkaki empat lengkap dengan ekor dan bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Ia menjadi alat yang menambah nilai kasih sayang di antara ibu dan anak apabila kanak-kanak zaman dahulu sentiasa menanti peluang untuk duduk di belakang ibu semasa si ibu sedang mengukur kelapa. Lagi indah apabila muncul teka-teki  berbunyi 'naik kuda, tabur bunga’. Namun begitu, setelah kemunculan alatan mesin yang canggih menjadikan perkakas ini telah semakin dilupakan.

Terendak[sunting | sunting sumber]

Terendak merupakan sejenis topi yang umumnya berbentuk kerucut dengan tepi lebar dan berasal dari Asia Timur, Selatan dan Tenggara, khususnya Bangladesh, Bhutan, China, Kemboja, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Myanmar, Filipina, sesetengah kawasan Manchuria Rusia dan Vietnam.

Terendak diikat pada kepala dengan kain pengikat dagu yang lazimnya diperbuat daripada sutera.Terendak digunakan terutamanya sebagai perlindungan daripada matahari dan hujan. Terendak yang diperbuat daripada jerami atau anyaman pula boleh dicelup ke dalam air lalu dipakai sebagai alat pendingin sejat yang spontan.

Lesung Batu[sunting | sunting sumber]

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.

Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara dimana pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya masyarakat setempat.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.

Sebahagian lagi warisan sejarah

Ketam Kayu[sunting | sunting sumber]

Ketam kayu manual sudah sejak lama menjadi alat utama pada proses pengerjaan kayu. Berfungsi untuk menghaluskan permukaan kayu setelah keluar dari kiln dry.

Bagian Ketam Kayu (tradisional) dan fungsinya:

1. Blok Ketam

Bagian utama ini berbentuk balok ukuran sekitar 25 x 7,5 x 5,5 cm dengan bagian dasar sangat rata dan halus. Bahan baku kayu yang keras sangat mempengaruhi keawetan dari alat tangan ini. Pada bagian tengahnya dilubangi sedemikian rupa untuk mata pisau beserta pasak pengunci.

2. Batang pegangan

Terdapat lubang melintang di tengah blok ketam untuk menempatkan batang kayu sebagai pegangan. 

3. Mata pisau utama

Mata pisau selebar sekitar 44mm menjadi bahagian penting untuk ketam kayu.

4. Pisau penebal

Berfungsi untuk mengatur ketebalan serutan. Plat pisau ini terhubung dengan pisau utama dengan sekrup yang bisa mengatur peletakan pisau penebal terhadap pisau utama.

5. Pasak

Pasak pisau untuk mengencangkan posisi pisau terhadap blok ketam.

Raga[sunting | sunting sumber]

Raga adalah merupakan salah satu anyaman tradisional yang dibuat menggunakan rotan atau buluh yang dianyam jarang bagi kegunaan tertentu pada masa dahulu. Rotan yang kecil dan halus akan digunakan untuk menganyam aneka jenis raga dan juga bakul.

Raga merupakan hasil anyaman yang mempunyai tangkai dalam saiz yang kecil digunakan bagi menyimpan ikan salai, bawang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada juga raga yang besar diperbuat daripada buluh digunakan untuk mengisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar dan bagi memungut hasil pertanian di kebun-kebun.

Bubu[sunting | sunting sumber]

Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Ianya sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran pantai, lautan ataupun penduduk desa yang tinggal berhampiran dengan sungai. Walaupun bentuknya yang agak berbeza dengan mana-mana perangkap yang lain kerana saiznya yang agak kecil, namun ianya mudah dibawa dan senang diletakkan di tempat yang didapati banyak mempunyai ikan. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Bubu merupakan salah satu alat tangkapan tradisional Melayu yang masih kekal dengan bentuk asal dan ianya masih digunakan sehingga hari ini.

Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Pembuat bubu hanya memerlukan kemahiran meraut dan menganyam buluh. Buluh tersebut perlu dipotong kecil-kecil secara memanjang dan diraut untuk menjadi bilah yang boleh dianyam. Bahagian atasnya dibentuk untuk dibuat lingkaran supaya dapat menyokong buluh-buluh yang akan disatukan dengan pengadangnya.

Sehingga kini masih terdapat penduduk desa menggunakan bubu tradisional untuk menangkap ikan air tawar khasnya bagi memenuhi keperluan harian. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.

Pada masa ini, bubu telah diubahsuai dan diperbuat daripada bahan-bahan logam sesuai dengan penggunaannya untuk dilabuhkan di dasar lautan agar tahan lebih lama. Sungguhpun begitu, pembuatan bubu tradisional ternyata lebih mudah dan menjimatkan berbanding dengan bubu moden.

Batu Kisar[sunting | sunting sumber]

Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.

Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi hendaklah ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran.

** Sebahagian gambar yang digunakan adalah diambil dari internet.

Sambutan Kemerdekaan Negara ke 60[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Bulan Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Pelancaran bulan kemerdekaan
Pelancaran bulan kemerdekaan
Pelancaran bulan kemerdekaan

Sambutan Ambang Merdeka[sunting | sunting sumber]

Sambutan Ambang Merdeka
Sambutan ambang merdeka

Pencapaian Tahun 2017[sunting | sunting sumber]

Bil. Tarikh Kejohanan Nama Pencapaian
1 15 - 16 Februari 2017 Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Melaka 2017
** 50m Gaya Kupu-kupu L12 Shahrheeisraj Tempat ke-4
** 50m Gaya Lentang L12 Tempat ke-5
** 50m Gaya Dada L12 Tempat ke-13
** 100m Gaya Bebas L12 Tempat ke-7
2 29 Mac 2017 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Tanjung 2017 Zamarul Hisham Bin Mohd Zakuan Tempat ke-3
3 20 - 22 & 24 Februari 2017 Kejohanan Balapan & Padang MSS Kawasan Tanjung 2017
** 80m Lari Berpagar Perempuan Bawah 12 Tahun Nuraliya Maisarah Binti Muhammad Azhar Tempat ke-3
** Lompat Tinggi Perempuan Bawah 12 Tahun Nuraliya Maisarah Binti Muhammad Azhar Johan
** 1600m Jalan Kaki Perempuan Bawah 12 Tahun Nur Syahira Natasya Binti Mohd Faisal Tempat ke-5
** 1600m Jalan Kaki Lelaki Bawah 12 Tahun Muhammad Fakhri Najmi Bin Saad Naib Johan
** Lontar Peluru Lelaki Bawah 12 Tahun Mohd Shahrizal Bin Mohd Faisal Naib Johan
** Peserta Terbaik Perempuan Bawah 12 Sekolah Rendah Nuraliya Maisarah Binti Muhammad Azhar Peserta Terbaik
4 1 - 2 Mac 2017 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Melaka 2017 Pasukan Ragbi SKC Naib Johan Plate                    

( Division 2 )

5 6-Apr-17 Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Melaka 2017 Pasukan Choral Speaking SKC Saguhati
6 18 Mei 2017 Pertandingan Sahibba Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Anjuran Bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan 2017 Noor Najwa Ayuni Binti Mohd Zamri Saguhati
7 6 - 11 Ogos 2017 Pertandingan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2017 Lelaki Bawah 12 Tahun Muhammad Hilmi Azri Bin Rozai Mewakili Negeri Melaka
Muhammad Alif Haizal Bin Kamarudin

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cheng
Km.9 Jalan Krubong
75250, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-3341353
Faks = 06-3341435

Pautan luar[sunting | sunting sumber]